Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratusbagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Ads
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Ads
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones baru-baru ini membuat keputusan untuk menjual rumah agam mewah mereka yang bernilai RM57 juta.
Alasannya, mereka berasa sunyi tinggal di rumah mewah Irvington yang terletak di Westchester County, New York itu setelah anak-anak berpindah keluar untuk hidup berdikari. Mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Dylan, 23 tahun, dan Carys, 21 tahun.
“Ketika membeli rumah ini, saya tahu kami sekeluarga akan berkongsi banyak momen gembira di sini. Dan benar, ia menjadi kenyataan. Sekarang anak-anak kami sudah hidup berdikari, jadi ini masa yang sesuai untuk menjualnya,” kata Catherine kepada Wall Street.
Ramai pemilik kediaman kini sudah mula ada kesedaran untuk menjadikan ruang balkoni atau pun ruang laman sebagai tempat untuk mereka bercucuk tanam sayur-sayuran. Sebenarnya ia tidak lah memerlukan ruang yang banyak kerana semua pokok sayuran ini boleh ditanam di dalam pasu seperti pandan, kunyit, kobis, cili dan sebagainya. Bagi newbie yang mula berjinak untuk tanam sayur, LAMAN kongsikan tip mudah sebelum anda mula.
Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membina edible garden. Tidak semestinya ruang yang diperuntukkan untuk membinanya perlu besar. Yang penting ia mudah untuk dicapai dan berhampiran dengan water tap untuk memudahkan penyiraman.
Tempat yang bakal dipilih perlulah mempunyai pengamatan cahaya sekurang-kurangnya lapan jam untuk tumbuhan jenis berbuah dan empat jam untuk yang berdaun.
Lakar sebuah pelan reka bentuk untuk mudah mengenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang boleh ditanam. Ini penting untuk memastikan tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan rapi. Jika tumbuhan yang disemai tumbuh terlalu rapat, ia akan menyebabkan tumbuhan tersebut bantut.
Tanam tumbuhan bercampur untuk memberi kepelbagaian terhadap edible garden. kawal penanaman tumbuhan yang cepat untuk di tuai seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya untuk mengelak dari berlakunya lambakkan.
Pastikan tumbuhan kegemaran di tanam terlebih dahulu. Ada antara pemilik gemar menanam tumbuhan yang kelihatan menarik dan cantik. Ini akan menyebabkan lambakkan tumbuhan yang tidak dimakan hingga memberi masalah untuk melakukan penyemaian benih tumbuhan lain.
Untuk ruang sempit, pilih bekas atau pasu yang ringan untuk memudahkan penyelenggaraan. Bahan terbuang seperti botol plastik, kotak kayu dan sebagainya boleh digunakan sebagai bekas tanaman.
Edible garden memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan tiada sarangan penyakit datu serangga yang terdapat di dalam kebun.
Tumbuhan perlu di siram pada awal pagi dan lewat petang. Untuk mereka yang tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya, sediakan sebuah sistem penyiraman automatik untuk memastikan tumbuhan sentiasa mendapat keperluannya.
Siraman perlu dilakukan terus ke permukaan tanah. Jika di siram di atas daun, ini akan menyebabkan air bertakung dan boleh melemahkan daun.
Gunakan semua sisa dapur seperti kulit telur, sayuran yang telah rosak, serbuk kopi atau teh yang telah digunakan dan sebagainya sebagai baja organik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru buka periuk nak ciduk nasi, tapi dah lembik dan berbau. Frust nya! Rasanya baru je masak pagi tadi, tak kan dah basi?
Pasti ramai yang pernah lalui situasi seperti ini. Jadi IMPIANA nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita praktikkan supaya nasi yang dimasak tahan lebih lama.
CARA BUAT NASI TAHAN LEBIH LAMA
1. Cuci beras hingga bersih
Cuci dan bilas beras sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada sisa air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Lebih elok jika gunakan air tapis untuk mencuci beras.
2. Perahan limau nipis
Perahkan limau nipis kedalam periuk dengan beras yang sudah dibilas. Tidak perlu banyak pun, cukup sekadar setengah biji limau. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
3. Bersihkan periuk
Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.
4. Lap wap pada penutup
Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.
5. Secubit garam
Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.