Kalau semalam Impana ada kongsi tip untuk mencuci langsir. [untuk artikel lengkap, klik sini] Hari ni nak kongsi pula tip mencuci langsir di kedai dobi layan diri. Almaklumlah langsir kan besar, kapasiti mesin basuh tak mampu untuk menanggung langsir yang banyak tu tambahan materialnya berat. Kalau boleh pun kena buat satu-satu atau sedikit demi sedikit. Keadaan ini akan memakan masa lah pula. Jadi pilihan terbaik adalah dengan menggunakan dobi layan diri sebab ada mesin yang mampu menampung muatan 20-25kg lepas tu terus guna dryer. Tak perlu dah pening kepala nak cari tempat sidai. Mesti Anda yang tinggal di apartmen alami masalah ni kan?
Tapi nak basuh langsir dimesin dobi layan diri pun tak boleh sebaranggan. Ada beberapa benda yang anda perlu perhatikan. Antaranya ialah:
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Sempena Hari Raya yang sudah hampir tiba, kalau nak rasa #Betulbetulraya datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam Selangor bermula jam 2.00pm-2.00am. Ada pelbagai aktiviti #betulbetulbest dan jualan barangan raya yang #betulbetulviral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI