Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunakan cat. Cara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama (kilik sini untuk artikel lengkap). Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparan seperti varnish dan syelek.
Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu. Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai. Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan
Tentukan kegunan
Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor. Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor
Tentukan jenis warna yang diinginkan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihan
Ads
Tentukan cara aplikasi
Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi.
Ads
Cara Cat Kayu
Ads
Baiki kerosakan
Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemas
Buang lapisan lama
Permukaan kayu perlukan tututan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda terfikir mengubah bunga adalah satu perkara yang menyeronokkan dan salah satu terapi yang baik untuk kita semua. Ada fakta mengatakan bahawa tumbuhan segar atau hidup memang sesuai ada di dalam rumah. Tetapi tak akan pula kita nak tanam pokok dalam rumah bukan? Elemen hijau mampu memberi aura yang positif dan juga kesegaran tanpa disedari. Jika anda tidak percaya jom lakukan.
Kali ini IMPIANA ingin berkongsi langkah mudah naik seri ruang dalam rumah anda. Gubahan bunga ini mudah dan ringkas, tapi yang paling best bunga-bunga ni semua boleh didapati disekeliling rumah anda.
Barang yang anda perlu dan cara gubahan:
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika kita lihat, setiap rumah mempuyai langsir tersendiri yang mempunyai jenis corak dan fabrik digunakan. Ini kerana langir-langsir ini sesuai untuk mengekalkan kekemasan sebuah rumah dan ia dapat menaikkan lagi seri rumah tersebut. Tambah-tambah lagi apabila masuk musim perayaan. Tetamu yang datang, akan melihat langsir rumah kita kerana benda itu lah yang paling menonjolkan sekali terhadap pandangan mereka. Bagaimana pula dengan fungsi langsir? Fungsi langsir ini, ia dapat menghindarkan daripada perabot kita kelihatan pudar dan juga habuk. Memandang di Malaysia kita akan senang untuk mendapat langsir, jadi memang sepatutlah kita perlukan langsir di rumah. Jadi, di sini saya akan menceritakan 3 jenis fabrik langsir yang sangat sesuai untuk rumah anda.
Fabrik Ringan. Fabrik ringan ini mempunyai kain jenis yang dapat menjadi penapis, di mana mampu menyaring kemasukan sumber cahaya dalam ruang rumah kita. Jadi, ia amat digalakkan untuk dijadikan langsir kerana sumber cahaya ini juga boleh membantu anda dalam aktiviti seharian dengan tenang. Tetapi jangan risau, walaupun ia kelihatan kain yang nipis, ia tetap menjaga privasi di dalam rumah.
Kedua, Fabrik Separa Ringan. Fabrik ini selalunya mengandungi cetakan flora, bertekstur, polos dan juga jacquard. Kebanyakkan fabrik ini memiliki saiz yang tebal dan berkualiti tinggi yang mampu menghalang dari pandangan dari luar. Selain dari itu, pemilihan warna juga penting bagi fabrik ini kerana ia memainkan peranan yang penting dalam rumah kita. Pastikan warna yang dipilih adalah mengikut trend atau kesesuaian dengan persekitaran dalam rumah anda.
Fabrik terakhir adalah Fabrik Blackout. Fabrik ini adalah fabrik yang sangat tebal dari yang biasa dan menampakkan rumah seperti di hotel 5 bintang. Walaupun fabrik ini tebal, tapi teksturnya sangatlah lembut dan beralun. Ia dapat membantu dari pencahayaan masuk ke dalam rumah sekiranya bagi seseorang yang tidak suka akan cahaya sangat dalam rumahnya ataupun pada waktu pagi, jika rumah anda sering masuk cahaya dan menganggu ketika tidur, fabrik ini sangat sesuai untuk menghindarinya.
Kesimpulannya, ketiga-ketiga jenis fabrik amatlah bagus dan baik tetapi ia terpulang kepada pembeli kerana ia mengikut kesesuaian rumah mereka.
Adakah anda rasa seperti seluruh rumah anda berbau hancing dan busuk seperti di kedai menjual haiwan? Bau ini mungkin disebabkan oleh najis kucing anda dan ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda kepada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah berbau dan kotor.
Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara dikediaman sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.
CARA 1 : Gunakan cuka.
Hilangkan bau air kencing dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kencing kucing.
Untuk kawasan yang besar, anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kain bersih yang direndam dalam cuka.
Bagi kawasan berkarpet pula, anda boleh menggunakan pembersih permaidani yang dicampur dengan sedikit cuka untuk menghilangkan bau air kencing. Tapi hati-hati, kerana cuka mempunyai pH yang rendah jadi ia mungkin akan merosakkan karpet. Lakukan patch-test pada sebahagian kecil dahulu sebelum menggunakan rawatan cuka ini.
CARA 2 : Cuba pembersih enzyme.
Air kencing kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.
Jangan campurkan pembersih enzyme dengan produk kering yang lain. Bahan-bahan dalam produk pembersihan lain boleh melemahkan potensi pembersih enzyme.
Beberapa pembersih enzyme boleh merosakkan gentian kayu. Jika anda perlu untuk membersihkan lantai kayu atau perabot kayu, pastikan anda beli pembersih enzyme yang sesuai untuk digunakan pada kayu.
CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi.
Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.
CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional.
Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.
CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur.
Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.
Jadikan aktiviti membersih bekas pasir sebagai rutin anda setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan cara ini, mana-mana najis atau air kencing dalam bekas pasir tersebut tidak dibiarkan untuk tempoh masa yang lebih dari sepatutnya dan menyebarkan bau busuk keseluruh rumah.
Tukar pasir didalam bekas dua kali sebulan untuk memastikan ia sentiasa segar. Cuci bekas sebersih yang mungkin setiap kali anda menukar pasir agar kawasan tersebut bebas bau kucing.
CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir.
Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.
Jika anda mempunyai 2 kucing, anda disyorkan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 bekas pasir.
Jika rumah anda dua tigkat atau lebih, cuba untuk letakkan bekas pasir pada setiap tingkat bagi memudahkan kucing membuang air.
CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing.
Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.
Tidak salah jika melabur lebih sedikit untuk vakum yang canggih agar kerja-kerja membersih lebih mudah dan cepat.
CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih.
Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.
CARA 9 : Bawa kucing anda grooming .
Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.
CARA 10 : Bawa kucing berjumpa doktor haiwan jika bau tidak hilang.
Jika anda telah cuba membersihkan kawasan kucing anda dan masih lagi gagal menghilangkan bau busuk kucing, cepat-cepat bawa si bulu berjumpa doktor haiwan. Boleh jadi, bau tersebut disebabkan penyakit atau jangkitan kuman yang memerlukan perhatian segera.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.