Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur. Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari. IMPIANA mencari 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina sebuah dapur.
1.Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
2. Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Ads
3. Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Ads
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ads
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Tabur Garam Untuk Hasilkan Jambu Madu Cantik, Padat Dan Buahnya Besar. Jambu madu kalau lambat dibalut memang bila masak nanti, luar je cantik, tapi dalam nya ada penghuni. Tapi, nak layan balut buah jambu ni pun, jenuh juga. Nak-nak kalau pokok dah besar dan tinggi. Susah nak gapai.
Tapi Iffah Effa ada cara nak pastikan pokok jambu madu mengeluarkan hasil yang cantik dan sedapa macam beli dekat kedai.
Masalah orang kita bila tanam jambi dia biar pokok besar-besar. Lepas tu, susah nak kutip. Sayang buah jadi busuk. Dah lah nak dapatkan baka buah jambu yang baik dan cantik pun payah
Nak kongsi ilmu. Kalau salah, tolong tegur. Jambu saya ni tak pakai racun pun. tapi buah padan dan sedap. Ini yang saya lakukan:
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, cara dia anda boleh guna garam kasar sedikt. Caranya, diri dekat pangkal pokok dan menghadap keluar.Tabur garam tadi menghadap kelur mengelilingi pangkal pokok (sebab akar dah bergerak jauh dari batang) Teknik ini juga sesuai digunakan ketika membaja pokok.
Garam tersebut bagi tujuan untuk tambah manis pada buah. Lagi pun, orang dulu-dulu selalu cakap, sebelum kau hidup, aku dah makan garam
Terjual lebih dari 23,000 unit Pelbagai Baja Booster / Paksa Subur di shopee. Nak beli juga, klik link ni https://invol.co/cl7y6dx
2. Cantas poko. Jangan biarkan pokok terlalu tinggi. Tinggalkan pada ketinggian 10 kaki sahaja. Selebihnya, boleh cantas. Ia bagi tujuan untuk memudahkan anda menuai hasil dan membungkus buah
3. Ketika putik buah sebesar ukuran 20sen, boleh cepat balut buah dengan plastik atau kertas surat khabar. Jika menggunakan plastik, pastikan ada lubang air bagi mengelak air bertakung ketika hujan
4. tujua balut, supaya lalat buah tak rosakkan buah. Jika terdapat bintik hitam pada permukaan buah sebelum dibungkus, buangkan terus buah tersebut. Hanya pilih yang cantik sahaja.
5. Jika terdapat buah yang dah rosak atau jatuh ketanah, segera buang kan jauh-jauh atau bakar terus. Pastikan bawah pokok sentiasa kosong. Ini kerana, buah yang dah busuk mempunyai fangus. Hal ini akan mengundang ancaman kepada akar pokok pula.
6. Cantas dan kurangkan kuantiti daun pada pokok. Bila terlalu banyak buah, ia akan mengakibatkan hasil kurang
Tabur Garam Untuk Hasilkan Jambu Madu Cantik, Padat Dan Buahnya Besar
Sekarang ini kalau kita lihat, tengah musim hujan dan ribut. Bila sudah musim-musim hujan ini, kilat dan guruh sering ada. Haa mula lah ada sesetengah rumah blackout atau tiba-tiba tiada ada elektrik. Tetapi adakah anda tahu, rumah kita bila tiba-tiba blackout, bukan sahaja disebabkan guruh atau kilat yang kuat? Ia boleh jadi puncanya datang dari perkara lain. Hari ini, saya akan memberitahu anda, apakah sebab-sebab rumah atau bangunan tiba-tiba terjadinya blackout.
ADA BARANGAN ELEKTRONIK YANG SUDAH ROSAK
Barang-barang elektronik yang rosak itu, boleh jadi ketuhar, cerek elektrik, extension atau benda benda yang lain. Jika kita masih gunakan barangan yang rosak itu walaupun hakikatnya sudah tahu ia rosak, maka sebab itu ia boleh terus trip satu rumah dan menyebabkan blackout.
SERANGGA ATAU BINATANG YANG MENGANGGU PADA WIRING DAN PEPASANGAN ELEKTRIK
Selalunya binatang atau serangga yang dimaksudkan ini adalah semut, tikus atau anai-anai. Paling bahaya apabila ada wayang yang sudah terkeluar dan ia boleh mengakibatkan kebakaran jika ia terkena pada air.
KOTAK SUIS UTAMA(DB) DAH ROSAK
Selalunya kes sebigini berlaku, bila rumah yang kita menetap itu sudah lama dan kotak suis utama tersebut sudah lebih dari 10 tahun. Bila ia sudah lama, ia akan kerap rosak dan menyebabkan rumah jadi blackout. Seperti manusia juga, bila yang sudah berusia, akan selalu sakit.
Jadi, itulah dia sebab-sebab yang lain yang boleh mengakibat rumah tiba-tiba blackout selain daripada kilat dan petir. Cuma saya berharap, anda semua berhati-hati selepas ini berkenaan dengan elektrik dan elektronik ini.
Malang tidak berbau. Siapa sangka walaupun dirumah sendiri masih berisiko untuk mendapat serangan haiwan bahaya dan berbisa.
Menjadi kelaziman ular habitatnya adalah di semak samun mahupun kawasan hutan. Namun atas faktor cuaca yang panas, reptilia ini mencari kawasan yang sesuai seperti rumah kita untuk menumpang teduh.
Satu Keluarga Terkejut, Ular Sawa 15 Kg Jatuh Dari Siling Rumah!
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah menerima panggilan kecemasan mengenai seekor ular di dalam bilik air pada jam 9.50 pagi, sebelum menghantar tiga anggota bersama seorang pegawai ke lokasi kejadian.
Salah seorang penghuni rumah, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun, telah mengurung ular tersebut di dalam bilik air.
“Setibanya di lokasi, anggota dimaklumkan terdapat seekor ular berada di dalam bilik air.
“Salah seorang penghuni rumah lelaki warga emas berusia 70 tahun, sempat menghalau ular itu masuk ke dalam bilik air lalu mengurungnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Operasi yang diketuai oleh Leftenan (PA) Mila Hirmah Tahiruddin bersama tiga anggota APM berjaya menangkap ular itu, dan ia telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.
IMPIANA : Jadikan kisah ini satu pengajaran. Terutama jika kawasan rumah berhampiran semak, pastikan kawasan rumah dan sekitarnya bersih untuk elakkan serangan haiwan bahaya seperti ini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.