Adakah anda menghuni sebuah apartmen atau rumah yang mempunyai ruang laman yang amat sempit? Pernahkah anda berkeinginan untuk memiliki sebuah kitchen garden atau edible garden namun ruang menjadi halangan? Tanaman dalam pasu adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. Apa yang anda perlukan hanyalah bekas atau pasu yang berkapasiti lima gelen, batu, peat moss,medium tanaman dan bahan kompos. Kedengaran bahan yang diperlukan banyak, namun hakikatnya ia sesuatu yang ringkas untuk membina sebuah taman di anjung rumah yang dipenuhi dengan tumbuhan edible.

Jika anda telah memutuskan untuk memiliki sebuah edible garden di ruang yang sangat terhad, perkara utama yang perlu difikirkan adalah untuk mengenal pasti tumbuhan yang bakal ditanam. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam, tumbuhan yang paling mudah dan cepat dituai adalah pilihan utama.

Antara tumbuhan yang mudah ditanam di dalam pasu adalah seperti berikut:

  1. Lettuce (Lactuca spp.)

Lettuce adalah pilihan primer untuk memulakan aktiviti bertanam kerana ia mempunyai pelbagai pilihan jenis, tekstur dan warna. Lettuce mudah ditanam di dalam bekas yang cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu juga, lettuce boleh ditanam di bawah teduhan kerana tumbuhan jenis ini tidak memerlukan pencahayaan terus kerana tekstur daunnya yang nipis. Ia juga sesuai ditanam menggunakan sistem vertical garden mahupun window box

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

  1. Chinese greens (Brassica rapa subsp. Chinensis)

Lebih dikenali sebagai bok choy merupakan dari keluarga sawi renek. Ia mempunyai keadah penanaman yang sama seperti lettuce namun jangka hayatnya lebih panjang. Bok choy lebih cepat dituai terutamanya apabila tiba musim panas. Gunakan medium tanaman yang diperkaya dengan bahan organik serta mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan kelembapan yang tinggi namun tidak bertakung.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

Ads

 

  1. Kailan (Brassica oleracea)

Kailan bukanlah dari jenis tumbuhan yang bermusim. Ia sesuai ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Kailan boleh membesar mencecah ketinggian 600mm hingga 700mm dan mempunyai kitaran hidup yang lama. Gunakan tanah kompos yang diperbuat daripada serat rumpai. Kailan tidak memerlukan penyiraman yang banyak untuk menjamin tumbesarannya yang optimum. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, anda hanya perlu petik bahagian daun yang telah matang dan biarkan ia terus hidup.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

 

Ads
  1. Bayam (Spinacia oleracea)

Bayam merupakan tumbuhan tahan lasak dan amat sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Bayam memerlukan kadar nitrogen yang tinggi oleh itu pastikan medium tanaman yang digunakan mempunyai kandungan organik yang tinggi untuk tumbesaran optimum. Bayam memerlukan cahaya yang banyak namun tidak terlalu panas. Oleh itu tumbuhan ini sesuai ditanam di bawah teduhan. Bayam merupakan tumbuhan perennial, oleh itu ia sesuai dituai melalui keratan batang. Potong bahagian batang yang masih lembut dan biarkan yang keras bercambah untuk memastikan bekalan bayam anda berterusan.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

 

Ads
  1. Kacang panjang (Vigna sesquipedalis)

Kacang panjang merupakan sayur yang amat popular di Malaysia. Kacang panjang sesuai ditanam di dalam bekas yang lebar dengan menggunakan medium tanaman organik. Namun, anda perlu menyediakan pemancang yang kukuh untuk menyokong tumbuhan ini untuk memanjat. Pokok kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung. Cara mudah untuk mengekalkan kelembapan tanah di bawah pokok kacang panjang adalah dengan meletakkan sungkupan di permukaan tanahnya.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

 

 

  1. Kacang buncis (Phaselus vulgaris)

Kacang buncis antara tumbuhan yang amat mudah dan disarankan kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk bercucuk tanam kerana ia mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa singkat. Hanya satu hingga dua batang pokok sahaja yang sesuai ditanam di dalam setiap pasu untuk mengurangkan masalah kepadatan pokok. Sediakan pemancang untuk memudahkan pokok menjalar dan mengeluarkan hasil optimum. Kacang buncis amat memerlukan pencahayaan yang banyak pada waktu pagi, dan memerlukan tanah bersaliran baik.

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner (Part 1)

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI