Tidak dinafikan, ada segelintir kalangan masyarakat kita yang sanggup mencatu perbelanjaan makanan harian atau erti kata lainnya ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah kediaman yang cantik dan mewah.
Tetapi tahukah anda, apakah kesan serta keburukan yang bakal dihadapi sekiranya anda melakukan tindakan sedemikian yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh ahli keluarga selain diri anda sendiri?
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik hangat berkenaan yang bertajuk ‘Ikat Perut Kerana Obses Nak Rumah Cantik’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Asrul Khairi Kamaruddin yang merupakan seorang arkitek daripada syarikat swasta tempatan.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Encik Asrul berpendapat tingkah laku ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik seperti ini dalam konteks umum adalah bukan satu keperluan sangat penting.
Ads
“Pada pendapat saya, tak perlu pun untuk ‘berikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik. Tetapi tidak dinafikan, setiap orang mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin memiliki sebuah kediaman yang cantik.
“Jika kita bercakap tentang perkara keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya hasrat anda itu tercapai. Contoh apa yang boleh anda lakukan adalah tidak menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman untuk rumah anda.
“Untuk maklumat anda, dari segi sudut untuk penambah baik rumah ni ada dua konsep iaitu pertama ‘Soft Furnishing’ yang mana terlibat dengan pemilihan perabot untuk dalaman rumah manakala yang kedua pula adalah ‘Hardworks’ yang melibatkan pengubahusaian seluruh rumah.
“Tentang soal pemilihan perabot dalaman rumah ini, saya rasa anda boleh melakukan secara sendiri mengikut citarasa anda tanpa memerlukan khidmat nasihat arkitek mahu pun pereka hiasan dalaman.
Ads
“Ini kerana sumber idea inspirasi dan pelbagai maklumat anda boleh cari di internet, majalah dan sebagainya,” jelasnya.
Konklusinya, adakah anda sanggup untuk mencatu makanan harian anda serta ‘mengikat perut’ semata-mata demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Ads
.
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tak semua perabot yang rosak di rumah tak boleh digunakan langsung!
Kalau kita kreatif, boleh berjimat dengan diy dan recycle perabot tersebut macam perkongsian dari Teejah Aqeel ini. Kerusi yang dah rosak ini digunakan kembali untuk dijadikan side table, untuk letak letak barang ataupun perhiasan.
Idea recycle kerusi meja makan rosak jadi side table
Caranya
1. Bahagian penyandar kerusi dipotong separuh, sama aras dengan tempat duduk.
2. Ambil bahagian penyandar yang dipotong tadi, buang sedikit bahagian tepi untuk dicantumkan di bawah side table.
3. Cantum guna skru atau paku, ikut kreativiti. Siap. Punyalah senang kan!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua, selamat mencuba dan berdiy!
Peta dunia kalau terbentuk pada bantal boleh maaf lagi. Tak boleh cuci, kita tukar saja sarung baru. Tapi kalau tilam macam mana pula? Macam mana nak basuh? Lama kelamaan, peta tadi semakin bertambah. Terus ambil keputusan nak beli tilam baru walaupun kondisi masih elok. Cuba bayangkan, kalau tilam itu yang jenis khas ayurvedic atau tilam khas untuk sakit tulang belakang. Bukan murah cik kak oi…
Banyak faktor menyebabkan peta dunia terbentuk di atas tilam. Antaranya kalau jenis tidur suka tak pakai baju, pulak tu tak pakai protector tilam, antara punca terhasilnya peta dunia ini.
Ada pulak tu, konon-kononnya nak romantik, breakfast in bed katanya. Sibuk bersenda gurau, tersiku pulak gelas. Habis tertumpah atas tilam. Terus gelabah kan nak bersihkan air yang tumpah tu. Jadi langkah terbaik untuk hilangkan peta dunia yang tidak diperlukan pada tilam dan secara tidak langsung boleh menyingkirkan bakteria, anda boleh guna kaedah atau petua mudah ini.
Bahan-bahan:
1 cawan Hydrogen Peroxide
3 sudu besar Baking soda
1 sudu kecil Cecair pencuci pinggan
5 titis Pewangi / essential oil (tak wajib)
* P/S: Hydrogen Peroxide anda boleh dapatkan di bahagian farmasi seperti Watson, Guardian, Cosway dan pelbagai lagi
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau sebati. Kacau perlahan-lahan sahaja. Selesai, masukkan ke dalam bekas semburan.
2. Semburkan terus pada peta yang ternukil di atas tilam. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.
3. Kalau ada peta yang degil, boleh semburkan sekali lagi. Biarkan kering sedikit.
4. Dah puas hati, semua peta sudah berjaya dihilangkan. Anda perlu Jemur tapi jangan kena matahari terus. Nanti garing pulak tilam tu.
5. Jika ada kesan serbuk baking soda tu, anda boleh guna vacuum selepas permukaan tilam kering sepenuhnya. Jemur wajib kena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bangun-bangun, atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus antara tanaman wajib di perkarangan rumah nenek moyang dahulu. Kenapa ya? rupanya ia bukan sekadar kaya khasiat, malah banyak kegunaanya. Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam. Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.
Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan
Sebenarnya ada satu lagi kegunaan daun bangun-bangun yang kita tidak tahu iaitu menghalau tikus di dalam kediaman. Apabila kelihatan tinja tikus berselerakkan dalam kediaman, ini menunjukkan ada sarangnya di dalam rumah anda. sebelum apa-apa tindakkan dilakukan, berishkan najis tersebut terlebih dahu. Kemudian, ambil beberapa helai daun bangun-bangun dan ramas sehingga mengeluarkan bau. Taburkan daun yang telah diramas tadi di kawasan yang disyakki menjadi sarang dan laluan tikus.
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Klik di sini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.