Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist, kemudian senarai pendek kan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli. Disini IMPIANA akan bantu anda menyenaraikan 8 meterial pilihan popular untuk kemasan permukaan kaunter dapur.
1. Quartz
Diperbuat daripada campuran resin polyester dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
Pros ; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna.
Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Cons ; Memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain.
Tidak tahan suhu tinggi yang melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk.
Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
2. Granite
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya masih tidak dapat disangkal lagi. Permukaanya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
Pros ; Rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik.
Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
Cons ; Bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan Granite agak tinggi.
Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar.
Perlu kerap deselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
3. Marble
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semula jadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
Ads
Pros ; Versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya.
Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri.
Apabila disapukan lapisan perlindung dengan teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
Cons ; Seperti batuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal.
Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan.
Pendek kata – ia lebih kompleks untuk diselenggara.
4. Solid Surface
Bahan buatan manusia yang dibuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
Pros; Tahan lama dan memiliki permukaan licin yang membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash.
Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar.
Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
Cons ; Tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
Ads
5. Jubin Seramik
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan.
Pros ; Tahan lama, mudah untuk dipasang, kalis panas dan lembapan.
Pilihan corak, warna , bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati dipasaran.
Cons ; Boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat.
Permukaan yang tidak sekata atau lurus.
Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
6. Laminate
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal dan sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
Pros ; Kos yang rendah berbanding material lain.
Amat mudah untuk diselenggara.
Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
Ads
Cons ; Amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati.
Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan.
Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’.
7. Kayu
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
Pros ; Rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm.
Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
Cons ; Risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air.
Perlu dilindungi daripada peralatan bersuhu tinggi.
Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
8. Konkrit
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
Pros ; Tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama.
Kos bahan yang murah.
Cons ; Mudah retak jika dikenakan tekanan yang terlampau kuat.
Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung.
Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kabinet dapur ibarat elemen penting di masa kini. Tujuanya bukan lah untuk bermegah-megah tapi sebagai kemudahan dan mengoptimumkan ruang yang ada. Jika dahulu kabinet dapur hanya mampu dimiliki oleh golongan atasan atau berada sahaja, namun tidak sekarang. Disebabkan permintaan yang tinggi, syarikat-syarikat yang memberi perkhidmatan mereka bentuk dan membina kabinet dapur turut bersaing dan memberi harga yang terbaik.
Kebiasaanya, syarikat atau kontraktor akan membina kabinet dapur mengikut tempahan pelanggan. Namun bagi pemilik Wan Nurfatin Farhana, lebih gemar memilih kabinet ikea pasang siap kerana ia lebih cepat dan murah. Tambahan, pilih sahaja reka bentuk dapur yang telah dipadan mengikut bajet dan kesesuaian ruang.
Kabinet bajet ini untuk saiz dapur apartmen saya berukuran 7 kaki. Harga untuk set kabinet dapur ikea ini adalah RM 2,746.60. Kos penghantaran RM 75 sahaja. Keseluruhan kos tidak termasuk sinki, cooker hob dan cooker hood. Kerja-kerja memasang dilakukan sendiri olah si gagah En. Suami. Jadi kami jimast kos pemasanagan. Kalau upah orang Ikea pasang kosnya RM90/meter
SET KABINET DAPUR YANG DIGUNAKAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebaikan Daun Semambu Untuk Kesihatan, Pahit Tetapi Berkhasiat.
Daun Semambu adalah sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Tumbuhan ini biasanya ditemui di pelbagai negara tropika seperti Malaysia, India dan Pakistan.
Walaupun rasanya sangat pahit dan sukar dikeluarkan selepas penggunaan, daun semambu memiliki banyak faedah yang boleh dijadikan ubat untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit berikut.
Cirit birit
Selain daun jambu batu, daun semambu juga boleh merawat penyakit cirit-birit. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, anda boleh mengatasinya dengan membuat daun semambu sebagai ramuan herba.
Caranya, sediakan segenggam daun semambu dan kemudian tambahkan kulit batang semambu sebanyak dua jari kemudian potong menjadi kepingan kecil, masak dengan 600 ml air. Kemudian rebus sehingga warna air berubah, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk. Akhir sekali, penapis dahulu dan minum 2 kali sehari.
2. Tambah selera makan
Bukan hanya halia, salah satu khasiat daun semambu juga boleh meningkatkan selera makan. Anda boleh menggunakannya setiap hari secara rutin dengan cara direbus. Dengan cara ini, selera makan anda akan meningkat dengan perlahan dan semulajadi.
3. Redakan Selesema
Apabila anda terkena selesema kerana cuaca tidak stabil dan imuniti badan rendah, daun semambu boleh menjadi penyelesaian.
Caranya, sediakan beberapa helai daun semambu kemudian keringkan di bawah sinar matahari. Selepas itu, rebus bersama-sama dengan halia kemudian masak sehingga mendidih. Terakhir, tapis terlebih dahulu dan kemudian minum semasa masih hangat. Minum ramuan ini dengan kerap sehingga keadaan badan mula membaik.
4. Boleh membersihkan luka dan menyembuhkan penyakit kulit
Daun semambu juga boleh menjadi alternatif kepada Betadine yang berkesan dalam merawat luka luar seperti lebam atau calar.
Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan air rebusan daun semambu untuk mencuci dan membersihkan bahagian yang luka.
Di samping itu, daun semambu yang mempunyai ciri-ciri antibakteria juga boleh merawat penyakit kudis, kurap atau penyakit kulit lain dengan cara meminum air rebusan daun semambu dua kali sehari secara teratur.
5. Mencegah dan melambatkan sel kanser
Ekstrak dari daun semambu yang diminum secara berkala dan berkesan dipercayai mampu menyekat sifat karsinogenik dalam tubuh.
Oleh itu, daun semambu dipercayai mempunyai potensi untuk mencegah kanser dan memperlambat pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser.
Itulah beberapa khasiat daun semambu dalam mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit.
Langkawi, pulau percutian yang sering menjadi pilihan bukan sahaja di sebabkan keindahan alamnya malah ia menajdi syurga membeli belah dengan wujudnya pusat bebas cukai. Bagi mak-mak pula, sudah pasti ia menajdi syurga membeli periuk dan pinggan mangkuk berjenama.
Atas permintaan yang banyak, hotel di Pulau ini tumbuh bak cendawan dan setiap satunya mempunyai tarikkan tersendiri. Terabru, Pantai Chenang di cerikan dengan kehadiran resort yang mempunyai konsepnya yang comel dan tersendiri.
Di beri nama Royale Chenang Resort, ia bukan lah penginapan yang berkonsepkan mewah. Namun, ia direka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung seperti berada di kediaman sendiri. Mengetengahkan rekaan banglo dua tingkat dengan fasad yang mempunyai rona-rona pastel menajdikan resort ini bertambah unik.
Melangkahkan kaki ke lobi resort kelihatan santai dan terasa bagaikan di sebuah ruang tamu. Tak begitu luas dan sarat, cukup sekadar tetapan yang ringkas namun masih mempunyai cita rasa yang tersendiri apabila sofa biru terqoise di padankan bersama wing chair warna hitam
Terdapat 40 unit bilik, dan setiap satunya dilengkapi dengan balkon dan dikelilingi dengan landskap yang indah. Setiap bilik lengkap dengan bilik air, penghawa dingin, tv LCD dan pelbagai lagi keperluan bagi sebuah bilik penginapan.
Kebiasaanya, pihak pengurusan hotel lebih geamr menggunakan cadar berwarna putih untuk kelihatan bersih dan kemas. Namun tidak di Royale Chenang Resort. Setiap bilik mempunyai cadar yang berwarna bagi memmastikan penghuni berasa bagaikan di rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.