Mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kutu beras di rumah dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jangan ada yang tidak tahu, kini ada cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan serangga perosak itu dari kediaman anda buat selama-lamanya.
Malah, ada cuma hanya memerlukan satu produk sahaja untuk menghalang daripada makhluk serangga perosak ini hidup dan bermaharajalela di dalam bekas simpanan beras anda.
Apa yang ada cuma perlukan adalah sebuah kotak ‘Rice Protector’ yang dijual di kedai barangan kelengkapan rumah, Daiso. Untuk pengetahuan anda, produk ini mengandungi beberapa peket kecil cili yang digunakan sebagai pembasmi makhluk serangga perosak kutu beras.
Ads
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan sepeket ‘Rice Protector’ ini ke dalam bekas simpanan beras anda dan ia terbukti mampu bertahan daripada sebarang makhluk serangga perosak selama tiga bulan. Mudah bukan?
Sekiranya anda mahu mendapatkan produk ‘Rice Protector’ ini, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan kedai Daiso di seluruh Malaysia atau anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Sesebuah dapur perlu direka bergantung pada praktikaliti dan fungsi, bukan hanya semata-mata design yang hip dan moden. Secara faktanya, tidak ada dua dapur yang sama; dengan reka bentuk berbeza fungsi untuk orang yang berbeza dengan keperluan yang berbeza. Walau bagaimanapun, menurut pakar dapur kami, terdapat beberapa kesilapan biasa yang semua orang patut elakkan semasa pengubahsuaian dapur.
Flow Yang Tidak Sesuai
Aliran kerja di dapur merangkumi langkah-langkah yang anda akan ambil ketika proses menyediakan makanan, dari menyimpan makanan untuk persediaan, memasak dan membersihkan. Oleh yang demikian, dapur anda harus dibina dimana ia membolehkan anda untuk bergerak dari satu tugas ke tugas seterusnya dengan lancar dan tanpa gangguan. Bergantung kepada susun atur dapur anda, garis panduan asas bagi aliran kerja yang baik adalah untuk mewujudkan beberapa zon yang berbeza iaitu ruang penyimpanan, ruang penyediaan, ruang memasak dan pembersihan.
Tidak Mempunyai Ruang Counter Top Yang Mencukupi
Sama ada untuk penyediaan makanan, atau untuk menempatkan peralatan dan perkakas, kaunter di dapur merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan sebelum membina dapur idaman anda. Selain meningkatkan fungsi dapur, kaunter juga dapat dijadikan sebagai ruang storan tambahan. Pastikan kabinet yang dibina cukup panjang supaya anda mempunyai ruang yang banyak kerana tiada siapa mahu berhimpit-himpit di satu sudut semasa menyediakan makanan. Peralatan memasak anda juga mungkin terdedah pada dapur masak yang panas dan pendedahan pada haba dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan alatan. Salah satu cara untuk menambah ruang atas kaunter adalah dengan membina island. Letakkan ia bertentangan dengan dapur memasak serta sinki dan pastikan saiznya bersesuaian dengan luas keseluruhan dapur anda.
Ruang Storan Yang Sedikit
Seperti segala-galanya dalam kehidupan, adalah penting untuk pastikan dapur anda sentiasa kemas dan teratur. Kabinet, laci dan rak-rak dinding adalah sebahagian daripada banyak cara untuk dijadikan ruang storan untuk dapur anda. Manakala cangkuk, rel dan pegboard adalah cara genius untuk menggantung periuk, kuali dan senduk. Perlu diingat juga, ruang untuk bukaan laci perlu disediakan agar tidak berlaga laci dengan kabinet lain, sayang kalau tercalar nanti.
Pencahayaan Yang Tidak Memadai
Pencahayaan bukan sahaja penting bagi menceriakan ruang penyediaan, tetapi ia juga dapat menetapkan mood dan suasana keseluruhan dapur. Penyediaan makanan biasanya dilakukan di bawah kaunter mengadap dinding, menghiris dan memotong akan menjadi lebih sukar dan merbahaya jika dapur anda tidak diterangi dengan baik. Kurangnya pencahayaan yang betul juga menjadikan dapur anda gelap, suram dan tidak menarik. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian dapur, anda perlu melabur lebih sedikit untuk kualiti pencahayaan, barulah puas hati. Ini juga membantu mencipta suasana yang lebih selesa buat tuan rumah dan tetamu.
Pengudaraan Yang Tidak Lancar
Tiada siapa yang suka rumah mereka berbau minyak dan asap, terutamanya jika dapur anda terletak berhampiran kawasan berkumpul seperti ruang tamu. Jadi, adalah penting untuk sesebuah dapur mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan peredaran udara dalam rumah, tetapi juga dapat membuang bau tidak menyenangkan dan kotoran minyak yang melekat pada permukaan ruang dapur. Pasangkan hud yang dapat menapis bau dengan berkesan, selain itu tingkap juga perlu dibuka agar udara segar boleh masuk kedalam.
Jika anda bercadang untuk membuat pengubahsuaian dapur, bolehlah praktikkan tips di atas ya. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang sudah berkeluarga, sudah pasti mempunyai banyak kelengkapan barangan seperti toto atau comforter di rumah. Betul tak?
Apabila kelengkapan barangan ini banyak di rumah, sudah pasti ruang penyimpanan telah banyak digunakan bagi untuk menyimpan barang-barang tersebut dan ia boleh menjadi satu masalah kepada anda yang mempunyai ruang yang sangat terhad di rumah.
Jadi, masalah yang berlaku mungkin telah menjadi persoalan bagaimana cara dan langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
Maka oleh itu, IMPIANA mahu berkongsi dengan anda semua cara paling mudah untuk menjimatkan ruang bagi penyimpanan toto dan comforter di rumah.
Caranya memang sangat mudah dan apa bahan yang cuma anda perlukan adalah plastik sampah hitam, vacuum dan tali getah. Bagaimana caranya, anda boleh menonton video tutorial di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpetyang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”
CARA-CARA:
Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.