Tinggal di rumah tidak semestinya selamat. Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan kejadian rompakan di kediaman. Penjenayah semakin berani bertindak walaupun di siang hari. lantas kita haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri dan rumah. Berikut antara tips keselamatan yang perlu anda ketahui.

1. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat walaupun di siang hari.
2. Perhatikan kawasan sekitar sebelum memasuki kawasan rumah, pergerakan anda mungkin sedang diperhatikan
3. Simpan nombor-nombor penting untuk kegunaan kecemasan seperti jiran tetangga, pegawai polis kawasan, pondok polis berhampiran, rukun tetangga,  pondok pegawal dan individu terdekat. Letakkan dalam telefon bimbit dan tampalkan juga di tempat yang mudah dilihat.
4. Jika boleh, elakkan anda atau ahli keluarga anda tinggal bersendirian.
5. Simpan dokumen-dokumen penting dan barang bernilai di tempat yang sulit.
6. Pasang selak pintu dari dalam serta alat pengera keselamatan
7. Jangan sesekali memberikan kunci rumah kepada individu yang datang untuk membaiki rumah/paip/sinki atau memasang lampu/kipas dan sebagainya. Pastikan anda memantau kerja-kerja yang dilakukan dan sebaiknya tidak bersendirian.
8. Sebelum mengunci pintu, periksa bahagian dalam rumah – di balik pintu, dalam tandas, dalam almari, di balik langsir, di bawah katil atau di mana-mana bahagian yang meragukan
9. Jangan bukakan pintu rumah/pagar kepada individu yang tidak dikenali/diragui.
10. Penceroboh mungkin menggunakan ilmu sihir. Amalkan ayat-ayat Quran tertentu sebagai pendinding diri. Seorang teman pula mencadangkan agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan pukau.

Ads
Ads
Ads

https://www.youtube.com/watch?v=xJ_w_ED9E0s

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI