Umum tahu anai-anai adalah sejenis serangga yang memang tidak di gemari dan di geruni kerana ia bukan sekadar memakan struktur binaan kayu malah mampu mengancam tanaman. Tapi tak sangka pula, pekebun-pekebun di Thailand ada yang menggunakan tanah atau busut anai-anai untuk tujuan pertanian.

Apa yang ada dalam tanah busut anai-anai ni? tanah dari busut anai-anai mengandungi humus yang tinggi. Sebab itu, banyak cendawan suka tumbuh di kawasan busut. Jadi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan keperluan bakteria baik dan menyuburkan tanah. Tapi anda hanya boelh guna busut anai-anai yang telah ditinggalkan. Kalau yang masih berpenghuni digunakan, khuatir ada telur dan lava yang masih hidup. Silap-silap, hal lain yang akan berlaku pula.

Adakah tanah busut anai-anai perlu dicampurkan di dalam media tanaman? Tak, ia perlu dijadikan sebagai booster tanaman dan ini bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan:

Ads

500gm tanah busut sanai-anai
5-6 kg nasi (kalau yang dah basi pun boleh)
200 liter air tanpa klorin

Cara-cara: 

Ads

1. Hancurkan tanah busut menjadi partikel yang lebih kecil untuk lebih mudah di perap

2. Campurkan ketiga-tiga bahan sehingga rata dan perap dalam bekas kedap udara di kawasan yang redup selama 7 hari

Ads

3. Selepas 7 hari, satu lapisan putih akan terbentuk, ini menunjukkan proses perapan telah berjaya.

4. Tapis kan semua bahan dan ambil airnya sahaja

5. Cara untuk digunakan adalah dengan mencampurkan 1 liter air perapan tanah busut bersama 10 liter air tanpa klorin dan sembur pada permukaan tanah.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI