Nak Stok Kelapa Parut Tahan 3 Bulan, Simpan Macam Ni. Memang susah nak dapat kelapa parut segar dan elok sekarang ni. Kalau beli yang dah siap bungkus di pasaran, mudah dan cepat jer rosak. Sebaiknya, beli kelapa parut yang di proses bila kita tempah je.
Tapi dah alang-alang jumpa kelapa parut segar, beli lah stok beberapa biji. Kelapa parut ni pun banyak kegunaanya. Bukan santan je kita dapat. Boleh juga guna untuk buat kuih dan kerisik. Ani zam ada petua untuk simpan kelapa parut supaya tahan lebih 3 bulan
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit
5. Simpan dalam plastik ikut saiz keperluan 5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat
Dah guna macam-macam jenis baja. Baik yang murah mahupun mahal. Namun, pokok yang berbunga dan berbuah masih kedekut. Di Thailand, negara yang maju dalam bidang pertanian ini punya pelbagai tip. Selain baja redbull, perut ikan dan sebagainya, ajinomoto juga terkenal sebagai salah satu bahan digunakan sebagai baja terutamanya buat tanaman jenis berbunga dan berbuah.
Tapi, ramai yang tahu baja ajinomoto ini untuk lebatkan bunga dan buah. Sebenarnya, lebih dari itu. Berikut khasiat dan manfaat ajinomoto pada tanaman:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman iaitu dapat menambah kesvburan pada tanaman. Kandungan unsur natrium yang tinggi yang terkandung di dalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi kesuburan tanaman tersebut.
Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sihat.
2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbuhan tanaman.
Manfaat ajinomoto untuk tanaman iaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.
3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses pertumbuhan bunga pada tanaman tersebut. .
4. Memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan haiwan, tanaman juga ternyata memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja yang kita gunakan. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar ia tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
PINTU
Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan cita rasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.
RUANG TAMU
Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
RUANG MAKAN
Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.
RUANG DAPUR
Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.
BILIK TIDUR
Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding. Gayakan langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.