TANAH, medium tanaman yang tetap menajdi pilihan utama. Tanpa tanah sebagai medium, sudah pasti segala aktiviti bertaman terutamanya yang melibatkan tanaman berpasu akan tergendala. Antara faktor yang mejadikan ia sebagai pilihan utama disebabkan oleh sumber nya yang mudah diperolehi serta murah. Terdapat pelbagai pilihan campuran tanah yang sesuai dijadikan sebagai medium tanaman berpasu. Namun jika campurannya tidak seimbang dengan keperluan tanaman, ia akan mengundang masalah.
Teknologi agrikultur berkembang pesat dari masa ke semasa. Pelbagai kaedah dan cara kerja telah dihasilkan dalam memastikan tanaman yang di jana menghasilkan produktiviti yang tinggi. Begitu juga keperluan tanaman seperti baja. Terdapat pelbagai jenis baja yang di hasilkan untuk menyokong hasil agrikultur yang bermutu tinggi. Tidak terkecuali juga medium tanaman. Teknologi berjaya menghasilkan beberapa produk yang berupaya menggantikan tanah sebagai medium tanaman. Secara tidak langsung penggunaan bahan-bahan tersebut menjadikan keperluan tanah sebagai medium tanaman dapat di minimumkan atau lebih mudah dikenali sebagai soiless.
Keperluan medium tanaman
Untuk memiliki tanaman berpasu yang sentiasa didalam kondisi sempurna dipandang dan membesar secara optimum , ia memerlukan medium tanaman yang berupaya menyedia dan membekalkan keperluan sepanjang hayat tanaman tersebut. Yang menjadi keutamaannya adalah kelembapan. Medium yang digunakan berupaya menyimpan atau mengekalkan kadar kelembapan dalam tempoh yang lama kerana ia memudahkan akar pokok menyerap makanan yang tersedia didalam tanah.
Untuk memastikan akar bebas mencari makanan, medium tanam perlu mempunyai rongga untuk memudahkan pengudaraan disamping pengaliran air yang baik. Hal ini turut penting terutamanya untuk tumbuhan renek berpasu kerana akar yang halus tidak aktif jika medium tanaman padat dan akan mencekik akar. Jika keadaan ini berlaku, pokok akan mudah terancam dan akan mati secara perlahan-lahan.
Selain itu juga, kandungan pH dan nutrien yang tersedia turut mempengaruhi tumbesaran tanaman berpasu. Setiap tanaman mempunyai keperluan nutrin dan pH yang berbeza. Oleh itu, kenalpasti keperluan nutrian setiap tumbuhan dan baca pada label yang tersedia di belakang pembungkus medium untuk memastikan kandunggannya sama ada sesuai mahupun tidak.
kenapa tanah yang tersedia dipersikirtaran kita tidak boleh duguna terus sebagai medium tanaman?
Ramai antara kita menggambil langkah mudah dengan menimba tanah yang terdapat di sekitar rumah untuk dijadikan sebagai medium tanaman berpasu. Sedarkah anda, anda telah melakukan satu keselahan yang amat besar didalam teknik penanman berpasu? Dalam kebanyakkan kes, tanah biasa yang diambil mempunyai tekstur yang sangat halus dan tidak mempunyai sistem saliran dan penggudaraan yang tidak baik.
Disamping itu juga, tanah yang diguakan tidak mempunyai nutrin yang mencukupi untuk tumbesaran tanaman berpasu. Berbeza dengan tanaman yang di tanam terus di tanah. Akar pokok mudah bebesa mencari makanan. Namun tidak untuk tanaman berpasu. Ia hanya hidup didalam lingkungan saiz pasu yang disediakan, oleh itu, pastikan tanah yang digunakan perlu dirawat dan diperbaiki kondisinya sebelum digunapakai sebagai medium tanaman berpasu.
apa itu medium tanpa tanah (soilless)
medium tanaman dari jenis ini berupaya memberi kondisi yang sumpurna untuk pertubuhan tanaman. Kebiasaannya ia akan digunakan tanpa tanah atau hanya menggunakan tanah dalam kuantiti yang sedikit. Ia ia menggabungkan beberapa bahan campuran sama ada organik mahupun tidakuntuk menyediakan keperluan tumbesaran optimum dan hasil yang berkualiti.
Kini terdapat pelbagai pilihan campuran soilless medium yang dihasilkan oleh penggiat industri sama ada untuk tujuan komersial mahupun persendirian. Anda perlu semak label yang tertera di belakang pembungkus untuk mengetahui kandungan medium tersebut kerana setiap pengusaha mengahsilkan campuran medium yang berbeza.
Kebanyakkan pengusaha industri agrikultur memilih soilless medium kerana ia lebih mudah diurus disamping kurangnya ancaman terhadap penyakit dan serangga perosak yang sering menjadikan tanah sebagai habitat. Tekstur medium nya yang lebih ringan memudah pengendalianan terutamanya dalam kapasiti yang besar dan banyak.
Antara bahan yang digunakan dalam campran soilless medium adalah seperti berikut:
1. Sphagnum peat moss
Kebiasaannya, Sphagnum peat moss mudah didapati dalam bentuk kering dan bersifat organik. Teksturnya yang kasar namun ringan berupaya menyerap air secara optimum dan dalam kadar masa yang lama. Penggunaanya mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1900-an dan menajdi antara rovolusi terawal dalam industri agricultur.
Kebiasaanya di nurseri, tumbuhan pepakis seperti Asplenium nidus, nephrolwpia spp. dan sebagainya akan menggunakan lumut kering ini sebagai medium tanaman. Sphagnum peat moss brsifat alkali, oleh itu, tumbuhan berbunga dan berubah amat sesuai dengan medium tanaman dari jenis ini untuk hasilnya yang optimum.
Tip penggunaan: untuk penyerapan optimum, rendamkan Sphagnum peat moss di dalam air dan biarkan ia menyerap sepenuhnya sebelum digunakan
2. Perlite
Pernahkah anda mengesan butiran putih yang ringan wujud di dalam medium tanaman anda walaupun pokok tersebut baru dibeli dari nurseri? Hal tersebut pasti membuat anda rungsing dan ada yang beranggapan tumbuhan anda mula diserang penyakit. Hakikatnya bahan tersebut merupakan perlite yeng digunakan untuk memperbaiki struktur medium anda.
Perlite merupakan bahan yang diproses dari kaca gunung berapi yang telah dipanaskan pada suhu 817C hingga menjadi partikel hablur yang halus berbentuk hampir bulat. Ia berupaya mengembang 13 kali ganda dari saiz asalnya apabila menyimpan air. Dari 1(kaki padu) gelas gunung berapi, ia hanya berupaya menghasilkan 5-8 pound perlite.
Namun perlita perlu di campur dengan medium tanaman lain kerana jika berlebihan ia akan menyebabkan fluoride burn di mana hujung daun akan kelihatan kering dan terbakar.
Tip penggunaan: campurkan satu bahagian tanah gembur bersama satu bahagian Peat moss dan satu bahagian perlite untuk menghasilkan medium tanaman yang mempunyai keperluan optimum tumbesran tumbuhan
3. Hydroton / clay pebbles
Semakin sensai, hydroton kini menjadi perhatian di seluruh dunia sebagai medium tanaman terbaik terutamanya untuk tujuan hidroponik. Disamping itu juga, bahan ini turut diketegorikan sebagai medium tanaman mampan. Ia diperbuat daripada tanah liat yang di bentuk menjadi bulat dan dibakar pada suhu 1200°C. Tekanan haba yang diterima menyebabkan tanah liat yang dianggap tidak membantu untuk tujuan penanaman menjadi poros.
Sifatnya yang ringgan memudahkan penyelenggaraan dan boleh diguna semula. Namun, Hydroton mempunyai pH natural dan mempunyai nutrien. Oleh sebab itu, medium ini sesuai dijadikan sebagai gantian kepada batu yang kebiasaannya dijadikan sebagai lapisan saliran didasar dalam pasub serta memperbaiki saliran dan penggudaraan di dalam medium tanaman. Permukaan tanah liat yang berongga mudah ditembusi akar namun tidak pecah. Secara tidak langsung ia masih mengekalkan struktur didalam mdium tanaman untuk tempoh yang lama.
Kini hydroton digunapakai sebagai medium tanaman hydroponic dan aquaponic secara meluas kerana permukaan tanah liatnya yang berongga memberi peganggan kepada akar untuk tumbuh dan membesar.
Tip penggunaan:
- campurkan 30% dari nisbah medium tanaman dengan menggunakan hydroton untuk memiliki sturktur medium yang seimbang
- Selain itu juga, hydroton sesuai dijadikan sebagai lapisan paling bawah medium tanaman untuk menggantikan batu sebagai tujuan penyaliran yang baik.
4. Growstone
Growstone dan hydroton mempunyai kaedah penggunaan yang sama. Hanya penggunaan materialnya sahaja yang berbeza. Growstone diperbuat daripada 1005 bahan kitar semula iaitu kaca. Bentuk dan saiznya seakan batuan kerikil berwarna putih.growstone bebas dari sebarang toksik kerana ia telah melalui beberapa kali proses saringan untuk meneutralkan kaca terpakai yang digunakan sebelum diproses menjadi growston.
Seperti hydroton, growstone turut digunakan sebagai medium tanaman hydroponic. Ia kelihatan keras dan padu namun sifat rongga yang terdapat didalam setiap butiran growston memboleh kan ia memperbaiki struktur medium tanaman dan tidak mudah berhabuk seperti perlite.
Tip penggunaan: campurkan 305 dari nisbah medium tanaman dengan menggunakan growstoen. Ia berupaya memberi penyerapan air 705 lebih baik daripada perlite.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI