Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Ads
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Ads
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Ads
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Pernah tak anda terfikir kebaikan besi magnet sehinggakan anda belanja sedikit wang untuk gunakan di dalam rumah dan bantu urusan seharian anda di dalam rumah. Ianya amat praktikal di setiap ruang rumah anda.
IMPIANA bantu anda bagaimana nak guna bar magnet dengan selamat dan praktikal.
1) Gantung pisau memasak di dapur
Jika sudah rosak atau hilang rak simpanan pisau, apa kata lekatkan pisau memasak anda di ruangan dapur yang dekat dengan singki serta dapur memasak. Gunakan bar magnet untuk gantung pisau memasak, ianya amat praktikal dan memudahkan tugas memasak anda. Akan tetapi, pastikan tempat anda gantung pisau dan bar magnet jauh daripada kanak-kanak dan hanya mudah dicapai oleh orang dewasa sahaja.
2) Depot simpanan peralatan bertukang/DIY
Bar magnet juga berupaya untuk memegang peralatan pertukangan anda. Ia juga merupakan solusi bijak kepada simpanan dalam toolbox yang kadangkala boleh membuatkan barang anda rosak sebab bertimbun dengan peralatan yang lain. Teknik susunannya anda boleh rujuk gambar di bawah ini.
3) Susun peralatan kosmetik
Di meja solek juga bar magnet boleh membantu anda. Susunkan secara teratur segala peralatan penjagaan wajah anda di bar magnet. Jika dahulu anda guna masa yang banyak untuk cari semula segala pin rambut, twizzer, pengetip kuku dan pelbagai lagi. Mungkin sudah tiba masa untuk guna magnet sebagai tempat gantung dan jimat masa mencari.
4) Gantung bekas rempah
Tahukah anda bekas simpanan rempah ratus banyak ambil ruang simpanan pantri di dapur? Alternatifnya adalah gantung secara menegak segala bahan rempah yang disimpan dalam balang kecil di atas bar magnet. Konsepnya sama seperti lekatkan pisau di dapur, jika pisau boleh, balang mini rempah ratus pun boleh juga.
5) Post-it-Note di Peti Sejuk
Peti sejuk merupakan tempat terbaik untuk anda tinggalkan pesanan untuk ahli rumah yang lain. Kalau di rumah sewa, selalu akan ada pesanan bayar sewa rumah dari ketua rumah, lain pula kisahnya jika di rumah keluarga, kaum ibu selalu tinggalkan pesanan seperti ‘keluarkan ayam dari peti sejuk beku’ untuk lembutkan ayam bila ibu pulang dari kerja. Semuanya terjadi dengan penggunaan magnet sebagai bahan pelekat untuk anda gantung mesej yang ditulis atas kertas di peti sejuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ini antara herba wajib ada kat kebun belakang rumah kesum, kari, serai dan daun kunyit. Keempat-empat herba ni kalau nak pakai sikit je, tapi nak kene beli dalam kuantit yang banyak. Kalau tak habis pakai, rosak macam tu je dalam simpanan. Kan Dah rugi.
Memandangkan ramai yang dah sibuk bercucuk tanam, apa kata kita mulakan dengan kunyit dan halia. Ramai tanam halia dan kunyit tapi lambat nak tumbuh. Rupanya, cara Nor Robiah AbdRahman lebih cepat dan jaminan kunyit dan halia menjadi 90%
Memandangkan daun kunyit dah mahal sekarang ni, rasanya boleh la kita tanam sendiri di rumah masing-masing.
1. Mudah je, cuma beli je kunyit hidup tu dan bungkuskan dalam tisu basah. 2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas. 3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab. 4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. Insha Allah kunyit akan membesar dengan jayanya.
Boleh gunakan cara ini untuk halia juga!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda perasan tak? Masa kecil dulu kita mesti akan terperasan benda macam petak-petak warna biru dekat bumbung rumah? Kadang-kadang tertanya apa benda itu. Dah dewasa pun, kita tahu nama benda tu, tenaga solar, ia akan masuk ke dalam rumah tapi apa kebaikannya? Jadi, untuk menjawab persoalan itu semua, saya akan menerangkan, mengapa kita perlu memasang tenaga solar di rumah.
TENAGA SOLAR BAIK UNTUK PERSEKITARAN
Ia dapat menghindarkan kita dari jejak karbon dan pencemaran alam sekitar. Bahkan, tenaga boleh diperbaharui dan tidak menjejaskan gas rumah hijau. Cuma memerlukan sumber air yang bersih untuk berfungsi.
MENGURANGKAN KOS ELEKTRIK
Tenaga solar ini dapat mengurangkan kos elektrik kita, lagi-lagi pada waktu siang. Ini kerana, tenaga solar ini, ia mengambil cahaya matahari dan ia akan menggunakan cahaya tersebut menjadi tenaga untuk disumbangkan kepada semua elektrik di dalam rumah. Oleh sebab itu, ia sudah mengurangkan tenaga elektrik kita.
LEBIH SELAMAT
Apabila anda menggunakan tenaga suria, anda tidak perlu lagi bergelut dengan pemadaman. Jika panel solar anda menghasilkan lebih banyak kuasa daripada yang anda perlukan, lebihan itu akan dihantar semula ke grid, dan anda akan menerima bayaran bonus untuknya.
IA DAPAT MENGURANGKAN KEHILANGAN ELEKTRIK DI RUMAH
Elektrik mesti disalurkan melalui rangkaian yang luas daripada loji kuasa besar kepada pelanggan akhir. Penghantaran jarak jauh mengakibatkan kehilangan tenaga. Tidak seperti panel solar, ia dipasang di atas bumbung rumah anda untuk mengumpul tenaga suria. Panel solar yang dipasang di atas bumbung membantu meningkatkan kecekapan tenaga elektrik. Tenaga anda menjadi domestik, memberikan anda kawalan ke atas perbelanjaan dan penggunaan tenaga peribadi anda. Tambahan pula, sistem tenaga suria adalah tahan lama, dan gangguan tenaga elektrik adalah minimum.
SUMBER TENAGA PERCUMA
Matahari membekalkan kita lebih banyak tenaga bebas daripada yang kita makan, dan tiada siapa yang boleh memonopoli cahaya matahari. Sistem tenaga suria mula menjimatkan wang sebaik sahaja ia dihidupkan, tetapi faedah tenaga suria dilihat dalam jangka panjang. Lebih lama anda menggunakan sistem tenaga suria, lebih banyak faedah teknologi suria yang anda akan perolehi sambil melindungi alam sekitar.
Jadi, itulah kelebihan-kelebihan yang kita boleh dapat sekiranya kita memasang tenaga solar tersebut di rumah. Bagaimana? Nak pasang dah ke? Fikir-fikirkan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.