Cara mudah untuk menghindari pembiakan nyamuk di rumah yang melibatkan penggunaan pasu-pasu tanaman ataupun water plants container ialah pastikan air yang bertakung diletakkan serbuk pencegah aedes di dalamnya. Cara paling mudah dengan menggantikan air secara kerap sekurang-kurangnya 5 hari sekali. Selain menjaga kebersihan dan mencegah kawasan air bertakung yang boleh menggalak pembiakan nyamuk, ramai di antara isi rumah telah mengambil pelbagai pendekatan di persekitaran rumah mereka termasuk penggunaan bahan kima. Namun, terdapat beberapa kaedah mudah dan tidak berbahaya dapat digunakan untuk menghindari kehadiran tetamu tidak di undang ini iaitu melalui tumbuhan. Sebenarnya terdapat beberapa jenis tumbuhan renek telah dikenal pasti sesuai ditanam di dalam pasu dapat membantu anda untuk mencegah kehadiran nyamuk di rumah anda. Tumbuhan yang digeruni nyamuk kebiasaannya mempunyai bau busuk dan mengandungi zat citronella yang boleh mewujudkan suasana tidak senang oleh nyamuk yang cuba singgah ke laman rumah.

Geranium

Geranium atau lebih dikenali sebagai cranesbills merupakan tumbuhan iklim malar tropika. Terdapat lebih dari empat ratus jenis tumbuhan dari spesies ini dari keluarga Geraniaceae.  Geranium sangat sesuai untuk ditanam di dalam pasu sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Di kalangan rakyat Malaysia, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai pokok jermin. Geranium mempunyai kandungan zat citronella  yang tinggi dan sangat tidak di gemari oleh nyamuk. Cara penggunaan nya adalah dengan cara menggoyangkan pokok geranium atau dengan meniupnya sehingga ia menghasilkan aroma khas. Tumbuhan ini sesuai untuk di tanaman di dalam rumah dan memerlukan kawasan yang mempunyai teduhan kerana sifat batang pokok yang berair menyebabkan ia tidak sesuai terdedah kepada terik mentari.Cegah Nyamuk Di Rumah Dengan 4 Jenis Tanaman Ini

Marigold

Terdapat pelbagai jenis marigold yang tergolong dalam genus Tagetes ini. Marigold mempunyai bunga berwarna kuning dan bau yang tidak menyenangkan. Namun, ramai antara penggemar taman memilih tumbuhan ini sebagai salah satu tumbuhan hiasan di rumah kerana teksturnya dan bentuk menarik dan warna yang menyerlah. Marigold merupakan tumbuhan sesuai untuk pelbagai iklim dan setiap iklim mempunyai bentuk bunga yang berbeza. Tumbuhan dari keluarga Asteraceae  merupakan tumbuhan malar dan sesuai di tanam di dalam pasu. Marigold mengandungi Pyrethrum, kandungan ini selalu digunakan sebagai salah satu ramuan penting untuk kegunaan perubatan terutamanya untuk melegakan gigitan serangga. Tumbuhan ini gemarkan pencahayaan semula jadi secara langsung untuk memudahkan proses penghasilan bunga.

 Cegah Nyamuk Di Rumah Dengan 4 Jenis Tanaman Ini

Ads

Ageratum

Ageratum merupakan tumbuhan berasal dari hutan belukar tropika. Mempunyai lebih kurang empat puluh hingga enam puluh jenis dan merupakan tumbuhan renek dari keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini mempunyai bau yang boleh mengundang masalah kepada nyamuk dan digunakan secara komersial sebagai bahan utama untuk membuat ubat melegakan gigitan nyamuk. Ageratum selalu ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana memerlukan penjagaan yang mudah selain bentuk bunganya seakan powder-puff like yang mempunyai warna menarik iaitu ungu, merah jambu dan putih. Tumbuhan ini sesuai ditanam di bawah teduhan mahupun terdedah kepada terik mentari secara langsung.  Ia juga sesuai di jadikan sebagai tanaman berpasu . Bagi mendapatkan kesan cepat untuk menghalau nyamuk, anda hanya perlu menggosokkan beberapa keping daun sehingga mengeluarkan aroma. Manakala untuk mengubati gigitan nyamuk, anda hanya perlu gosokkan beberapa helai daun di bahagian gigitan tadi .

Cegah Nyamuk Di Rumah Dengan 4 Jenis Tanaman Ini

Ads

Rosemary

Rosmarinus officinalis lebih mesra dikenali sebagai rosemary merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan. Tumbuhan malar hijau ini sering digunakan sebagai salah satu bahan rempah dalam masakkan dan digunakan secara komersial untuk penghasilan ubat. Selain itu juga, rosemary selalu digunakan untuk tujuan perubatan secara tradisional di negara-negara barat seperti mengubati penyakit gout dan sebagainya. Aromanya sering menyerlahkan lagi rasa makanan terutamanya apabila dipanggang. Namun, tidak bagi nyamuk  yang cuba singgah di halaman rumah anda. Rosemary dari keluarga Lamiaceae memerlukan teduhan sepenuhnya untuk menjamin tumbesaran sihat. Bagi mendapatkan impak lebih cepat untuk mencegah kehadiran nyamuk, anda perlu membakarnya terutama pada waktu petang. Untuk tujuan penanaman, ia boleh ditanam di dalam pasu atau dijadikan sebagai salah satu tumbuhan herba di kitchen garden anda.

Cegah Nyamuk Di Rumah Dengan 4 Jenis Tanaman Ini

Ads

TIPS MENCEGAH KEHADIRAN NYAMUK MENGGUNAKAN TUMBUHAN  

  1. Tanamkan tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk di dalam pasu dan diletakan pada patio, wakaf atau di mana sahaja kawasan laman yang sering anda gunakan sebagai ruang santai
  2. Letakan pasu berisi pokok yang boleh menghalang kehadiran nyamuk di bahagian pintu masuk hadapan dan pintu belakang rumah anda.
  3. Wujudkan window garden dengan menanam tumbuhan yang boleh mencegah nyamuk dan di mana-mana sahaja laluan angin.
  4. Tanam tumbuhan penghalang nyamuk secara berselang seli dengan tumbuhan hiasan lain yang terdapat di halaman rumah anda.
  5. Jadikan tumbuhan yang boleh memberi ancaman kepada nyamuk sebagai tanaman pagaran.

IMPIANA banyak menyajikan video yang menarik boleh klik di sini

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI