Kehadiran tumbuhan lengkapkan ciri semula jadi taman air
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature ini. Rahsia kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) telah banyak dikongsi oleh IMPIANA.
Tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah. Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada serta menceriakan air terjun di halaman anda.
Tanaman air pinggiran merupakan tanaman yang dapat hidup di dalam kawasan lembap atau tanah yang mengumpul kelembapan. Tanaman jenis ini biasanya kelihatan di pinggiran kolam ataupun ditanam di dalam pasu yang ditenggelamkan ke dasar kolam. Terdapat pelbagai pilihan tanaman air pinggiran yang boleh didapati dalam iklim tropika Malaysia, namun hanya sebahagian sahaja yang mengeluarkan bunga.
Ads
Antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh diterapkan di taman air anda adalah daripada keluarga Cannaceae. Rata-rata pembaca pasti mengenali spesies Canna yang mempunyai daun lebar dan bunga pelbagai warna seperti merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya tanaman ini dijadikan tanaman di kawasan lapang kerana cara hidup yang memerlukan cahaya matahari penuh. Tetapi tahu kah anda Canna juga sesuai dijadikan tanaman pinggir kolam?
Canna glauca adalah antara spesies Canna yang mampu hidup di dalam air. Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
Ads
Selain daripada itu, terdapat juga tanaman air pinggiran berbunga ungu mampu menimbulkan kelainan kepada binaan air terjun anda. Pontederia cordata, Eichhornia crassipes dan Thalia dealbata adalah antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasiveThali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
Selain warna ungu dan kuning, merah bunga Lobelia cardinalis juga dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
Ads
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran air terjun di perkarangan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik dengan kejernihan jatuhan airnya, air terjun juga mencipta keindahan dan persekitaran semula jadi bagi makhluk yang mendiaminya. Manakala, tanaman air pula memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem elemen landskap tersebut.
Canna GlaucaPontederia CordataThalia dealbataLobelia cardinalis
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Meski ada banyak sabun pencuci pinggan mangkuk keluaran daripada pelbagai jenama yang dijual di pasaran, belum tentu ia terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk anda.
Apabila kesan kotoran pada pinggan mangkuk tidak berjaya dihilangkan, sudah pasti ia telah menjadi satu masalah kerja mencuci anda tidak berjaya diatasi. Betul tak?
Malah, tidak dinafikan juga mesti ada yang di kalangan anda yang sudah mencuba pelbagai cara serta menggunakan pelbagai jenama sabun pencuci pinggan mangkuk namun masalah sedemikian masih tidak berjaya diatasi.
Kini, anda tidak lagi perlu berasa bimbang kerana sudah ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk anda dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
TIP JIMAT SABUN PENCUCI PINGGAN MANGKUK
CARA MEMBUAT:
1.Tuang 1/4 sabun pencuci pinggan mangkuk jenama Sunlight ke dalam botol kosong.
2.Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan kemudian tuang air garam itu ke dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
Mudah kan? Hanya dengan melakukan tiga langkah sahaja, anda boleh menghasilkan sabun pencuci pinggan mangkuk yang terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan kotoran pada pinggan mangkuk dengan sangat mudah.
Bukan itu sahaja, cara ini juga dapat memberikan penjimatan yang berlipat ganda kepada anda. Jadi, anda sememangnya sangat digalakkan untuk melakukan tip mudah ini di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Lubuk Resepi Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Telefon Lembab Atau “Storage Full”, Buat Macam Ni Terus Laju. Memang susah hati bile telefon mula keluar notifikasi “storage full”. Dah macam-macam file dibuang, tapi masih kelaur lagi notifikasi tersebut. Kalau tak buang, kang mula lah berat, lambat atau “lagged”. Mula lah pasang niat nak tukar telefon lain kan?
Jadi apa kata anda buat tips yang dikongsikan oleh @zafizi.zain ini di aplikasi TikTok.
Caranya cukup mudah dan anda boleh lakukan sendiri seperti di bawah ini:-
Langkah 1 : Pergi dekat setting telefon anda
Langkah 2 : Pilih Apps dan klik. Akan keluar semua apps yang kita ada.
Langkah 3 : Klik bahagian tepi (anak panah kuning) dan kemudian untuk lebih mudah short by size dan secara automatik fail saiz paling besar akan berada di atas sekali.
Langkah 4 : Kemudian pilih apps dan sebaiknya lihat yang 10 yang teratas. Contoh kita klik pada facebook.
Langkah 5 : Kemudian klik di bahagian storage
Langkah 6 : Kemudian klik clear cache dan secara automatik bahagian cache akan jadi kosong.
Video yang dikongsikan ini mendapat perhatian dan ditonton oleh 444 ribu penonton dan ramai memberi komen terima kasih. Ini memandangkan ramai antaranya tidak tahu cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah telefon yang semakin berat dan hang. Nyata, cukup mudah rupanya bila sudah mengetahui caranya.
Apabila file di dalam telefon ‘dibersihkan’ telefon akan lebih lancar dan tiada lagi masalah ‘hang’ atau ‘berat’.
Terutama kepada mereka yang kaki game. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Juga kepada yang banyak menggunakan hp untuk bekerja atau belajar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah kebun konsep ‘Rustic Vintage’ 520 kaki persegi, sesuai untuk berehat, solat dan simpan alatan kebun. Bagi golongan pesara selalunya ramai yang memilih untuk menghabiskan masa persaraan dengan berkebun. Ada yang selesa tinggal di kebun beberapa ketika sambil menghirup udara nyaman.
Rumah kebun seakan menjadi trend buat mereka yang memiliki tanah kebun. Sambil berehat dan menikmati hasil kebun, dapatlah berehat-rehat sambil menenangkan fikiran. Tanah kebun ini biasanya ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, cempedak, nangka dan sebagainya.
Sudah namanya rumah kebun, tentulah aspek keselesaan menjadi keutamaan. Berikut perkongsian pemilik sebuah rumah kebun, Hazian Othman
“Alhamdulillah siap sudah rumah kebun kami berkeluasan 520 kaki persegi dengan konsep ‘rustic vintage.’ Bolehlah untuk berehat, solat, dan simpan peralatan kebun. Kontraktor kami SS RIZKI.”
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.