Ramai memberi perspektif sangat negatif terhadap kediaman jenis flat. Namun ramai telah mengubah perspektif tersebut seperti yang dilakukan oleh Cikgu Farid Saadul Baharim.
Rumah pertama yang dibina untuk menjadi syurga bersama isteri dan isi rumah yang bakal hadir merupakan sebuah flat yang diubah sui interior bak kondo. Pemilik yang suka dekorasi rumah telah memilih rona hitam dan putih sebagai tema.
Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai main warna
Bagi pemilik, dekorasi kediaman perlu seimbang dan yang paling penting tidak sarat dengan aksesori dan perabot. Yang paling penting dalam ubahsuai kediaman sempit ini adalah perancangan.
Upah pekerja untuk melakukan ubah suai di anggarkan lebih kurang RM 10K. Untuk kemasan seperti jubin, sinki, pintu, sliding door dan sebagainya di beli sendiri selepes melakukan pelbagai rujukkan dan survey.
Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dgn bajet RM250 sahaja berbanding upah org buat sampai RM1k. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri, bila da siap rumah at least ada kenangan manis kita bangunkan rumah ni sama
Ads
Ads
Tak salah kita belanja lebih sikit untuk rumah sendiri nak nampak selesa sebab benda ni permanent, untuk rumah kita juga, nak bagi selesa isteri, anak2 duduk. Kita balik dari kerja penat2 pun masuk rumah sedap mata memandang boleh rehat. Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah jadi cacamarba, ini perkara yang perlu dielak. Entah kenapa sebabnya bila lihat dekorasi rumah orang lain nampak elok tapi rumah sendiri nampak semak, padat dan serabut.
Mengapa agaknya perkara ini terjadi? Banyak duit dihabiskan untuk membeli barang-barang hiasan dan perabot namun tetap juga tidak memuaskan hati. Apa yang silapnya? Tambah sana, tambah sini tak juga berseri. Sudahnya kita menggigit jari.
Tanpa disedari kebanyakan daripada kita melakukan pelbagai kesalahan ketika menghias kediaman. Jom kita semak apakah kesalahan tersebut.
PERTEMBUNGAN DUA BUDAYA
Aura budaya ini sangat kuat. Misalnya anda memilih gaya baba nyonya, nusantara, Inggeris dan Morrocan yang jelas nampak identiti seseuah budaya. Setiap budaya ada mood hiasannya tersendiri. Kita tidak boleh mencampur adukkan sekejap Inggeris, sekejap nusantara dan sebagainya. Di mana fokus anda? Jadi pilih yang benar-benar anda minati dan wujudkan identiti tersebut pada segenap ruang. Begitu juga sofadan meja kopinya. Perlu ada satu kesinambungan yang harmoni.
KEPELBAGAIAN AKSESORI
Ini merupakan salah satu masalah di kalangan kita. Aksesori kediaman sememangnya sangat cantik. Baik yang dibeli sendiri atau yang dihadiahkan untuk kita. Masalahnya terdapat pelbagai bentuk hiasan yang kita perolehi. Pastikan aksesori ini merupakan pelengkap konsep kita. Ini bermakna ia serasi dengan konsep utama, dan menyerlahkan lagi gaya yang kita pilih. Misalnya jika memilih Inggeris, gunakanlah pasu porselin rekaan ala kedesaan Inggeris. Bukan periuk tanah liat ala dunia Nusantara.
LANGSIR YANG DOMINAN
Selalunya menjadi masalah apabila langsir yang mendominasi sebuah ruang. Bayangkan sebuah ruang yang ringkas seperti kediaman ruang terhad atau pemilihan perabot semua moden ringkas tetapi langsirnya, klasik mewah yang sarat macam era rococo. Begitu juga fabrik yang tidak sesuai, warna yang tidak serasi dan karakter corak yang janggal. Pakai konsep moden, langsirnya corak kedesaan Inggeris atau klasik. Jangan begitu!
KUSYEN KECIL YANG BERLAINAN GAYA
Biar pun kecil namun peranan kusyen kecil ini sangat besar.daam mencuri tumpuan mata. Adakala corak pilihan kita tu tak masuk dengan gaya keseluruhan ruang. Gaya yang rigkas di jodohkan dengan sofa kedesaan Inggeris yang berbunga-bunga comel. Tidakkah pelik jadinya.
SAIZ PERABOT YANG TIDAK SESUAI DENGAN RUANG
Bayangkan dengan ruang begitu kecil, anda memilih perabot dempak sampai terpaksa berebut -rebut ruang yang ada dengan perabot lain. Jalan pun payah dibuatnya. Penting untuk sesuaikan dengan keluasan ruang, barulah selesa.
Penampilan kabinet dapat menyumbang kepada perubahan suasana dalam ruang dapur anda. Oleh itu, langkah penjagaan yang betul perlu diambil bagi memastikan ketahanan kabinet.
Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membersihkan kabinet dapur anda dengan mudahmenggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Pembersihan kabinet dapur
– Bagi kabinet dapur daripada Melamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya.
– Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.
2. Membersihkan minyak dan asap
– Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng.
– Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.
3. Bahan pembersih
– Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda.
– Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu.
– Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.
4. Penggunaan cuka
– Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda.
– Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih.
– Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.
5. Keadaan kering
– Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak.
– Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.