Pilihan warna biru mampu serlahkan seri dapur. Dapur yang sempurna bak dalam Pinterest ini pastinya menjadi dambaan setiap kaum wanita. Ruang dapur cukup penting untuk sebuah rumah. Jika tidak mempunyai ruang dapur yang selesa minat memasak pun mula la berkurangan.
Kabinet warna biru? Cantik ke? Selalunya bila bercakap soal kabinet dapur warna kayu , putih, krim , hitam atau hijau menjadi pilihan. Bagaimana pula dengan biru? Tidakkan ia nampak janggal dan lucu? Tanggapan anda itu salah sebenarnya kerana pereka kini mereka bentuk dapur dengan pelbagai gaya dan mempunyai personaliti tersendiri. Dari reka bentuk tradisi ke moden, anda kini boleh menikmati sbuah dapur dengan warna biru yang cantik.
Selalunya kediaman moden yang ringkas lebih menarik dengan rona ini. Tetapi kini dengan kemasan matte , biru dilihat lebih cantik dan unik. Anda yang gemar aksesori putih sememangnya cukup cantik menikmati gaya seumpama ini. Malah biru juga sesuai bagi kediaman kecil .
Kini terdapat banyak aksesori dapur seperti pembancuh kek, peti sejuk dan spatula di sediakan dalam rona menarik seumpama ini. Inilah masa anda mencuba sesuatu yang baru dan menyegarkan. Simple-simple je di IMPIANA…
Set senduk viral yang ramai tercari-cari KLIK di SINI untuk pembelian : 12 pcs silicone kitchen tool set/senduk viral.
Baca Artikel Berikut: Guna 2 Bahan Dapur, Asah Mata Pisau Pengisar Tajam Macam Baru Beli,
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Jenis Wainscoting Sesuai Untuk Pelbagai Gaya
Apa itu wainscoting?
Susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Biasanya ditempah khas mengikut kehendak pemilik. Telah wujud sejak abad ke-16 di England, wainscoting pada awalnya bertindak sebagai lapisan yang menutup kelembapan tidak diingini pada bahagian bawah dinding. Dalam iklim panas lembab dan sering hujan, ini adalah masalah yang sering timbul. Tetapi semakin maju teknologi, pasaran telah menyediakan langkah yang lebih efektif bagi menangani pengumpulan kelembapan ini. Hal ini memberikan wainscoting makna yang baru. Ia telah menjadi seakan simbol status dan unsur prestij.
Terdapat 3 jenis utama bagi wainscoting;
Raised Panel
jenis panel paling mahal antara tiga panel ini sesuai untuk rumah dengan gaya kolonial dan lebih tradisional. Ia akan kelihatan hebat di ruang makan atau pustaka sebuah kediaman yang ingin tampak mewah dan elegan.
Flat Panel
Untuk kediaman yang moden dengan gaya kontemporari, disarankan untuk menggunakan bingkai dinding rata atau flat panel wainscoat. Ia menawarkan reka bentuk yang lebih clean & sleek, mudah untuk diselenggara selain mudah disuai padan mengikut perubahan konsep kediaman.
Bead Board
Bagi kediaman ala-ala kotej atau kabin yang comel dan nyaman, anda boleh gunakan bead board. Dengan ciri yang simple dan santai, pasti memberi suasana lebih lapang dan fresh!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Gambar) Ambil Keputusan Beli Rumah Bertingkat Hasil Pujukan Anak Bujang Yang Inginkan Tangga Di Dalam Rumah
Terpesona mata memandang saat melangkah ke dalam rumah yang aturan perabotnya tersusun rapi . Percikan rona fountain blue memberi lantunan kesempurnaan pada setiap sudut ruang kediaman ini. Bermula ruang muka pintu sehingga ke ruang tingkat atas, konsep yang disampaikan memiliki ciri-ciri tersendiri yang menggambarkan keseluruhan dekorasi gaya Manhattan.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Azrul Ahmad & Dilla Zaghlol
Jenis : Kembar Bertingkat
Konsep : Manhattan Style
PEREKA MEMBERI KEJUTAN
Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pereka Zhreka Interiors, rumah ini mengambil masa hanya tiga bulan untuk disiapkan dengan sempurna. Kediaman semi-D yang begitu ideal buat pemilik iaitu Dilla sekeluarga, yang terletak di Cyberjaya ini bukan terletak pada reka bentuk luaran sebuah kediaman sahaja tetapi juga pada seni hias dalaman yang terancang dan sempurna. Dari segi reka bentuk luaran mungkin ia kelihatan sama seperti unit yang lain tetapi hasil dekorasi dalaman yang begitu indah sememangnya begitu memukau pandangan.
Sebelum ini, pemilik menyatakan mereka mendiami sebuah kondominium dan membuat keputusan untuk membeli rumah bertingkat hasil pujukan anak bujangnya yang inginkan tangga di dalam rumah. Setelah mencari kejiranan yang bersesuaian akhirnya pemilik jatuh hati dengan pelan lantai kediaman yang satu ini.
Menceritakan detik-detik awal proses pengubahsuaian ruang dalaman rumah, pemilik menyatakan hasil perbincangan bersama- sama pereka pada awalnya, setiap progress reka bentuk dirahsiakan untuk tujuan kejutan pada hasil akhir dekorasi dalaman buat keluarga ini. Completely zero pada awal, pereka benar-benar menjanjikan kejutan besar buat mereka kerana apa yang diimpikan oleh pemilik berjaya direalisasikan dengan begitu sempurna sekali oleh pereka. Gaya Manhattan yang diterapkan sememangnya memenuhi cita rasa pemilik yang tidak mahukan ruang tampil terlalu lapang dan minimalis.
GABUNGAN TIGA RUANG
Penyatuan antara ketiga-tiga ruang utama sehingga ke ruang dapur dilihat cukup harmoni. Menerapkan konsep pelan lantai terbuka pada bahagian dapur dengan membahagikan meja sememangnya sesuai buat keluarga besar ini. Selain itu, terdapat satu sudut dapur dihiasi subway tiles yang menguatkan lagi elemen dekorasi gaya Manhattan di kediaman ini. Puan Dilla mengakui, apa yang diimpikannya bersama suami akhirnya menjadi kenyataan.
” Saya sememangnya mempunyai angan-angan inginkan dapur yang boleh dijadikan tempat untuk saya menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami sambil memasak atau ketika menjamu selera. Suasana ini bagi saya adalah momen yang sangat harmoni dan seumpama penyatuan sebuah hubungan kekeluargaan yang erat,” ujarnya.
SUDUT KEGEMARAN PEMILIK
Melewati sudut tangga rumah ini, dinding yang dihiasi 15 bingkai gambar ternyata memberi 1000 satu makna buat Dilla dan suami. Gambar- gambar mereka sekeluarga dipotretkan dan diabadikan pada dinding kediaman ini.
“Setiap gambar ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana ia dirakamkan sendiri oleh suami. Hobinya yang gemar mengambil gambar, merakamkan momen-momen indah kami adalah kenangan paling mahal yang saya rasakan jika dibingkaikan dan dipamerkan pasti akan lebih bermakna,” tambah pemilik lagi.
Melihat warna cat setiap bilik tidur serta padanan aksesori yang ada, pereka bijak memilih bentuk katil yang direka khas yang mampu dan sesuai di letakkan pada setiap ruang bilik. Perhatikan setiap rona yang dipilih , ia bukan sahaja merupakan rona selamat, malah mampu dipadankan dengan apa jua aksesori . Buat kamar anak –anak perempuan mereka, ruang ini dihias ringkas namun masih jelas elemen feminin dengan padanan warna dan perabot yang saling melengkapkan penampilan ruang. Dari permaidani sehingga ke bingkai katil, kebanyakannya pula direka khas dan tidak terdapat di pasaran. Buat kamar anak lelakinya, rona gelap diabadikan buat bilik ini tetapi masih mampu memancing perhatian.
Sebaik sahaja memasuki ruang kamar utama, kami kagum dengan pelan lantai kamar ini kerana terdapat sebuah tembok yang membahagi kepada tiga ruang iaitu, bilik mandi, bilik tidur dan bilik wardrobe. Pereka memilih untuk bermain dengan elemen minimalis bagi memberi ilusi ruang tampil lebih besar dan selesa. Bingkai katil rona gelap menghidupkan lagi tema ini.
Bagi pemilik, kekuatan sesebuah kediaman itu adalah bagaimana kita merencanakan tata hiasnya. Sebaiknya hias lah kediaman mengikut cita rasa dan minat pemilik kerana ia mampu menyuntik keselesaan buat penghuni sekeluarga
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Cara Ini Mampu Panjangkan Hayat Flower Cut Anda
Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda. Contohnya anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.
Kaedah Mengekalkan Kesegaran Cut Flower
- Bunga dituai ketika ia dalam keadaan segar iaitu sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan memotong kuntuman bunga di luar waktu ini.
- Buang daun yang berada di paras paling rendah pada setiap batang. Ini bagi mengelakkan daun ini terendam di dalam air ketika diletakkan di dalam pasu.
- Potong batang pokok (stem) bunga menggunakan peralatan tajam dan jika boleh lakukan proses pemotongan dengan membawa bekas berisi air di taman. setelah memotong masukkan bunga-bunga tadi dengan segera ke dalam bekas tersebut. Situasi terendam ini dapat menghalang gelembung udara daripada tersumbat di dalam batang.
- Letakkan bahan-bahan di dalam bekas bersih dengan air suam pada suhu bilik.
- Sentiasa pastikan cut material berada di dalam air semasa proses menggubah kerana ia akan menghalang pokok bunga tadi kehilangan lembapan melalui proses transpirasi.
- Sentiasa guna bekas atau pasu bersih yang diletakkan dengan bahan pengawet untuk memanjangkan tempoh kesegaran bunga. Kebiasaannya bunga tanpa pengawet akan bertahan kurang dari seminggu.
- Gunakan bahan pengawet bunga untuk membekalkan nutrien dan mencegah pertumbuhan bakteria.
Pengawet Bunga (floral preservatives)
- Formula untuk pengawet bunga adalah mudah. Ia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan). Ia menyediakan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
- Biocide ( mengawal pertumbuhan bakteria). Tanpa bahan ini, kehadiran gula ke dalam air akan meningkatkan bakteria yang akan menyerang batang(stem) dan memendekkan hayat cut flower
- Acidifier ( merendahkan pH air dan meningkatkan kadar resapan air). Pengawet bunga komersial boleh dibeli di dalam cecair atau serbuk di kedai bunga. Pastikan anda mengikut arahan tertera sebaiknya. Sebagai panduan jika anda ingin menggantikan bahan pengawet ini dengan bahan sedia ada di rumah, anda boleh menggunakan pencuci mulut Listerine . Satu auns Listerine dicampurkan ke dalam satu gelen air akan menghasilkan kandungan yang tepat sebagai bahan pengawet.
Cara Mengendalikan Cut Flower
- Tumbuh-tumbuhan berbeza dari segi komposisi dan tabiat pertumbuhan, oleh itu penjagaan dan pengendalian teknik mungkin berbeza-beza untuk setiap spesies. Kenali karakter pokok anda sebelum ia dijadikan cut flower.
- Elakkan memotong bunga yang masih belum matang kerana struktur sel masih belum berkembang sepenuhnya dan berfungsi untuk menghalang bunga tersebut dari layu.
- Spesies dengan hayat pendek seperti bunga raya, iris, teratai, dan mawar mestilah dipotong pada peringkat putik dan ia akan berkembang ketika di dalam pasu.
- Lakukan teknik pemotongan clean cut dan berbucu tajam berbanding potongan lurus dan mendatar, kerana kaedah ini akan melancarkan proses penyerapan air yang lebih baik untuk mengekalkan kesegaran bunga.
- Kebanyakan cut flower akan tahan lebih lama apabila diletakkan di tempat teduh atau pada suhu rendah. Spesies seperti bird of paradise, orkid, ginger, anthurium dan spesies tropika kebiasaannya tahan lasak pada cuaca panas, tetapi pastikan anda tidak meletakkan pasu berisi bunga-bunga segar ini secara langsung di bawah sinaran cahaya matahari.
- Buah-buahan segar dan sayuran membebaskan gas ethylene, iaitu sejenis kondisi natural untuk menjadikan buah-buahan tersebut masak dan ranum. Apabila buah-buahan atau sayuran seperti pisang, lobak merah dan epal digabungkan bersama gubahan bunga, gas ini secara drastik akan memendekkan hayat bunga segar ini tadi. Oleh itu pamerkan bungaan segar anda secara solo.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI