Adakalanya, kita buntu untuk mencari gaya dan konsep untuk kediaman yang sempit. Ramai yang menjadikan alasan rumah sempit menyebabkan mereka sukar mendekor kediaman. Sebenarnya, sebesar dan sekecil mana pun kediaman, anda perlu bijak dalam merancang perletakan sesuatu barang dan perabot. Ia bertujuan untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan secara optimum seperti yang di lakukan oleh puan Eda Yusri dan suaminya.
Rumah saya dan suami menyewa sahaja di Kampung Sri Aman Puchong. Walaupun rumah sewa, tapi kami nak kan rumah yang selesa bila penat balik dari bekerja. Jadi saya dan suami mengambil keputusan untuk cantikkan rumah sewa ni sementara tunggu rezeki dapat beli rumah sndiri. Rumah kampung ini pemilik buat atas tanah lot, satu blok ada 8 pintu rumah. Saiz dalam 650sq ft, disebabkan ada 3 bilik yang saiznya agak besar, ruang tamu jadi agak sempit.
Budget keseluruhan dalam 7k termasuk perabot-perabot baru dan secondhand, termasuk aircond. Kami peruntukkan lebih budget pada sofa, meja kopi, meja makan, katil dan tilam. Harga mungkin agak mahal tapi sebab nak beli untuk guna masa panjang, kami beli jenis yang berkualiti. Perabot sahaja pun ada warranty sampai 5 tahun, tilam pula warranty smpai 15 tahun disebabkan nak puas hati pakai
Masa yang diambil dalam 3 bulan. Kami beli barang sikit-sikit. Sebabnya baru kahwin, tiba-tiba rezeki dapat anak. so banyak duit nak guna lepas pindah sini dalam bulan 11 tahun lepas. Rumah ni kosong tak ada barang langsung. Saya bincang dengan suami untuk share beli barang sikit-sikit mula bulan 1 tahun ini. Alhamdulillah suami pula sokong dan minta saya dekor cantik-cantik. Kami hanya hias bilik dan ruang tamu. Nak buat kabinet dapur dekat rumah sewa tak berbaloi, nanti nak pindah juga.
Tip Dekor Rumah Sempit Puan Eda Yusri
1. Cuba elak gunakan wallpaper pada dinding kediaman kerana ia akan menyebabkan rumah sempit kelihatan lebih serabut dan sesak. Dinding kosong nampak lebih luas
2. Guna cermin pada bahagian dinding untuk dapatkan impak visual rumah kelihatan lebih luas
3. Sebelum beli perabot, ukur dulu ruang yang tersedia dan pastikan perabot yang dibeli tidak terlalu besar hingga menhadkan ruang legar.
4. Konsep minimalis amat bertetapan untuk kediaman jenis sempit kerana ia tidak memerlukan barang dan perhiasan yang sarat. Apa yang WAJIB untuk rumah sempit adalah ia perlu sentiasa kelihatan kemas dan teratur
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI