Memiliki rumah sendiri pastinya jadi idaman ramai bukan. Ada yang bertanggapan hendak memiliki rumah sendiri bukan mudah sebab ini adalah salah satu bebanan yang besar. Nak langsai hutang rumah ni makan berpuluh tahun. Belum tentu tiap bulan mampu nak bayar duit bank. Tanggapan ini mungkin boleh jadi meleset jika anda tahu dan bijak merancang dan pembelian rumah.

Ilmu hartanah ni memang kena belajar kalau hendak pandai dan tahu selok belok dan teknik yang mudah. IMPIANA tertarik dengan cara jejaka ini lunaskan hutang rumahnya dalam masa yang singkat.

Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya…Cara Langsai Hutang Rumah Dalam Masa Kurang 12 Tahun
..
Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun). Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa..Cara Langsai Hutang Rumah Dalam Masa Kurang 12 Tahun
..
1. BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!
.
2. BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
.
3. BAYAR GUNA KWSP – Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
..
Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover…Cara Langsai Hutang Rumah Dalam Masa Kurang 12 Tahun
..
Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok..Cara Langsai Hutang Rumah Dalam Masa Kurang 12 Tahun
..
Sumber : Faizal Rahmat
Abang Ngah
Bebas Hutang, Hati Tenang!
Cara Langsai Hutang Rumah Dalam Masa Kurang 12 Tahun
Mudahkan, bila tahu bagaimana hendak miliki rumah tapi mampu bayar balik dalam masa yang singkat. Barulah hutang tak keliling pinggang. Langsai hutang rumah dalam masa singkat bukan untuk yang ada duit sahaja, semua mampu lakukan jika anda tahu cara dan teknik yang betul.

 

Ads

Ads

Ads

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI