Guna 2 Bahan Dapur, Asah Mata Pisau Pengisar Tajam Macam Baru Beli. Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk kegunaan mak-mak memasak. Baik nak kisar bawang, cili kering, halia, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar ini, kerana ia lebih cepat berbanding menggunakan batu giling atau lesung batu.Tetapi penggunaan blender yang kerap akan membuatkan mata pisaunya cepat tumpul dan kisaran tidak hancur dengan sempurna.
Sebenarnya ada cara mudah dan tak perlu keluarkan kos yang mahal untuk mak-mak tajamkan kembali mata pisau blender ini. Malah tak perlu pun beli blender yang baru, iaitu hanya menggunakan garam kasar.
Bahan-Bahan:
1 mangkuk garam kasar
1 biji Limau nipis
Cara Membuat:
Ads
1. Masukkan garam kasar ke dalam blender lebih kurang 1 minit dan kisar sehingga halus.
2. Setelah itu, keluarkan garam dan bersihkan blender dan mata pisaunya dengan air perahan limau nipis.
Info Ekstra:
Ads
Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya.Ini kerana garam kasar mempunyai kristal garam yang sangat keras dan boleh membuatkan pisau blender terasah secara maksimum.
Memang ebrbaloi dan mudah kalau ada pengisar double jar. Satu boleh khas kan untuk kisar benda-benda pedas. Satu lagi untuk yang tak pedas. Tak mahal pun RM 140 je. Jenama Panasonic pula tu Kan tahan lasak. Klik je linik ni kalau nak beli https://invol.co/cl970vq
Tip Guna Blender Dengan Betul:
1. Asingkan jenis blender untuk kisar bahan-bahan masakan dan untuk kisar buah-buahan agar tidak berbau dan bercampur rasanya.
Ads
2.Jangan isi bekas blender terlalu penuh, hingga menyukarkan untuk bahan-bahan tersebut dikisar halus dengan sempurna.
3.Perlu tahu ada dua jenis blender yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu blender basah dan blender kering. Bagi blender basah, perlu dicampur dengan sedikit air bagi memudahkan bahan dikisar seperti cili kering, bawang, halia dan bagi blender kering, tidak perlu diletak air, seperti kacang tanah, lada hitam dan sebagainya.
4. Jangan menggunakan mesin pengisar terlalu lama melebihi 3 minit. Ia menyebabkan blender mudah rosak dan motornya mudah terbakar. Guna 2 Bahan Dapur, Asah Mata Pisau Pengisar Tajam Macam Baru Beli,
Siapa yang mempunyai haiwan peliharaan kucing di dalam rumah, sofa atau kerusi koyak menjadi kebiasaan. Bukan koyak disebabkan telah usang, akan tetapi menjadi tempat kegemaran si kucing untuk mencakar. Tidak kira sofa baru atau lama, tetap akan menjadi mangsa.
Untuk mengatasi masalah ini, Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah sediakan tempat khas untuk kucing anda cakar seperti cat tree. Bagi kerusi yang telah koyak, tak perlu di hanatr re-upholstery. Nak lebih jimat, lakukan teknik tampalan pada bahagian yang koyak sahaja.
Untuk tampalan, anda boleh gunakan kain perca, kepingan sulaman, doilies dan sebagainya. Berikut, idea untuk baik pulih kerusi yang koyak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila sebut penegera keselamatan je, ramai ingat untuk rumah-rumah orang kaya je kan. Tapi perlu ingat, pengera keselamatan bertujuan memberi amaran jika berlakunya pencerobohan terutamanya di waktu malam. Zaman sekarang, tak kira rumah orang kaya atau tidak, sentiasa menajdi buruan perompak. Jadi, sistem pengera keselamatan ni macam dah jadi keperluan.
Namun, untuk memiliki sebuah sistem pengera keselamatan ni harganya boleh koyak poket. Tapi, tak jadi masalah. Apa kata, kita cuba cara Shafiqah Naim.
Pasang benda ni dekat pintu, waktu malam kalau pintu terbuka, penggera akan berbunyi. Kos benda ni RM3.00 je dekat Shopee. Waktu malam kalau ada yang cuba buka pintu dari luar, penggera ni berbunyi kuat gila. Boleh pasang dekat setiap pintu masuk rumah dan tingkap.
Jubin Penuh Kotoran Degil, Basuh Macam Ni Baru Bersih Berkilat. Lantai jubin, kalau dah ada habuk melekat yang dah tepu dan lama tak dibersihkan memang akan nampak kusam. Lap atau cui macam mana pun susah nak hilang. Beli lah pencuci lantai jubin mahal-mahal pun, belum tentu berjaya bersihkan.
Tapi, Naquia Esir ada teknik super mudah, cepat dan jimat untuk atasai masalah ni. Yang best, die kata tak perlu nak menyental. Apa rahsianya?
Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai. Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles
✅1ST STEP : Basahkan lantai ✅2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti. ✅3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.
✅4RD STEP : Bilas dengan air
✅5TH STEP : Sental dengan sabun pula
Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!
Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing. Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh anak 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok. Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat.
Selesai kekah living area, dining area dan Guest room Next family area dan bilik anak².
Selamat mencuba
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.