
+INFO KEDIAMAN
Nama Pereka: AL Decodesign
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan : 1000 kaki persegi
Konsep: Moden Kontemporari
Makeover Kediaman Apartment Menakjubkan!
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka dari AL Decodesign . Mereka mengubah keseluruhan kediaman ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa untuk client mereka.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
+Dapur
+Bilik Air
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini? Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya)
Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Sumber: Muhammad Arif Arif
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Putih Gading Beri Suasana Santai Dan Eksklusif Pada Kediaman.

Beige….rona warm neutral yang semakin dilupakan. Pernah popular di pertengah era 90an dahulu yang mana ia dijadikan rona aliran semasa era tersebut. Bukan sahaja dalam dunia seni reka bentuk dalaman. Tetapi sehingga melibatkan dunia fesyen. Kini beige dilihat mula digemari kembali oleh peminat seni hias tempatan. Malah terdapat beberapa pengeluar perabot mula memperkenalkan kembali ilham rekaan perabot dengan rona beige.
Jika didalam bahasa kita, selalu disebut sebagai putih gading yang jarang menjadi pilihan pemilik kediaman. Mungkin kerana ia mempunyai rona cerah putih kekuningan. Manakala orang kita lebih gemarkan rona kayu asli sebagai latar perabot mereka. Hebatnya rona beige ini selain mengimbau kita akan kemegahan binaan ala kolonial dahulu, ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menikmati perabot kayu di ruang terhad tanpa ada rasa sempit. Malah lebih elegan dan mahal nilai estetikanya.
Pereka gemar memilih rona seumpama ini apabila memilih konsep Amerika. Ia bagaikan satu identiti gaya Amerika kontemporari. Inspirasi panorama landskap pendalaman Amerika yang hebat memberi satu gaya hebat dan unggul. Apa yang lebih menarik, anda boleh memilih rona beige sedondon untuk seisi ruang jika kediamannya kecil. Cuma bezakan dengan tekstur pada fabrik , atau corak yang berbeza. Cuma jika anda bosan, sesekali boleh diganding dengan rona lain . Tidak kira pastel mahu pun rona kelam yang dramatik seperti hijau mahu pun merah hati. Jika mahu elemen glamor, gandingkan dengan rona emas atau perak.
Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas

Rajin DIY, Hasilkan Rumah Tampil Cantik Dan Kemas
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
DIY SCANDINAVIAN
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
DIY SCANDINAVIAN
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
BACA: Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Menatap Kebiruan Di Negara Australia Ini Jadi Tarikan

Rumah Menatap Kebiruan Di Negara Australia Ini Jadi Tarikan. Mengubah segalanya menjadi sebuah tempat privasi dan tenang. Bondi Beach Apartment, dapat menyediakan sebuah tempat untuk seseorang yang memerlukan ruang sendiri. Selalunya, design rumah seperti ini, dimiliki oleh mereka yang benar-benar menghargai rumah.
Jika dilihat, TV yang dipasangkan keluar dari atas kerana ia tidak mahu menghalang permandangan laut yang indah itu. Pereka rumah ini, lebih mementingkan ketenangan bagi pemiliknya. Oleh kerana itu, banyak design boleh dilihat design yang tenang dan simple. Tidak dilupakan, warna-warna hitam yang digabungkan dengan warna putih, dapat memberi kesan nyaman kepada penduduk.
Selain dari itu, kegunaan kayu jati atau kayu campuran banyak digunakan di dalam rumah ini untuk menampakkan lagi premium rumah tersebut. Tidak semestinya, kaca atau corak marble sahaja yang boleh menyerlahkan rumah, bahkan kayu yang cantik, kadang-kadang lebih sesuai. Daripada gambar yang boleh dilihat, penduduk yang membeli rumah seperti ini, tidak akan bosan untuk bangun atau buat kerja setiap hari. Ini kerana setiap hari, mereka akan tenang melihat kebiruan laut yang indah. Ia juga dapat menangani stress dalam membuat kerja.




Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI