Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Ads
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Ads
Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Ads
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip keselamatan rumah ketika bercuti, wajib tahu. Dah nak masuk musim perayaan, mestilah ramai yang berpusu-pusu hendak pulang ke kampung kan? Ada juga yang dah rancang nak pergi bercuti bersama keluarga. Ha masa musim cuti dan perayaan ni lah kes jenayah kecurian dan pecah masuk berlaku.
Jika anda inginkan percutian yang tenang, anda wajib lakukan perkara ini sebelum keluar dari rumah.
1. Pasang Sistem Keselamatan
Pasang sistem keselamatan seperti sistem penggera atau kamera CCTV untuk menjaga rumah anda dari sebarang ancaman. Sistem penggera dapat memberi peringatan awal jika ada yang cuba untuk pecah masuk ke dalam rumah anda. Kamera CCTV dapat merakam aktiviti di sekitar rumah anda yang akan menjadi bukti jika terjadi sebarang insiden. Dengan teknologi yang semakin canggih, banyak sistem keselamatan yang boleh diakses dari jarak jauh melalui aplikasi telefon pintar. Ini membolehkan anda untuk memantau rumah anda ketika meninggalkan rumah.
2. Jangan Kongsi Maklumat di Media Sosial
Jangan kongsikan maklumat mengenai percutian anda di media sosial untuk mengelakkan ramai orang tahu bahawa rumah anda sedang kosong. Gunakan media sosial dengan bijak, dengan elak daripada menyiarkan gambar percutian anda sehingga anda kembali. jika anda ingin berkongsi pengalaman percutian anda, lebih baik tunggu sehingga anda kembali ke rumah.
3. Jangan Tinggalkan Kunci Pendua di Tempat yang Mudah Dijumpai
Jika anda memiliki kunci pendua, sangat penting untuk tidak meninggalkan kunci pendua di tempat yang mudah dijumpai oleh orang lain. Kunci pendua boleh menjadi akses kepada rumah anda, jadi pastikan untuk menyimpannya di tempat yang selamat dan tidak boleh dikesan oleh orang asing. Lebih baik menyimpannya di tempat yang tersembunyi atau memberikannya kepada saudara atau jiran yang dipercayai untuk kegunaan darurat sahaja.
4. Beritahu Pihak Berkuasa
Jika anda ingin bercuti untuk jangka masa yang panjang, memberitahu pihak berkuasa tempatan atau polis tentang rancangan anda boleh menjadi langkah tambahan yang baik untuk meningkatkan keselamatan rumah anda. Anda boleh memaklumkan kepada pihak polis dengan memberikan maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, tarikh ketiadaan di rumah, dan nombor kenderaan yang ada di rumah.
5. Beritahu Jiran atau Rakan yang Boleh Dipercayai
Minta bantuan jiran atau rakan yang anda percayai untuk memeriksa rumah anda setiap hari. Mereka dapat membantu dengan mengawasi keadaan rumah anda, memastikan pintu dan tingkap ditutup rapat, serta mengambil bungkusan pesanan yang mungkin tiba di saat anda tiada di rumah. Dengan bantuan mereka, anda boleh bercuti dengan tenang, kerana tahu bahawa ada seseorang yang memerhatikan rumah anda dengan baik.
Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak di bersihkan. Silap-silap, habuk tu terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi
Sumber: Hometalk
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berat dan susah nak pasang antara sebab tikar getah makin dilupakan. Kebiasaanya, tikar getah yang dipasang mesti mengelembung atau tidak rata. Perkara ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor utama yang selalu terjadi adalah disebabkan oleh tikar getah yang tidak berkualiti. Oleh itu, untuk mengelak masalah ini berlaku, cuba gunakan teknik-teknik ini:
Beli Tikar Getah Berkualiti
Terdapat pelbagai pilihan tikar getah yang terdapat dipasaran. Ada yang jenis nipis, tebal dan ada pula yang berspan. Tikar yang jenis nipis memerlukan kesabaran sebab kebiasaanya tiakr getah jenis ini cenderung untuk menggelebung dan tidak rata. Tikar getah jenis nipis kebiasaanya menjadi pilihan sebagai alas meja je.
Permukaan Lantai Rata
Pastikan permukaan lantai ekdiaman anda rata dan tidak berlekuk atau berbonggol. Ini antara punca menyebabkan permukaan getah yang di bentang kelihatan menggelebung dan tidak kemas. Jadi, jika ada kesan permukaan lantai tidak rat sebelum dibentang tikar getah, cuba selesaikannya terlebih dahulu. Tidak kiralah sama ada anda simen kan kea tau tambak lah dengan apa-apa yang bersesuaian
Pilih Tikar Getah Bercorak Jalur
Terdapat pelbagai pilihan corak tikar getah di pasaran. Kalua anda nakkan suasan yang sejuk dan nyaman, pilihlah dari jenis corak kayu. Kebiasaanya, pemilik mempunyai masalah untuk memotong tikar getah. Habis senget dipotong. Jika anda memang jenis ada masalah macam tu, cara terbaik adalah pilih corak berjalur untuk mudah dipotong
Sediakan Peralatan Secukupnya
Ni antara masalah yang akan berlaku. Masa nak pasang ada sahaja barang atau peralatan yang tidak mencukupi. Jadi sebelum memasang, pastikan pisau, gunting, pembaris besi dan pita ukur tersedia. Barulah boleh mula memasang. Tanpa peralatan yang cukup, bahagian sudut tidak dibentuk dengan sempurna. Dah Nampak kesan-kesan yang buruk
Cara Pasang
Hampar surat khabar sebelum dibentang tikar getah. Lapisan suratkhabar ini dapat menyerap kelembapan dari lantai konkrit. Nanti tak adalah tiba-tiba bau masam atau berkepam. Disamping itu, pesangan tikar getah perlukan kesabaran. tak boleh terburu-buru untuk mendapatkan permukaan yang rata. Untuk dapatkan bucu yang kemas, boleh tengok video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.