Pilihan Rona Gelap Jadikan Ruang Tamu Ini Lebih Elegan Dan Eksklusif. Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna ini untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Ads
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju.
Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian.
Selain itu, perkara lain yang perlu kita ambil kira ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
Sinki, ruang melipat dan tempat menggantung pakaian dikelilingi kabinet kayu warna gelap. Mesin basuh dan dryer disusun bertindih agar dapat menjimatkan ruang.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Kredit gambar : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.
Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik digabungkan dalam sebuah kediaman peninggalan keluarga. Memang ada sentimental value!
Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.
Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang.
“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini.
“Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.”
Menurut Johann, asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun dia mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Johann turut membina courtyard bersebelahan ruang playroom yang lengkap dengan kolam ikan dan sangkar burung.
“Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”
TERAP ELEMEN KLASIK
Walaupun kini zaman moden, Johann tetap menyeimbangkannya dengan elemen klasik.
“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.
“Saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja.”
Selain sebagai hobi, Johann turut mengambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan kaedah tradisional.
“Dari bahagian lounge sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.”
Kata Johann, pintu itu memang dicari di Melaka manakala interior dia lakukan sendiri. dia juga gemar mengumpul barang-barang dari negara Asia seperti labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.
Kredit Foto: Majalah Nona
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Shower, siapa sahaja tidak suka akan shower di rumah. Semua orang meminati ada shower dirumah kerana shower mengeluarkan air yang sangat banyak dan mampu membasahi dan celah-celah badan. Dari situ kita dah boleh tahu, ia amat menjaminkan kebersihan badan kita. Tetapi, jika ada pemanas air di shower kita, fuhh. Memang mantap! Hahahaha. Oleh sebab itu, harini saya akan menceritakan atau mengrekomendasikan beberapa alat pemanas air mandi yang terbaik anda boleh ada di rumah anda.
MIDEA WATER HEATER (NON-PUMP) MWH-38Q
Produk ini mempunyai kemampuan atau kelebihan dalam segi perlindungan overheating, ELCB built-in dan perlindugan dari bakteria. Akan tetapi, kelebihan utamanya adalah produk ini mempunyai harga yang berpatutan. Elemen pemanas kuprum digunakan dalam pemanas air pantas jenis ini. Suhu air yang ideal semasa membersihkan badan pada waktu pagi juga boleh ditetapkan dengan mudah berkat kawalan suhu elektronik tanpa langkah.
Tambahan pula, bahagian luar produk ini diperbuat daripada bahan kalis air IP25, yang melindunginya daripada pancutan air tekanan rendah yang datang dari mana-mana arah. Akibatnya, walaupun anda mandi lama, pemanas air terhebat ini selamat digunakan. Ia mempunyai perlindungan pemanasan anti-kering, yang menghalang pemanas air ini daripada rosak atau terbakar jika digunakan semasa tiada aliran air. Kejutan elektrik akan dielakkan dengan menggunakan perlindungan pembumian.
ALPHA WATER HEATER IM9EP
Rekaan produk ini pula, kelebihan yang ada adalah bentuk rekaannya kompak dan boleh diletakkan di bilik mandi yang kecil. Bukan itu sahaja, ia datang sekali dengan air pancuran hujan dan air pancuran tersebut, apabila ditekan, ia mengeluarkan air minimum sebanyak 3 liter per minit. Selain daripada itu, pancuran mandi in dilengkapi dengan lima pilihan semburan. Mod mandi urutan, gabungan dan keselesaan akan memberikan anda kesegaran yang berpanjangan.
Tambahan lagi, ia mempunyai lampu penunjuk yang akan bertukar daripada hijau kepada merah jika terdapat masalah dengan sambungan elektrik rumah anda. Akibatnya, anda boleh menggunakan pemanas air ini tanpa kebimbangan.
Pemanas air ini dibina dengan bahan kalis percikan di bahagian luar supaya air tidak boleh masuk dan merosakkan sistem dalaman pemanas dan paling ketara ialah, walaupun semasa menggunakan pam jenis AC, pam tidak mengeluarkan bunyi yang kuat atau memekakkan telinga.
PENSONIC TOUCH SMART WATER HEATER T1100SWH-E
Pensonic, jenama ini, siapa je yang tak kenal. Boleh dikatakan, seluruh rakyat Malaysia, menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Pensonic kerana kesemua produk dari Pensonic adalah bagus-bagus dan cemerlang. Okay, kita pergi kepada apa yang bagus tentang produk ini.
Kecanggihannya produk ini, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Toush pada telefon pintar mereka untuk mengendalikan peranti yang menyokong sambungan Wi-Fi ini dari jauh. Anda juga mungkin melihat berapa banyak air dan kuasa yang digunakan setiap kali ahli keluarga anda mandi. Aplikasi yang sama juga akan memaklumkan anda jika terdapat sebarang kerosakan pada pemanas air. Paling bagusnya produk atau jenama Pensonic ini, ia mendapat pensijilan SIRIM, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatannya.
Pada hakikatnya, ia menggunakan teknologi pemanasan dari United Kingdom, yang menyediakan pengguna dengan keberkesanan pemanasan sehingga 95%. Pemanas air pantas jenis ini juga mempunyai lampu penunjuk suhu yang berubah warna bergantung pada suhu air.
Jadi, itulah beberapa jenama atau produk alat pemanas air mandi yang terbaik boleh didapati di pasaran. Semoga anda cepat-cepat membelinya dan mandi dengan penuh tenang.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.