Pernah atau tidak anda melihat seluruh ruang dalam bilik air yang serba lengkap bertemakan warna putih seperti ini? Memang jarang-jarang kan dapat kita lihat dekorasi ruang dalaman bilik air yang seperti ini.
Tidak dinafikan, memang tidak ramai yang mahu dan memilih warna putih ini sebagai pilihan untuk dekorasi ruang dalaman bilik air. Ini kerana, ramai yang beranggapan warna putih ini mempunyai sifat yang mudah kotor dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya dengan pemilihan warna putih untuk dekorasi ruang dalaman bilik air anda boleh membuatkan kamar mandian anda tampak lebih menarik?
Bukan sekadar itu sahaja, ruang dalaman bilik air anda juga kelihatan begitu estetik, unik dan lain dari yang lain. Setuju tak?
Jika anda sedang merancang untuk melakukan renovasi ruang bilik air anda menjadi seperti ini, anda boleh sahaja mencari atau membeli barang kelengkapan yang baru secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Jangan bimbang, setiap pembelian sudah semestinya termasuk dengan kos penghantaran ke rumah anda. Jadi, sudah pasti lebih menjimatkan. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Impiana Makeover Ruang Selebriti Saksikan Transformasi Kediaman Shiha Zikir, Warna Hitam Sebagai Pilihan Eksklusif!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur
Wallpaper memainkan peranan yang besar dalam menghiasi segenap ruang kediaman sama ada di ruang tamu, dapur, dan bilik tidur. Wallpaper dari sudut lain bertindak sebagai alternatif kepada hiasan lama iaitu mengecat.
Hari ini, mengecat sudah kurang dipraktikkan walaupun terdapat banyak produk baharu di pasaran tentang penjualan cat kerana munculnya seni hiasan dinding menggunakan wallpaper dan terkini, wainscoating. Entri kali ini IMPIANA ingin berkongsi tentang tips pemilihan wallpaper di dalam bilik tidur.
Jika di ruang tamu anda sudah cukup berhati-hati dalam pemilihannya, di bilik tidur lagi anda perlu serius dalam menetapkan corak yang akan menghiasi bilik tidur kerana keadaan serta moodnya amat berbeza dari tempat berkumpul dan bilik berehat untuk tempoh yang panjang.
Tona Floral
Jika anda memilih konsep bunga, anda suai padankan warna cadar dengan pilihan sarung bantal untuk memastikan tema flora anda tidak contra. Warna bunga juga harus sepadan, gunakan warna ungu lavender untuk disesuaikan dengan cadar berwarna putih atau kelabu.
Pukau dengan corak berulang
Wujudkan suasana memukau dengan memasang wallpaper yang bercorak pattern berulang. Corak sebegini berupaya merehatkan mata anda setelah seharian melihat bebanan kerja di pejabat. Sebaiknya cari lah corak berwarna yang menyejukkan pandangan mata seperti biru atau hijau. IMPIANA cadangkan corak alam semulajadi lebih merehatkan minda.
Suai padan corak jalur dan kosong
Jadikan bilik tidur anda lebih elegan dengan padanan warna bercorak jalur. Padankan wallpaper corak jalur ini dengan hiasan lain yang kosong tanpa apa-apa corak agar tidak terlalu ‘clash’ dengan corak di dalam bilik anda. Less is more oleh itu anda perlu bijak menggabungkan corak wallpaper dengan soft furnishing yang lain.
Monokrom di bilik tidur
Padanan kedua-dua warna ini tidak pernah lekang serta lapuk ditelan zaman. Warna hitam dan putih sentiasa menjadi pilihan tona warna tidak kira di mana ruang dalam kediaman. Warna ini amat sesuai untuk digandingkan dengan warna terang seperti bantal berwarna kuning atau jika anda mahu simplicity, sesuaikan ianya dengan warna biru gelap muda.
Tema rustik
Ramai yang takut untuk menggunakan tema rustik kerana merasakan impak dekorasinya kurang menarik. Sebenarnya tema ini ada nilai nya yang tersendiri cuma anda kena bijak memilih corak dan gabungkan ia dengan kemasan lembut yang lain dalam tema konsep yang sama.
Trend Terkini Geometri
Tema wallpaper sebegini amat popular di Malaysia. Banyak kita lihat di mana-mana group deko ramai orang menjadikan garisan geometri sebagai pelengkap hiasan dinding terutamanya di ruang tamu dan fokus hari ini di bilik tidur.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Transformasi Rumah Flat Sub-Sale Dalam Masa 3 Bulan, Lihat Hasilnya
Saiz kompak menuntut pemilik kediaman lebih kreatif dan memerlukan perancangan yang teliti untuk menghasilkan sebuah kediaman yang indah. Seperti perkongsian oleh puan YAty M AD, kediaman yang dibeli jenis pangsapuri sub-sale mempunyai saiz tidak lebih 700 kaki persegi.
Tempoh 3 bulan dengan bajet RM30k telah diperuntukkan untuk membina “rumah ku syurga ku”. Idea diperolehi melalui perkongsian dari rakan-rakan yang mempunyai jenis kediaman yang sama.
Antara ubah suai yang terlibat adalah menutup tingkap bahagian hadapan menggunakan simen untuk dijadikan ruang keluarga dan pengstrukturan semula dinding di bahagian dapur.
Memandang kediaman ini terletak di bahagian paling atas, ditambah pula dengan siling sedia ada telah kelihatan usang, pemilik mengambil keputusan untuk memberi kemasan semula menggunakan plaster siling. Secara tidak langsung keseluruhan dekorasi di ruang tamu kelihatan elegan
Bahagian dapur juga diubah suai dengan melibatkan pemasangan lantai dan kabinet dapur baru. Dari segi struktur, tiada perubahan yang dilakukan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Abaikan Denggi Kerana Covid 19, Luangkan Masa 10 Minit Di Hujung Minggu
Jangan pandang remeh pada kisah demam denggi ini. Walaupun kini kita sedang dilanda wabak yang lebih dahsyat dari denggi, harus diingat demam denggi juga boleh membawa maut jika tidak dikawal.
Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Bagaimana ingin tahu berkemungkinan kita menghidap demam denggi?
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (Crisis Preparedness and Response Center – CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sehingga Minggu Epid Ke-29 Tahun 2021 (3 Januari sehingga 24 Julai 2021), sebanyak 15,702 kes demam denggi dilaporkan.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari selepas gigitan nyamuk aedes. Gejala seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, rasa loya dan muntah-muntah, mata akan mula terasa sakit dan ruam mula naik di sekitar badan.
Demam denggi terdiri daripada dua iaitu demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam ini bukanlah demam biasa yang boleh dipandang ringan jika tersilap langkah boleh mengundang derita.
Demam denggi berdarah turut mempuyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan tadi dan juga pendarahan seperti mudah lebam, pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi. Ia juga boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
IMPIANA bukan ingin menakutkan anda dengan kisah denggi ini, tetapi IMPIANA ingin memberi kesedaran kepada semua tentang demam denggi yang tidak boleh diambil mudah dan ringan.
Apabila anda mengidap gejala demam denggi ini apakah langkah yang perlu diambil. Segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan, berehat dan minum air dengan banyak. Masih tiada rawatan khusus untuk demam denggi ini. Jadi elakkan diri dari terkena demam denggi. Apa pula cara untuk mencegah demam denggi ini?
Terdapat Sembilan elemen penting dalam aktiviti Pendidikan Kesihatan iaitu gotong- royong, ceramah, hebahan awam, edaran risalah, penampalan poster, pemasangan media luar, perbincangan kumpulan kecil, nasihat individu dan tunjuk cara.
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Suraiya Syed Mohamed berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, aktiviti pendidikan kesihatan bagi pencegahan denggi dilaksanakan mengikut Norma Baharu dan terhad kepada beberapa aktiviti sahaja seperti gotong-royong kendiri, hebahan awam (melalui televisyen, radio, kenderaan bergerak dan media sosial), pemasangan media luar dan edaran risalah.
“Kita mempunyai Cawangan Promosi Kesihatan di seluruh negeri di mana mereka berperanan dalam menyampaikan maklumat kesihatan kepada masyarakat dan menerapkan elemen untuk perubahan tingkah laku. Pelbagai medium boleh digunakan dalam menyampaikan isu kesihatan kepada masyarakat dan yang paling
cepat adalah melalui media sosial. Masyarakat kini banyak menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita menggunakan medium seperti itu dalam menyalurkan maklumat pencegahan denggi agar masyarakat sentiasa mendapat maklumat mengenai bahaya demam denggi,” katanya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencegah demam denggi ini lakukan perkara ini di rumah anda hanya ambil masa 10 minit untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini. Bukanlah susah sangat.
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir dengan baik.
- Gunakan semburan nyamuk untuk membunuh nyamuk di dalam rumah.
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
IMPIANA juga menggalakan melakukan pembersihan di sekitar rumah. Buang air yang bertakung pada pasu bunga yang mungkin anda tidak perasan. Longkang yang tersembat atau mempunyai sampah bersihkan kerana itu adalah salah satu punca yang kita tidak sedar. Jika anda suka menyimpan barang berkebun di luar rumah cuba pastikan tiada bekas atau peralatan yang bertakung air. Akhir sekali sembur stor luar rumah dan Kawasan yang anda simpan barang dan peralatan berkebun itu dengan semburan nyamuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI