Bagi penggemar kopi, pasti akan tersenyum lebar dengan rasa baru dari Nespresso ini. Hidup anda lebih bermakna dengan rasa yang cukup mengujakan pencinta kopi diluar sana.
Nespresso telah bekerjasama dengan Johanna Ortiz, seorang pereka fesyen dari Colombia untuk mempesonakan para peminat kopi dengan pelancaran koleksi Festive pada tahun ini yang diilhamkan daripada hutan.
Berbekalkan inspirasi kecantikan dan misteri hutan semula jadi, koleksi ‘Gifts of the Forest’ daripada Nespresso mempamerkan dedikasi jenama tersebut terhadap persekitaran yang amat berharga di mana kopi ditanam. Koleksi ini menampilkan rangkaian kopi edisi terhad, bersama aksesori bertemakan perayaan, menjadikannya pilihan hadiah menarik buat keluarga dan rakan-rakan. Peminat kopi juga boleh memberi hadiah tersebut dengan senang hati pada musim perayaan ini kerana Nespresso akan menyumbang semula kepada hutan, melalui inisiatif jenama tersebut yang menjangkaui komitmen perhutanan taninya dengan membantu melindungi 10 juta batang pokok di Amazon.
Bagi menghasilkan koleksi edisi terhad tersebut, Nespresso telah bekerjasama dengan pereka fesyen mewah dari Colombia, Johanna Ortiz, untuk menghasilkan beberapa rekaan inovatif yang mengadunkan unsur-unsur alam semula jadi dengan kelestarian untuk membawa pencinta kopi melangkah ke dunia perayaan Nespresso.
Ads
Johanna Ortiz berkata, “Bagi saya, rekaan dan alam semula jadi amat serasi dan inilah sebabnya kolaborasi ini cukup bermakna buat saya. Kopi Colombia juga amat istimewa buat saya dan sebagai penyokong kuat usaha menangani perubahan iklim, usaha sama ini amat bermakna kerana Nespresso mengambil inisiatif yang melebihi komitmen perhutanan taninya dengan menyokong perlindungan 10 juta pokok di Amazon. Semasa menghasilkan koleksi ini, saya telah merakamkan keindahan hutan dalam setiap rekaan, dengan menggabungkan sudur hutan yang kaya dengan tona warna bumi yang gelap. Pengalaman ini merupakan satu proses dan usaha sama hebat yang amat menyeronokkan buat saya.”
Terokai rangkaian kopi Forest Variations Nespresso
Dari buah-buahan ke sudur hutan yang dihiasi pelbagai spesis pokok, rangkaian kopi Festive tahun ini menampilkan dua kopi berperisa dan satu kopi hitam.
Temukan aroma misteri Forest Black
Ads
Sudur hutan melitupi kopi Forest Black untuk melindungi aroma yang tersembunyi di dalam setiap biji kopi. Temui keunikan campuran kopi yang ditanam di bawah teduh dari Colombia dan beberapa lokasi lain. Espresso yang pedas dengan aroma kayu eksotik akan membawa tunas rasa anda meneroka pendalaman hutan.
Nikmati rasa buah beri Hutan dengan perisa Forest Fruit
Seperti permata yang menghiasi lantai hutan, buah-buahan hutan adalah hadiah daripada pokok kepada kita. Aroma buah beri menyerikan espresso berperisa ini manakala karakter biji kopi Arabica dari Amerika Selatan menyuntik rasa pastri manis yang menimbulkan suasana perayaan.
Ads
Raikan khazanah pokok dengan perisa Forest Almond
Forest Almond adalah perisa kegemaran peneroka hutan musim ini. Dengan perisa kekacang manis yang diadun sempurna dengan biji kopi Arabica dari Amerika Selatan di dalam espresso ini, bersedialah untuk menemukan rasa badam yang digabungkan dengan vanila dan sedikit rasa buah-buahan di dalam karakter bijirin halus kopi ini.
Cipta kelainan dengan Kopi Nespresso eksklusif dari koleksi Gifts of the Forest
Peminat Nespresso boleh memberi kejutan dan menggembirakan para tetamu dengan resipi kopi Gifts of the Forest yang lazat, direka khas untuk menghasilkan pengalaman deria yang lebih hebat. Setiap resipi kopi telah diatur oleh Nespresso untuk disesuaikan dengan koleksi Gifts of the Forest, menggabungkan rasa alam semula jadi dan sofistikasi di dalam setiap gelas. Untuk pelbagai inspirasi kopi, layari https://www.nespresso.com/recipes/my/en/recipes.html.
Untuk meraikan musim perayaan yang mengujakan ini, Nespresso akan mengadakan acara umum di Pavilion Kuala Lumpur, Connection, Level 3 dari 17 November 2021 hingga 2 Januari 2022. Para pencinta kopi boleh menikmati musim perayaan ini dengan merasai kopi Nespresso Forest Variations edisi terhad dan dapatkan kit penanam DIY eksklusif untuk semua pembelian mesin di acara tersebut.
Untuk pembelian Nespresso Capsules 10’s – Master Origin/ Barista Creations boleh KLIK DISINI
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
JOTUN MEMPERKENALKAN TREND WARNA 2018: RHYTHM OF LIFE
Adakah anda Urban Hipster, Hippie Dreamer ataupun Natural Escapist?
SELANGOR, MALAYSIA – Pelancaran Trend Warna Global Jotun 2018 hari ini di Oval Concourse, Pusat Membeli-Belah 1 Utama, memperkenalkan tiga tema warna yang baru: CITY MOTIONS , SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN . Tema-tema ini direka khas untuk menggambarkan kepelbagaian pilihan gaya hiasan dalaman yang mencerminkan identiti unik penghuni kota di setiap bandaraya yang berjiwa global.
Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan kedatangan Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life. Ketiga-tiga tema warna ini dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran ahli-ahli Pasukan Warna Jotun dari Norway yang dipimpin Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen. Trend Warna Global Jotun edisi 2018: Rhythm of Life, membawakan 3 irama yang berbeza bagi kediaman-kediaman kontemporari: CITY MOTIONS , SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN .
Ketiga-tiga irama berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik. Tema-tema unik ini juga memberikan inspirasi kepada pemilik rumah mahupun pereka ruang dalaman dari semua lapisan dan dari mana jua – tak kiralah jika mereka
berjiwa “hipster”, “hippie” ataupun sebagainya.
Perubahan berlaku di dalam aliran hidup dan irama kehidupan setiap insan berubah mengikut apa yang telah dialami – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan berbeza yang kita buat, dan cara kita melihat dunia dan diri kita sendiri. Warna-warna Rhythm of Life menyediakan palet padan suai yang amat bersesuaian dengan keperibadian anda. Dan, apabila gaya atau pilihan anda berubah mengikut masa, anda boleh memanfaatkan kuasa luar biasa warna bagi mengubah suasana sebuah bilik dan mewujudkan ruang yang paling sesuai sekali dengan nilai-nilai diri anda yang terkini
.”Penyelidikan kami telah mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk-penduduk setiap bandaraya global: keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi ; impian ketenangan serta kehidupan yang lebih perlahan dan menyenangkan ; dan keinginan untuk menjadikan bandaraya yang semakin padat berpenduduk sebagai ruang hidup gaya minimalis yang tetap kreatif .
Kami telah merancang kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka – mencampurkan dan memadankan warna dengan cara yang terbaik bagi mencerminkan identiti dan irama kehidupan mereka sendiri,” kata
Lisbeth Larsen, Pengurus Warna Global Jotun. Tema warna baru Jotun adalah cara yang baik untuk mendekati sifat peralihan yang dibawakan oleh rekabentuk dan warna berbeza. Tema-tema ini membolehkan anda membuat dan mempamerkan kecerahan, perasaan dan suasana yang berbeza untuk mencerminkan diri anda dengan lebih tepat. “Jotun berada di barisan hadapan inovasi produk dan warna, dan sentiasa berusaha untuk melepasi jangkaan dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan warna yang tahan lama bagi bangunan ikonik pencakar langit dan juga untuk apa jua kediaman,” kata Pengarah Urusan Jotun Malaysia & Singapura, Eric Mallace pada hari ini.
Beliau juga berkata, “Sepanjang tahun, Lisbeth (Larsen) dan pasukannya di Norway memanfaatkan trend reka bentuk di bandar-bandar global, membaca laporan penyelidikan dari seluruh dunia dan melihat bagaimana gaya hidup kita berubah mengejar peredaran zaman; semua ini dilakukan supaya kami dapat meramalkan keinginan dan keperluan pereka-pereka rumah hari ini dan kemudian membuat warna yang sesuai digunakan oleh mereka. Kami juga amat berbangga kerana Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Trend Warna Global
Jotun 2018. ” Tema-tema ini masing-masing direka untuk mencerminkan realiti kehidupan moden dan mengilhami imaginasi. Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman yang sesuai dengan pelbagai kediaman di seluruh dunia. Melangkahlah ke masa hadapan 2018 untuk mengetahui palet warna yang akan memperbaharui bahagian dalaman kediaman anda .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Backley oleh LUMBERmart mempersembahkan perabot Bespoke yang tahan lebih lama untuk pemilik kediaman masa kini. Bagi pengemar perabot kayu dengan koleksi Perabot Backley kali ini pastinya mencuri perhatian.
Terdapat kisah disebalik sekeping kayu, yang ingin dijadikan perabot terpilih dan eksklusif ini. Memperkenalkan Backley oleh LUMBERmart, sebuah koleksi perabot yang menakjubkan yang menarik kepada warisan kebanggaan hasil kerja kayu halus dan ketukangan yang tidak dapat ditandingi.
Setiap rekaan Backley membawa etika reka bentuk LUMBERmart, menggabungkan teknik tradisional dengan rangkaian eksklusif dengan penuh berhati-hati dipilih untuk ciri-ciri semulajadi.
“Kami suka akan hardwood seperti jua dengan softwood. Pelbagai warna, tekstur, dan corak butiran dari kayu keras terutama membuat beberapa perabot yang cantik dan menarik, “kata Charles Lee, Pengasas dan Pengarah Urusan LUMBERmart.
Melalui penggunaan jentera berat, jentera canggih, LUMBERmart dan pasukan pemotong kayu menghiasi papan pengukuran dengan tepat, di mana setiap kepingan dengan teliti diposisikan, dan dipaku serta digilap dengan teliti.
Hasilnya adalah karya yang unik, sesuai dengan pilihan kayu, reka bentuk dan dimensi pilihan anda, sehingga anda dapat memastikan perabot Backley tidak seperti yang lain, dibuat untuk mengilhamkan ruang hidup atau ruang kerja dan dibina untuk ketahanan yang lebih baik sehingga generasi akan datang.
Walaupun rekaan LUMBERmart ini tidaklah tampak moden dengan rekaan yang menjadi kegilaan ramai pada masa kini, tetapi ia adalah satu pilihan yang terbaik untuk kegunaan dalam jangka masa yang lama, bahkan rekaannya juga adalah lebih evergreen membuatkan ia sesuai sahaja digayakan dengan apa juga tema dalam kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.