Ramai yang cuba menanam semula sayuran dari keratan yang dibeli dari pasar. Antara sayuran yang berjaya ditanam semula adalah seperti daun sup, pokok ketumbar, kangkung, lobak dan pelbagai lagi.
Tapi kebiasaanya, tanaman yang dikatakan mudah untuk ditanam semula tadi mengalami kegagalan. Antaranya adalah daun ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ye?
Sebenarnya, pokok ketumbar alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Hal ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Anda WAJIB ikut langkah mudah ini.
1.Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda
2. Rendam bahagian akar sahaja di dalam air
3. Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunkan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.
4. Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.
Sumber: tanamitumudahkan.blogspot.my/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI