Walaupun Raya tahun ini kurang meriah, tapi kesihatan dan kelengkapan rumah perlulah diambil tahu dan dijaga. IMPIANA memilih JIKSOO SK Magic Raya ini untuk menikmati air penulenan yang bersih dan terjamin.
Dalam semangat memberi dan berkongsi kegembiraan sempena Raya ini, SK magic, jenama kelengkapan rumah yang terkemuka di Korea Selatan telah melancarkan JIKSOO Ria, iaitu penapis air tanpa tangki terbaharunya yang mampu dimiliki semua!
Berpegang teguh kepada komitmennya dalam menginspirasikan semua rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang berkualiti serta sihat, JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik, bagi mendorong rakyat Malaysia mengambil berat tentang air minuman mereka dan berhenti minum dari air sumber bertakung, yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.
Dijual pada harga RM3,800, tambahan terbaharu kepada rangkaian penapis air teknologi canggih JIKSOO SK magic ini, didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat, di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.
Ads
Sebagai peneraju teknologi tanpa tangki, SK magic berpegang kepada kepercayaan bahawa air minuman yang bersih dan segar bukanlah barangan mewah, ia seharusnya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, kerana kita semua berhak mendapatkan yang terbaik.
“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar dalam memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti. Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki. Kami melancarkan JIKSOO Ria sempena Raya ini bagi membawa kebahagiaan ke rumah semua rakyat Malaysia dengan membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar,” demikian kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.
Ads
JIKSOO Ria menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih. Selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna, penapis air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik. Reka bentuknya yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkannya berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.
Ads
Penapis air tanpa tangki teknologi JIKSOO SK magic juga menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah, dimana JIKSOO Ria hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari. Ini hanya berharga sehingga 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik sekaligus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.
“JIKSOO Ria menggirangkan, canggih dan mampu dimiliki bagi semua. Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, yang lain daripada yang lain dalam pasaran,” tambahnya.
Mulai 1 Mei 2021, penapis air JIKSOO Ria akan tersedia untuk disewa pada kadar pengenalan istimewa RM75 sebulan, manakala harga pembelian ialah RM3,800. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.skmagic.com.my/main.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cop parking antara fenomena yang sering berlaku terutamanya di kawasan perumahan awam seperti rumah pangsa, apartmen dan lain-lain. Kebiasaanya, mereka akan meletakkan objek seperti kon, kerusi dan ada juga menggunakan botol atau tong air.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tindakan cop parking adalah satu kesalahan jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.
Perkara itu dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka baru-baru ini
Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
parking
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ
Anda perlu sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.
Buat mereka yang suka sangat cop parking tu, pastikan anda bersedia ‘cop penjara’ untuk diri anda juga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri.
Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium.
Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda.
Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan.
Sumber: Facebook Kakidek
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Syarikat pengeluar jubin terkemuka tanah air, Niro Ceramic Group kini telah memperkenalkan kerjasama mereka bersama jenama jubin Portino atau lebih dikenali sebagai Portofino, sebuah jenama yang diinspirasi daripada perkampungan nelayan dari negara Itali.
Jalinan kerjasama antara kedua-dua jenama ini diadakan setelah Niro Ceramic Group memperlihat jenama jubin yang diinspirasikan daripada ‘Italian Fishing Village’ semakin berkembang maju dipersada dunia jubin lalu memutuskan untuk berkerjasama dengan jenama tersebut.
Kolaborasi bersama jubin jenama Portofino yang terkenal dengan rekaan corak estetik dan mewah ini, Niro Ceramic Group mensasarkan kerjasama ini sebagai langkah kemajuan serta penambahbaikan untuk mengembangkan lagi pasaran industri jubin mereka.
“Saya amat teruja untuk melihat rangkaian jubin Portino mencapai pasaran runcit yang pastinya akan membuka lebih banyak kemungkinan idea yang kreatif. Apatah lagi lebih banyak siri jubin baharu yang akan diumumkan yang akan menambah kepada rangkaian produk Portino yang semakin berkembang dan serba boleh,” kata Ian Kok, Pengarah Urusan Kumpulan Niro Ceramic apabila beliau berkongsi apa yang beliau nantikan melalui Program Perkongsian Portino ini.
Menerusi program kerjasama Portino ini, Niro Ceramic Group kini boleh membawa reka bentuk jubin yang lebih bergaya dan tidak ketinggalan zaman kepada segmen pasaran runcit dan projek. Ini juga termasuk 5 siri jubin baharu daripada Portino:
Jubin format besar: Portino Plus
Jubin marmar bersaiz 60x120sm dan 80x80sm: Eleganz
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.