Mengemas rumah, perkara yang paling kita rimas adalah habuk. Sapu sana, terbang sini. Buang sana, datang sini. Jangan ingat dengan menggunakan vacuum boleh buang semua habuk di rumah. Salah cara, benda yang mudah pun boleh jadi susah. Jadi ikut 11 langkah yang telah disediakan ini untuk memudahkan tugas-tugas mengemas dan membersihkan rumah anda.
1. Buang habuk pada mentol lampu menggunakan kain microfiber yang bersih dan kering. Tapi sebelum anda lap habuk yang menyelaputi mentol anda, tanggalkan terlebih dahulu bagi tujuan keselamatan
2. Bersihkan kipas dengan menggunakan sarung bantal lama. Kebiasaanya, kita akan gunakan penyapu atau kain untuk buang habuk yang melekat pada kipas kan? Tapi akhirnya habuk tersebut bertaburan di lantai dan perabut. Dah satu hal nak menyapu balik. Dengan kaedah ini risiko habuk bersepah tu kurang lah.
3. Berus gigi dan baju t-shirt lama untuk buang habuk pada tanaman dan bunga Kaedah ini boleh dan sesuai digunakan sama ada untuk tanaman artificial ataupun yang hidup. Tapi berus gigi yang digunakan harus lah yang jenis lembut dan digosok perlahan-lahan. Kalau ada kotoran degil, boleh basahkan sikit berus dan kain tu.
4. Guna mayo untuk kilatkan daun Bila dah memberus atau lap habuk dari daun, anda ambil sedikit mayo dan sapu kan pada permukaan daun. Kaedah ini sesuai untuk tanaman yang mempunyai daun lebar dan permukaan daunnya kelihatan macam ada lapisan lilin seperti fig plant atau adik beradik pokok ficus.
Ads
5. Guna multi-purpose Dust untuk exhaust fan Kadang-kadang, exhaust fan lah benda yang selalu diabaikan terutamanya di dalam bilik air. Almaklum lah, alasan sebab tinggi, orang tak nampak dan pelbagai lagi. Tahu kah anda, jika dibiarkan lama kelamaan warna nya akan menjadi kuning dan buruk. Kalau tak ada multi-purpose dust ni, boleh gunakan vacuum lebih mudah. KALAU SAMPAI LAH.
6. Tutup penyaman udara dan kipas ketika membuang habuk dan vacuum Dalam habuk terkandung partikel kecil yang kita tak nampak. Bila anda melakukan aktiviti menyapu, membuang habuk mahupun vacuum,partikel halus ni tadi akan bertebaran terbang. Jadi tutup kipas dan penyamanan udara jika anda nak pastikan semua habuk tadi berjaya dikumpulkan atau disedut oleh vacuum.
7. Gunakan pelembut pakaian untuk permukaan perabot plastik Perabot plastik seperti meja makan, table top, kerusi plastik akan mempunyai satu lapisan untuk kelihatan kilat. Lama kelamaaan, lapisan tersebut akan mengelembung dan ada yang koyak dan kusam. Mengatasi masalah ini, setelah anda lap bersih permukaan plastik tersebut, sapukan dengan pelembut pakaian sedikit.
Ads
8. Guna lint pada permukaan perabut kain Untuk membuang habuk pada permukaan perabut kain kebiasaannya anda gunakan vacuum kan? tapi sebenarnya kaedah tersebut kurang bersih. Gunakan lint untuk lebih mudah dan jaminan bersih.
9. Stokin lama untuk membersih blinds Selain menggunakan span, anda boleh gunakan stokin lama untuk membuang habuk pada permukaan blinds. Secara tidak langsung, kedua-dua permukaan dapat dibersihkan serentak.
Ads
10. Kilatkan cermin dengan menggunakan akhbar lama Kebiasaanya orang menggunakan kain yang dibasahkan. Tapi bila lap guna kain ia akan meninggalkan kesan terutamanya cebisan benang fabric yang halus. Penyelesaian mudah, gunakan akhbar lama yang di sembur dengan pencuci cermin atau memadai air.
11. Lap lantai, perabut, ceiling dan ruang yang mudah dicapai dengan menggunakan microfiber yang diikat pada penyapu.
Tak perlu beli penyapu khas untuk membuang habuk di bahagian yang sukar dicapai. Guanakan penyapu yang diikat bersama microfiber dengan hanya menggunakan getah. Habuk yang halus akan melekat pada kain tadi dan yang besar jatuh ke lantai. selesai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Janda Baik, Pahang antara lokasi tumpuan warga kota lari dari kepadatan dan kesesakkan hidup yang penuh mencabar. Ia sentiasa menajdi pilih dek sebabkan lokasinya hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Tambahan, panorama hijau kepadatan hutan di janda baik antara pendorong lokasi ini maju menjadi pusat pelancongan ekologi atau (eco-tourism).
Pelbagai jenis tawaran kemudahan dan aktiviti tersedia di Janda Baik. Pesaingan sihat ini menyebabkan ramai pengusaha rumah penginapan menyediakan kemudahan terbaik untuk menarik perhatian pelanggan. Salah satunya Rest-Pause Rainforest Retreat. Rumah penginapan yang berkeluasan 6000 kaki persegi ini dibina dilereng bukit. secara tidak langsung, la memberi pemandangan luas kepadatan hijau hutan tanpa sebarang halangan.
Mengetengahkan konsep modern kontemporari, rumah penginapan ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur, 4 bilik air, ruang dapur dan tempat makan terbuka. Rumah penginapan ini sesuai buat anda yang merancang untuk mengadakan hari keluarga kerana ia berupaya memuatkan 20 orang dalam satu masa. Kebiasaanya, bagi penginaapn retreat villa harganya mencecah RM 2,000. Namun, di Rest-Pause Rainforest Retreat harganya hanya RM 950 satu malam. Jom kita terokai Rest-Pause Rainforest Retreat dengan video 360 darjah yang disediakan:
Bila melakukan tugas-tugas mencuci dan mengemas kediaman, selain lap lantai dan perabot, mesti anda tak pernah terfikir untuk lap dinding rumah kan? Sebab itu, lama kelamaan, ada bahagian dinding yang selalu disentuh mula kelihatan kekuningan atau berdaki terutamanya pada bahagian suis lampu, dinding menghala dapur dan sebagainya.
Kebiasaannya, ramai mengambil keputusan untuk cat semula. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan tak perlu tenaga yang banyak. Tapi sebelum melakukan sebarang tindakkan, anda perlu kenalpasti jenis cat yang digunakan pada permukaan dinding anda. Ini kerana setiap jenis cat mempunyai teknik pemebrsihan yang berbeza
Cara membersih permukaan dinding adalah sama, hanya solusi untuk mencuci berbeza bergantung kepada jenis permukaan cat. Campur rata sabun dan air, dan lap permukaan dinding menggunakan span secara lembut.
DINDING CAT KAPUR BIASA
Jenis cat kapur tidak tahan lasak. Ini menunjukkan ia mudah rosak. Untuk membersihkan permukaan dinding yang mempunyai kemasan cat kapur, anda tidak digalakkan menggunakan pencuci yang mempunyai peluntur atau cuka. Sebaiknya, pilih sabun cecair yang tidak terlalu pekat seperti pencuci pinggan.
Solusi:
1/2 baldi air suam
1 sudu pencuci pinggan
span lembut
DINDING DENGAN CAT SEPARA KILAT (SEMIGLOSS)
Permukaan cat semigloss antara yang menjadi pilihan masyarakat kini. Ia lebih tahan lama dan mudah untuk dibersihkan kotoran yang melekat pada dinding.
Solusi:
1/2 baldi air suam
2 sudu pencuci pinggan
span lembut
DINDING DENGAN CAT ASAS MINYAK
Cat dengan asas minyak atau oil-base adalah lebih tahan lasak. Namun, Ia memerlukan solusi yang lebih keras untuk memudahkan kotoran dapat ditanggalkan.
Solusi:
1/2 baldi air suam
2 sudu pencuci pinggan
2 sudu cuka
tuala microfiber
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ini antara herba wajib ada kat kebun belakang rumah kesum, kari, serai dan daun kunyit. Keempat-empat herba ni kalau nak pakai sikit je, tapi nak kene beli dalam kuantit yang banyak. Kalau tak habis pakai, rosak macam tu je dalam simpanan. Kan Dah rugi.
Memandangkan ramai yang dah sibuk bercucuk tanam, apa kata kita mulakan dengan kunyit dan halia. Ramai tanam halia dan kunyit tapi lambat nak tumbuh. Rupanya, cara Nor Robiah AbdRahman lebih cepat dan jaminan kunyit dan halia menjadi 90%
Memandangkan daun kunyit dah mahal sekarang ni, rasanya boleh la kita tanam sendiri di rumah masing-masing.
1. Mudah je, cuma beli je kunyit hidup tu dan bungkuskan dalam tisu basah. 2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas. 3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab. 4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. Insha Allah kunyit akan membesar dengan jayanya.
Boleh gunakan cara ini untuk halia juga!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.