
Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya

Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Jika siaran episod Impiana Makeover Ruang Selebriti sebelum ini, kita telah menyaksikan pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa khas buat pengurusnya.
Bagi episod ketujuh rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini pula telah menyaksikan pelakon terkenal, Vanidah Imran sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Bintang filem The Red Kebaya ini juga telah sama membuat satu langkah kelainan dengan memutuskan untuk menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya yang lebih mesra disapa Kak Su.
Jelas Vanidah, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Kak Sue setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama 14 tahun.
Dalam episod kali ini, ruang tamu dan makan di kediaman pengurusnya telah dipilih sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada.
Ketika sesi temu bual perbincangan oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan perabot sofa yang berwarna terang untuk tampak kelainan pada ruang dalaman kediaman tersebut.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Vanidah Imran? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Episod Keenam Impiana Makeover Ruang Selebriti, Izreen Azminda Berpuas Hati Miliki Sofa Tahan Lasak & Berkualiti Tinggi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trik Dekorasi Untuk Pemilik Rumah Jenis Townhouse

Di Malaysia banyak projek perumahan yang dijalankan berbentuk rumah teres semi-D, pangsapuri, kondominium dan banglow. Masih lagi relevan untuk dikatakan projek rumah jenis townhouse atau rumah bandar sudah banyak dibangunkan di negara ini dan disebabkan itu, IMPIANA kurang mendedahkan kepada umum dekorasi rumah jenis townhouse ini.
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang rumah townhouse dan trik dekorasinya, adalah molek untuk kita mengenalpasti ciri-cirinya terdahulu kerana ramai yang keliru rumah townhouse dengan rumah teres kerana fizikalnya yang dibina seakan sebiji rumah teres kerana dalam lot dan bumbung yang sama
Ciri-ciri am
Rumah townhouse kelihatan seperti sebiji rumah teres. Sebenarnya ia merupakan sebiji rumah yang dibahagi kepada dua pemilik atau unit kediaman. Setiap unit mempunyai akses sendiri. walaupun kelihatan dalam lot yang sama, bagi pemilik yang unit nya terletak di bahagian atas mempunyai pintu masuk dan tangga sendir. Ia bagi mengelak gangguan pemilik unit atas kepada kediaman dibahagian bawah.
Kebanyakkan unit townhouse yang dibina mempunyai plan lantai yang memanjang ke belakang. Di Malaysia, terdapat dua jenis townhouse iaitu pembinaan secara tiga tingkat serta dua tingkat. Jenis tiga tingkat membuatkan pemiliknya berkongsi sebanyak 1 1/2 tingkat yang mana tingkat bawah mempunyai ruang tamu, dapur dan bilik tidur manakala di sebelah atas pula adalah bilik tidur utama dan beberapa lagi bilik tidur. Manakala jenis dua tingkat dibina dalam satu tingkat yang mana tangga tambahan menjadi laluan untuk pemilik unit di sebelah atas.
Townhouse 2 tingkat dengan 2unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang satu tingkat)
Townhouse 3 tingkat untuk 2 unit (setiap unit mempunyai keluasan ruang 1 1/2 tingkat)
Tips deko rumah bandar
Rumah townhouse selalunya dikenali dengan fizikal yang memanjang, jadi segala perancangan deko kediaman sebegini opitumum dan dirancang baik. Untuk memastikan setiap keperluan aktiviti mendapat ruangnya yang tersendiri, penyediaan partition perlu dilakukan.
- Dari pintu masuk hingga ke balkoni
Jika sudah memanjang, anda perlukan partition. Disini ianya bermaksud sempadan di antara ruang yang memisahkan antara seksyen dalam kediaman. Contohnya, jika balkoni anda terletak di sebelah hadapan, secara automatiknya, ruangan disebelahnya adalah ruang tamu, sempadankan ia dengan meja makan kerana pasti seksyen seterusnya adalah dapur dan terus ke bilik tidur belakang.
Trik lain berbentuk partition adalah dengan meletakkan tiang sebagai ilusi yang bertindak sebagai pembahagi di antara seksyen. Anda boleh meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang tamu dan makan. Ilusi sebegini berupaya membuatkan kediaman yang memanjang kelihatan luas dan lapang.
Selain itu, penggunaan dan pemilihan rona cat juga memainkan peranan yang penting. Jika ruang kediaman townhouse anda kecil dan kekurangan tingkap untuk pencahayaan di waktu siang, sebaiknya gunakan warna-warna yang cerah. Antara warna yang paling mudah untuk dipadankan adalah putih, kelabu cair dan sebagainya
Akhir sekali, rumah jenis ini sangat sesuai untuk golongan muda tidak kira masih bujang atau berkahwin. Purata harga jualannya sekitar RM400K kebawah, tetapi bergantung kepada harga pasaran semasa. Kapasitinya terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air disertai dengan balkoni.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sekali Lagi Puncak Menara Merdeka 118 Diceroboh Warga Asing

Mulai kecoh dan tular di laman media sosial sekali lagi selepas puncak menara tertinggi di Malaysia yang masih dalam pembinaan, Merdeka 118 dilaporkan telah diceroboh oleh sekumpulan warga asing demi untuk mencipta kandungan di laman maya.
Memetik sumber Buletin TV3, sekumpulan warga asing terbabit yang dikenali sebagai Driftershoots itu dipercayai telah menceroboh puncak menara tersebut pada 30 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di laman media sosial YouTube, video berdurasi selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.
Rentetan itu, mereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.
Sebelum ini, ada pasangan daripada negara Rusia yang dikenali sebagai Angela Nikolau dan Ivan Beerkus, telah menceroboh dan menawan puncak menara kedua tertinggi di dunia itu sekitar bulan Disember tahun lalu.
Sumber: Buletin TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Hampir 9 Tahun Dalam Pembinaan, Menara Merdeka 118 Kini Sudah Hampir Siap Sepenuhnya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI