Mungkin ada yang tidak tahu tapi hakikatnya, ramai di antara kita yang struggle untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan selesa hingga pagi. Cuba 5 petua mudah untuk dapatkan lena yang berkualiti.
Tidur yang baik dan cukup adalah 6-8 jam. Jika kurang daripada jam ini, pasti hari esok anda akan kepenatan dan prestasi kerja anda akan berkurangan berikutan tidak dapat rehat yang mencukupi.
Jadi, bagi membantu anda mendapatkan tidur yang baik secukupnya, IMPIANA sediakan panduan mudah yang boleh anda ikut. Jom semak!
Elakkan minum kafein
Bermula daripada pukul 6 petang hingga waktu tidur. Elakkan daripada minuman berkafein. Ini kerana ia akan meransang otak anda dan kafein tersebut boleh kekal dalam badan anda hingga 12 jam. Bayangkan sebab terlalu banyak minuman kopi dan teh, lena anda akan terganggu.
Ads
Pastikan tilam anda bebas pepijat
Jika anda mengesan kehadiran pepijat di atas tilam, solusi terbaik adalah untuk buang sahaja tilam itu. Ini kerana pepijat mampu hidup sehingga 6-18 bulan dan mampu bertelur dengan banyak dan mengambil masa 6-10 hari untuk menetas. Selain itu, jika pepijat sudah ada di bilik tidur anda, risiko untuk mereka merebak ke bilik lain adalah tinggi.
Antara simptom pepijat adalah apabila anda bangun pagi dan terdapat kesan merah dan kegatalan pada kulit badan.
Cucian berkualiti di cadar katil
Ads
Jika anda menggunakan cadar kain kapas, elakkan membasuh dengan basuhan kering. Lebih molek dibasuh dengan pelembut pakaian. Lagi wangi, lagi bagus. Malam anda pasti lebih lena dan selesa.
Pilih saiz tilam yang betul
Jika tubuh badan anda bersaiz besar, adalah molek untuk membeli tilam yang berukuran 76×80 atau dikenali sebagai king size. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkongsi tempat tidur bersama anak yang masih dalam peringkat membesar dan tidur lasak. Jika anda rasa ia mahal, anda boleh cari tilam saiz queen dengan ukuran 60×80. Ia juga sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin dan masih belum mempunyai anak.
Ads
Jangan makan di atas katil
Sisa makanan yang tumpah diatas katil pastinya menjadi buruan pelbagai serangga perosak seperti lipas, semut dan pelbagai lagi. Itu juga boleh mencerminkan tahap kebersihan tempat tidur anda. Jika tempat tidur kotor, bagaimana nak dapat tidur yangberkualiti? Jadi, lebih baik elakkan makan atas katil..
Ruang menonton juga memerlukan ciri yang cukup menarik agar tampak lebih mewah dan bergaya dalam konsep pilihan pemilik rumah.
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekarang ni, ramai kaum adam suka dekor rumah kan. Semalam IMPIANA terbaca satu posting adik ni makeover bilik tidur nya sendiri. Memang terkebil-kebil mata tengok gambar sebelum dan selepas makeover dilakukan.
Menurut pemilik Keyme Jxr kediaman ayahandanya telah berusia lebih 40 tahun. Keseluruh struktur diperbuat dari kayu. Tapi dengan kemahiran memasang siling yang menjadi sumber pendapatannya, bilik struktur kayu ni kelihatan seperti sebuah studio selepas makeover.
“My dream room” Dari siling, cat sampai ke dekor buat sendiri. Jimat kos upah. Jangan ingat rumah kayu tak boleh jadi macam rumah batu
Kos keseluruhan makeover bilik ni adalah RM 3,000. Bahagian dinding kayu ditutp menggunakan sistem siling kapur.Kesemua perabot dan aksesori di dalam bilik ini dibeli baru. Walaubagaimanapun, kerja-kerja menukang bilik bujang ini sudah pasti menuntut kerja yang teliti agar bahagian-bahagian sambungan dilakukan kelihatan sempurna.
Posted by Keyme Jxr on Wednesday, 26 February 2020
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Inspirasi motif jubin dinding dapur yang cantik dan attractive pastinya menjadi idaman setiap wanita. Pilihan dinding dapur yang estetik dapat tonjolkan ruang dapur anda luar biasa.
Dinding dapur adalah satu kawasan atau ruang yang perlu dititik berat dan tidak boleh diambil ringan. Ini kerana ruang dapur adalah ruang yang boleh jadi ruang yang sangat kotor dan sangat bersih. Sebab itulah pemilihan jubin pada dinding dapur amat penting. Bukan sekadar cantik sahaja malah anda perlu ambil tahu pelbagai jenis faktor dan kesesuaian seramik dapur sebelum anda pasang.
Permukaan seramik jubin yang tahan panas, tidak mudah menyerap air dan kotoran mudah dibersihkan adalah seramik kualiti terbaik untuk dinding dapur anda. Inilah perkara yang perlu anda titik beratkan bukan sekadar warna dan motif sahaja.
IMPIANA kongsikan idea seramik dinding dapur estetik yang mampu jadikan ruang dapur anda lebih menyerlah.
Jubin Estetik Mewah
Bagi yang gemarkan ruang dapur nampak lebih mewah pemilihan warna cerah iaitu putih sudah menjadi kemestian. Manakalah seramik dinding dapur dengan motif marmar akan menghasilkan aura mewah yang lebih menonjol. Bijak memilik kombinasi kabinet dapur dengan warna serta corak yang seakan. Pasti menawan!
Jubin 3D
Memang cantik untuk dijadikan backsplash pada ruang dapur. Ia akan memberi satu ilusi yang berlainan dalam suasana tersendiri. Nampak lebih menonjol dari ruang dinding yang lain. Tetapi kena rajin la cuci selepas masak kena cepat-cepat bersihkan kotoran minyak yang melekat pada seramik 3 Dimensi ini. Kalau tidak celah-celah jubin ini akan menangkap kesan kotoran degil dan membuatkan anda pening kepala untuk membersihkannya nanti.
Jubin Berciri Kayu
Memilih dinding dapur dengan seramik bercirikan kayu ini adalah satu keputusan yang bijak. Bagi yang gemarkan konsep tidak mudah lapuk dek zaman. Menariknya dapur anda seakan dibina dengan kemasan kayu tetapi sebaliknya ia adalah seramik yang tahan panas dan tidak mudah terbakar. Menarikkan, suasana akan nampak lebih warm.
Jubin Berwarna Warni
Pada suatu masa jubin kecil ini menjadi pilihan ramai. Berwarna-warni meriah dengan konsep dapur, merah, hijau dan banyak lagi warna yang boleh dijadikan pilihan. Jubin ini menjadi trend backsplah dapur pada suatu maa. Memang cantik dan menarik perhatian, harus di cuci setiap kali selepas memasak. Celah jubin itu menjadi satu perkara yang rumit dan lama kelamaan akan menjadi kesan kuning dari kotoran minyak yang melekat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.