IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.
Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.
Skandinavian minimalis
Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.
2. Meja bar Monokrom
Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.
Ads
3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu
Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.
Ads
4. Meja bar kitar semula
Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.
5. Idea meja bar klasik vintage
Ads
Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
Tip Jaga Langsir Supaya Nampak Sentiasa Baru, Tak Adalah Setiap Kali Raya Kena Tukar
Langsir tidak dilihat penting cukup sekadar menjadi penghadang pandangan dari luar semata-mata. Sedangkan elemen itu antara yang perlu diberi perhatian dalam usaha mencantikkan kediaman berbanding hiasan dalaman lain seperti panel dinding dan perabot.
Sebenarnya, langsir memainkan peranan penting sebagai pelengkap kesempurnaan hiasan dalaman. Namun bagaimanakah caranya untuk memastikan agar langsir anda sentiasa kelihatan baru?
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir.
3. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
4. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar.
Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
5. Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur.
7. Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9. Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
10. Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Dapat kunci rumah baru, antara waktu yang dinanti oleh mereka yang membeli kediaman baru. Siapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap.
Memang tak sabar dan teruja, disebabkan itulah pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan.
Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci, ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi bagi kebanyakan pembeli biasa.
Pemaju risau kalau yang beli rumah doktor, peguam, jurutera
Akan tetapi berdasarkan pengalamannya pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitel, jurutera atau doktor yang cukup faham hak mereka.
Mereka akan memeriksa secara detail keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.
Sememangnya inilah yang perlu kita lakukan. Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini.
“Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap”.
Rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu sebenarnya.
“Betul bang semua orang teruja sampai lupa jenis rumah dia beli,” cerita staff pemaju ini semalam.
“Kami paling risau yang beli lawyer, arkitek, jurutera, doktor. Mereka sangat faham hak mereka”.
“Ada kes lawyer dari Putrajaya beli rumah di Perak, dia datang bawak house inspection. Dia tak bagi kami masuk, tunggu luar katanya”.
Lepas team masuk bawak laser equipment dia keluar bagitau rumah tak ikut specification dalam S&P,” ceritanya laju.
“Dia tutup dan tak benarkan kami masuk rumah dan tak mahu tandatangan terima kunci”.
“Fuhhhh, dia mengamuk kat opis”
“Minggu lepas dia failkan tuntutan pada pemaju, dokumen tuntutan setebal ini, “ceritanya sambil angkat jari setebal 6 inci.
“Kami paling bahagia kalau yang datang penjawat awam, orang biasa. Mereka dapat kunci siap bergambar dengan kami dan masuk rumah terus. Terus ambil kunci dan tanda tangan, tak periksa rumah pun.” Ceritanya laju.
Bila dapat kunci rumah baru dari pemaju lakukan perkara ini
Pengajaran dari cerita di atas, bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.
1. Bawa bersama S&P yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.
2. Dalamnya ada pelan bangunan dan sekyen kediaman rumah. Belajar buat semakan.
3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamannya 2 bilik.
4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari porch depan atau pagar depan dinding ke dinding.
Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20’0″ bukanya 18″0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2’0″.
5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.
6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.
7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10′ 0″ tinggi bila siap hanya 8’6″ sahaja ketinggian dari lantai. Pasang kipas kena kepala nanti.
8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.
9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.
Bawa bersama salinan S&P dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.
Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sibuk nak selfie beritahau dunia, dapat rumah cacat di mana mana.
Ada tak di kalangan anda yang pernah melihat perkakas dapur seperti dulang berputar ini dijual di kedai kelengkapan rumah mahupun secara dalam talian? Tahukah anda, dulang berputar ini sebenarnya namanya lebih dikenali sebagai ‘Lazy Suzan Tray’.
Mengapa perkataan ‘Lazy’ ini sering disinonimkan dengan perkakas dulang berputar ini? Adakah inovasi yang dimiliki oleh dulang berputar ini membawa maksud perkakas dapur ini gemar digunakan oleh yang pemalas?
Mungkin ada sesetengah di kalangan anda yang beranggapan inovasi dulang yang boleh berputar ini melambangkan sikap malas seseorang sekiranya digunakan.
Meski begitu, tahukah anda sebenarnya penggunaan dulang berputar ini merupakan sebuah produk perkakas dapur yang boleh memberi pelbagai kemudahan kepada anda?
Untuk pengetahuan anda, dengan fungsi putaran 360 darjah, dulang berputar ini sememangnya amat sesuai digunakan sebagai aksesori perkakas dapur bagi meletakkan pelbagai bekas atau balang rempah seperti garam, gula, serbuk perasa dan sebagainya.
Malah, apabila menjelang musim perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir yang menggunakan dulang berputar ini bagi meletakkan balang biskut di atas meja makan tetamu.
Foto sumber: repictblog
Bagaimanapun, terpulang kepada tanggapan masing-masing terhadap mengenai penggunaan dulang berputar ini sama ada ia merupakan satu inovasi memudahkan atau memalaskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan dulang berputar ini, apa kata anda mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.