Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam . Musim lembap dan cuaca tak menentu ni memang banyak ancaman terutamanya bau hapak dan busuk dalam ruang yang kedap seperti almari dan laci. Yatie eimra ada idea baik bajet nak cegah bau hapak dalam kedai. Yang penting, ia berupaya menjadi sebahagian dari elemen dekor pada kediaman anda
Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang-petang kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap
Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama & rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap
Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada & sesekali terhidu juga bila angin sepoi-sepo bahasa gitu. Banyak bahan-bahan boleh diguna untuk kurangkan bau-bauan yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dan lain-lain. Saya gunakan arang biasa je sebab murah & boleh dapat banyak. Boleh juga gunakan arang untuk bakar-bakar (briquette) tapi harganya lebih mahal dan ia juga cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis dan buang bahagian berkulat kemudian jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak-nak kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.
Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) & masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang²
Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari
Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil & bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang gak boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.
Ads
Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk
Sebaik²nya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang dah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar
Bau busuk dari tong sampah
Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..
Bau hancing tandas
Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)
Bau najis kucing/haiwan peliharaan
Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau
Sambil-sambil gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau. Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang & bahan² recycle je
Ads
Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam
Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika simpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.
Melalui perkongsian di Facebook Huda Zainal ada menunjukkan panduan dan langkah yang betul menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Jom kita cuba!
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar :
1.Lapik kitchen towel (kertas tisu) dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5. Tutup atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak lag asyik membazir je bila beli tak guna.
Ini dia hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
Kebersihan kediaman tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapat pelbagai aspek yang dipengaruhi oleh tahap kebersihan rumah. Ia juga secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pemilik dengan mempamerkan kekemasan dan kebersihan kediaman mereka.
Seseorang yang tidak menitikberatkan tentang kebersihan kediaman sudah tentunya akan dipandang sebagai seorang yang pemalas atau pengotor. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan elakkan daripada tergolong dalam kelompok pemilik yang tidak mementingkan aspek kebersihan kediaman.
Kali ini IMPIANA kongsikan 4 petua yang mudah dibuat untuk kediaman sentiasa dalam keadaan bersih dan segar.
1. Buang habuk melekat pada perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Ruang Kediaman
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dgn mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : nik zainah muhammad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika anda menggunakan dengan penuh cermat dan berhemah.
Meski ia masih berfungsi dengan baik sehingga kini, namun jika sudah lama digunakan sudah pasti peti sejuk anda berada keadaan yang kurang menarik atau erti kata lain tidak lagi menawan seperti baharu.
Bukan itu sahaja, mungkin juga peti sejuk yang sedia ada di kediaman anda tidak lagi cantik seperti baharu oleh kerana warna luar permukaan badan peti sejuk anda sudah pudar. Jangan bimbang, kini ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru.
Buat anda yang ingin tahu bagaimana caranya, oleh itu IMPIANA kongsikan cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.