Baru-baru ini, kedai kelengkapan rumah dan barangan elektrik jenama Harvey Norman, telah mengadakan jualan murah dan penghabisan stok di seluruh cawangan bermula 12 sehingga 25 Oktober depan.
Apa yang menariknya lagi, Harvey Norman juga turut ada menawarkan promosi diskaun pemotongan harga barangan elektrik mencecah ribuan ringgit. Menarik bukan?
Jadi, mari kita lihat antara barangan elektrik yang dijual dengan diskaun pemotongan harga oleh Harvey Norman.
Memang rambang mata dibuatnya sebab banyak barangan elektrik seperti kipas, mesin pengisar, vacuum, televisyen dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran luar.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Mura
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Olah Bijak T-shirt Lama Untuk Dekorasi Kediaman
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Menyimpan Bil, Resit Dan Dokumen Penting Di Rumah Dengan Betul Agar Mudah Dicari
Pastinya ramai yang mempunyai masalah lambakan bil-bil, surat dan dokumen yang tidak terurus. Satu disana, satu lagi disini. Nanti bila nak guna, barulah sibuk nak selongkar semua laci. Memang kucar-kacir lah jadinya!
Tapi anda boleh tarik nafas lega kerana melalui perkongsian di Facebook nya, Puan Hani Mynis ada memberikan tip pengurusan dokumen. Sambil-sambil mengemas rumah tu, boleh la mulakan sedikit demi sedikit dulu. Ini untuk memudahkan urusan anda dimasa hadapan juga.
Tip pengurusan fail, kertas, bil & resit
Selalu lepas dah bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tersebut sebelum kita yakin boleh nak buang. Anda boleh cuba cara penyusunan ni :
- Sediakan beberapa fail yang berasingan. Pastikan satu fail untuk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khas kan setiap poket untuk setiap perkara
- LABEL! Supaya nanti masa nak kemaskini fail senang je
- BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yang sama dan sytle yang sama. Keseragaman adalah kuncinya.
DOKUMEN PENTING
- Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
- Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
- Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
- Buku bank simpanan
- Passport
- Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dll)
RUMAH
- kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
- manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
- resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)
BIL UTILITI
- bil elekrik (TNB)
- bil air (SAJ)
- bil pembentungan (IWK)
- bil siaran tv berbayar (ASTRO)
- bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
- bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)
P/S Semua resit disimpan maksimum setahun sahaja
AKADEMIK
Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI.
So nnt nak cari apa2 berkaitan pelajaran hn, hn boleh rujuk terus ke bhgn hn dlm fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.
KARIER
Dalam fail ni hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa2 surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu
PINJAMAN
Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll
SIJIL
Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil untuk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt sampai tak muat folder)
KESIHATAN
Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.
CUKAI
Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nanti. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing2)
- pembelian buku/majalah/penerbitan
- zakat /derma
- resit pembayaran yuran pendidikan
- perbelanjaan perubatan
- SSPN
KENDERAAN
- geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
- insuran kenderaan
- resit-resit servis kenderaan
- apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dll)
Cheat sheet ni Hani simpan dalam cleaning binder #plannerhani2018 sebab senang nak refer. Feel free to save and print this one
Semoga bermanfaat dan happy organising !
Sumber : Hani Mynis
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Benda Yang Kita Tidak Pernah Tahu Ia WAJIB Dibersihkan. No. 1 Paling Tak Sangka
Ada beberapa tempat ni memang kita selalu terlepas pandang bila waktu mencuci. Impiana kongsikan ‘spot’ yang biasanya kita tak ambil remeh.
1) Bakul Baju
Kita selalu lupa peranan bakul baju ni sebenarnya mengangkut baju-baju kita yang bersih tapi bila bakul kotor, bagaimana keadaan baju kita sebenarnya? Cukup sekadar sentiasa mengelap bakul ini dengan span basah dan biarkan ia kering.
2) Mentol Lampu
Semasa kita sibuk mencuci ‘frame‘ lampu, sebenarnya kita lupa mentol dalam lampu tersebut. Sebenarnya mentol lampu ini lagi banyak mengumpulkan kotoran dan habuk-habuk luar.
3) Bekas pisau
Bakteria dan kotoran boleh memasuki lubang-lubang tempat penyimpanan pisau yang sering kita gunakan.Oleh itu, nak selamat kita wajib bersihkannya at least sebulan sekali dengan merendam bekas pisau di dalam air panas.
4) Tilam
Apabila anda menukar cadar, jangan lupa untuk membersihkan sekali tilam. Hanya dengan menaburkan BAKING SODA untuk 15 minit dan kemudian vacuumnya semula, bau dan beberapa kotoran akan hilang.
5) Sofa
Banyak bakteria dan kotoran yang berkumpul pada sofa yang kita tak pernah tahu. Jadi apa yang kita perlu buat, ialah dengan menabur baking soda seperti di atas dengan membersihkannya semula selepas 20 minit .
6) Remote control, Keyboard Komputer, Handphone dan barang elektronik yang sering dipegang
Paling penting sebelum mencuci, buka dan keluarkan bateri dari barangan ini terlebih dahulu. Cuci dan bersihkannya dengan menggunakan cotton pad atau cotton bud yang di basahkan dengan cuci di celah-celah barang tersebut.
7) Stering Kereta
Spray dan cucikan sahaja dengan menggunakan tuala basah. Ini dapat mengurangkan bakteria dari hinggap di steering yang selalu kita sentuh.
8) Tombol Pintu
Basahkan tuala dengan cuka dan gosokkan pada setiap tombol pintu di rumah. Cuka berperanan menanggalkan kesan degil kotoran pada besi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ideaktiv menawarkan slot berniaga PERCUMA di 2 portal baharu!
Setelah melahirkan pelbagai program yang mewarnai industri penyiaran, Nu Ideaktiv yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam penghasilan kandungan kreatif, bakal memperluaskan sayapnya dengan melancarkan 2 portal direktori, promosi dan reviu produk-produk usahawan tempatan.
Sejajar dengan matlamat Hari Malaysia yang ingin memperkasa taraf sosioekonomi negara, Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma menjanjikan tawaran terbaik terutamanya kepada para pengusaha kecil dan sederhana tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka.
Diperkasakan oleh jenama Rasa dan Pa&Ma, dua portal ini dilancarkan dengan tujuan ingin memberi solusi kepada pengguna dan mempermudahkan transaksi jual beli diatas talian dengan mengumpulkan para peniaga dari seluruh Malaysia dibawah satu platform. Sebagai promosi pembukaan, portal Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma ini menawarkan slot percuma untuk para peniaga yang mendaftar. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, kedua-dua portal ini dilancarkan bagi memenuhi kehendak dan segmen pasaran yang berbeza.
Jom RASA menghimpun 1001 seleksi makanan citarasa lokal dari seluruh Malaysia. Matlamat utama portal Jom RASA ialah sebagai platform promosi dan ulasan segala produk makanan keluaran para peniaga tempatan. Pelbagai kategori turut disajikan buat para pengguna di Jom RASA dan lebih menarik lagi, portal ini memaparkan segala produk jualan berkaitan makanan dari seluruh Malaysia. Makanan atau produk-produk yang sukar didapati di kawasan anda, kini semuanya hanya di hujung jari. Dengan sistem yang efisyen, paparan sesebuah item pula akan dilengkapi dengan cadangan produk-produk berkaitan.
Baby Bazaar by Pa&Ma pula merupakan sebuah portal direktori, promosi, dan reviu produk bayi, ibu hamil, serta ibu berpantang. Generasi ibu bapa muda masa kini juga dilihat sangat menitikberatkan
soal keseimbangan masa dalam kerjaya dan masa bersama keluarga. Dahulunya masa banyak dihabiskan kerana terpaksa berkunjung ke pasar raya atau kedai barangan bayi untuk membeli barang-barang berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi. Kewujudan portal ini bertujuan untuk membantu mereka membeli segala kelengkapan ibu dan anak dari rumah sahaja.
“Kami nampak kekurangan adanya direktori yang memudahkan pengguna mencari apa yang mereka inginkan. Inspirasi di sebalik penubuhan kedua portal ini dilahirkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kita dapat lihat lebih ramai orang membeli belah secara atas talian. Kedua portal ini bukan sahaja untuk mempermudahkan pengguna tetapi juga membantu para peniaga kecil di waktu sebegini. Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma tidak mengambil sebarang komisyen atas keuntungan yang dibuat hasil transaksi yang berlaku,” ulas En. Syamil Fahim, Ketua Pengawai Eksekutif Ideaktiv.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, pihaknya komited dalam melahirkan portal-portal lain yang berkaitan dengan jenama-jenama lain di bawah Ideaktiv dan akan menumpukan kepada pembangunan portal berkaitan perkahwinan dan dekorasi kediaman dalam masa terdekat ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI