Wah, ini memang satu khabar berita buat semua pencinta koleksi mainan McDonald’s! Terbaharu, syarikat makanan segera terkenal itu telah melancarkan koleksi set mainan masak-masak Happy Meal.
Untuk koleksi set mainan masak-masak ini telah menampilkan sebanyak lapan jenis mainan pelbagai bentuk antaranya dulang makanan, burger, mesin duit dan banyak lagi.
Lihat sahaja lah kesemua rekaan set mainan masak-masak Happy Meal ini sememangnya unik dan comel-comel belaka. Sudah pasti, ia bukan sahaja boleh menarik perhatian minat si cilik comel kesayangan anda, malah orang dewasa juga turut sama!
Jadi mari kita lihat setiap satu reka bentuk yang ada dengan lebih dekat dan mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa kata anda kumpulkan kesemua reka bentuk set mainan masak-masak Happy Meal ini, sebab semuanya sangat comel!
Untuk pengetahuan anda, koleksi set mainan tersebut telah mula dilancarkan bermula 13 Oktober sehingga 3 November depan. Jadi tunggu apa lagi?! Segera pergi ke mana-mana cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia sebelum semuanya kehabisan stok!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Inspirasi 5 Gaya Mini Bar Dapat Jimat Ruang Dapur Sempit
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanah Pusaka Banyak Nama? Ini Cara Terbaik Tangani Masalah Tersebut Menurut Pakar
Isu pembahagian harta di kalangan keluarga dan adik-beradik masih lagi hangat diperkatakan dan ianya seperti tiada penghujung. Merujuk kepada laporan Sinar Harian bertarikh 18 April 2018, seorang suri rumah berhadapan tuntutan ganti rugi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan penipuan harta pusaka arwah bapa mereka.
Isu sebegini berbangkit kerana timbulnya perasaan tamak sehingga sanggup menipu adik-beradik sendiri dalam pewarisan harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa. IMPIANA kongsikan pencerahan dan solusi daripada seorang peguam bertauliah yang disiar di laman Facebook miliknya iaitu Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Encik Salkukhairi Abd Shukor
Menurutnya, masalah yang dibangkitkan adalah tentang bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia dan bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama dan pada masa yang sama masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
Keadaan ini akan lebih menyukarkan proses untuk diurusniaga serta pembangunan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian. Isunya adalah berlaku ketidasetujuan diantara penama dalam perjanjian tersebut dan lebih menyukarkan keadaan jika ada yang tidak bersetuju untuk menjual bahagiannya. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja malahan lebih teruk lagi masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
1. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebabkan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
2. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan serta banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan Perjanjian Jual Beli (SNP )dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
3. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
4. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh Usaha sama (JV) dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahagikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah tersebut.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ia mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut amatlah diperlukan.
Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh-jauh. Jangan fikir untuk untung jangka masa pendek sahaja.
Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding berbalah sesama sendiri terhadap bahagian tanah yang sekangkang kera tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Newbie, Ini Teknik Asas Tanam Orkid Yang Betul
Menanam orkid tidak sesukar seperti digambarkan, patuhi asas penanaman kunci mampu bertahan lama dan sentiasa mekar
Pemangkasan dan pembiakan
Terdapat pelbagai spesies tanaman orkid yang sering kali menjadi perhatian antaranya spesies Vanda yang tumbuh meninggi. Namun, jika tidak diselia, orkid jenis ini akan menjadi terlalu tinggi, kurus ataupun kurang merimbun. Jadi, bagi mengekalkan bentuk menghijau dan mengelakkannya daripada patah, orkid Vanda perlu dipangkas. Kaedah ini bukan sahaja dapat memperkemaskan bentuk orkid malah kaedah pembiakannya begitu mudah dan selamat. Ikuti cara kerja ringkas ini:
- Sediakan orkid matang yang mempunyai beberapa batang akar di sekelilingnya. Pastikan orkid ini sihat dan mempunyai daun hijau. Ini supaya bahagian orkid yang telah dipangkas dapat digunakan untuk tujuan penanaman.
- Seterusnya, dengan menggunakan gunting tanaman potong bahagian batang orkid yang terletak di antara akar-akar tersebut. Buangkan daun-daun mati yang terdapat pada bahagian yang telah dipotong. Tinggalkan bahagian bawah/pokok asal supaya tunas baru dapat tumbuh semula.
- Bahagian yang dipotong ditanam di dalam pasu yang telah disediakan dengan bahan kompos orkid. Serakkan akar-akar yang berpintal, kemudian masukkan baki bahan kompos. Tepuk secara lembut permukaan tanah supaya tidak terdapat ruang udara di antarnya. Siram dengan kuantiti sederhana sekadar untuk melembapkan tanah.
Sokongan pada orkid supaya tumbuh tegap
Sesetengah orkid seperti spesies Cattleya dan Dendrobium mempunyai bahagian atas yang berat dan memerlukan sokongan selepas pemasuan dilakukan kerana akarnya yang masih lemah. Oleh itu, tanaman ini memerlukan sokongan untuk mengekalkan strukturnya. Ikuti beberapa kaedah mudah menghasilkan sokongan kepada tanaman orkid supaya ia kelihatan segar dan subur.
- Kaedah mudah ini hanya memerlukan beberapa batang kayu bagi menyokong orkid menegak yang telah dilakukan pemasuan semula atau baru ditanam. Gunakan tali halus untuk mengikat kayu dan daun orkid yang ingin disokong.
- Bagi orkid yang mempunyai bunga tumbuh tinggi, anda perlukan besi atau dawai boleh lentur untuk memberikan sokongan kepadanya. Caranya mudah, hanya bentukan dawai seperti ini dan pasakkan dawai ke dalam tanah.
- Bagi menyokong bunga orkid yang sangat panjang dan membentuk lengkungan, gunakan kayu halus seperti kaedah satu dan ikatkan batang bunga di bahagian bawah dan atas, kemudian pasakkan batang kayu ke dalam tanah. Ini dapat mengekalkan bentuk semula jadi bunga serta mengelakkan ia daripada patah.
Pemilihan bekas tanaman orkid
Orkid boleh ditanam di dalam pasu biasa tetapi ia memerlukan ruang pengairan yang sangat baik. Penggunaan pasu plastik akan menyebabkan air bertakung kerana tidak mempunyai ruang secukupnya bagi air mengalir. Oleh itu, orkid memerlukan bekas tanaman berongga supaya air sentiasa dapat mengalir. Pilihan bekas tanaman atau pasu bergantung kepada jenis orkid yang ditanam antaranya:
- Orkid tumbuh menegak hidup dengan baik di dalam pasu tanah liat yang mempunyai liang-liang udara untuk penyerapan air. Pasu atau bekas tanaman jenis ini juga baik untuk orkid kerana ia berat dan dapat mengelakkan orkid jenis menegak terbalik dan patah.
- Manakala bagi orkid yang mempunyai bunga berjuntai sangat sesuai ditanam di dalam bekas tanaman gantung. Ini supaya daun atau bunga secara semula jadinya membentuk juntaian.
- Selain daripada itu, orkid berbunga besar boleh juga ‘ditampalkan’ pada bongkah kayu mati. Caranya adalah dengan melekapkan orkid dan bahan kompos pada bongkah kayu mati. Kemudian ikat menggunakan tali nilon atau pun dawai yang disaluti plastik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Usia 9 Tahun, Wanita Ini Ubah ‘Mood’ Melalui Pemasangan Wallpaper
Apabila dapur semakin meningkat ‘usia’, pasti ada perubahan yang ingin dilakukan supaya tidak berasa bosan menggunakannya. Cuba pemasangan wallpaper jenis kalis air yang dikongsikan oleh Aimi Ismail di bawah ini. Ceritanya melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’, dia ingin mengambil ‘mood’ baru dalam dapurnya yang sudah berusia 9 tahun ini. Bertemakan warna hitam dan putih, ia bersaiz sederhana sahaja kerana terdapat bilik solat berkeluasan 10 kaki x 10 kaki di bahagian tepi.
Segulung berukuran dalam 6 meter panjang dan 60 cm lebar. Berharga dalam RM 12 dari Mr. DIY, sebanyak 2 gulung digunakan. Lebihannya disambung pemasangannya di dapur basah.
Materialnya. Boleh dilap sekiranya kotor.
HASIL PEMASANGAN WALLPAPER DALAM DAPUR TEMA HITAM PUTIH
Table top dari jubin konkrit yang tahan lasak.
Rak dan penyangkut gelas dari SSF.
Bekas roti dari Happy Home
Pasti seronok tidak terkata si isteri apabila sudah siap kerana hasilnya yang cantik.
Kredit: Aimi Ismail
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI