Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65, mari kita kenali dengan lebih dekat salah satu bangunan bersejarah di selatan tanah air iaitu Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908 telah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan.
Istana Lama Seri Menanti ini juga dibangunkan ekoran selepas peristiwa hitam yang berlaku di Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sewaktu peperangan Bukit Putus.
Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, Istana Lama Seri Menanti ini telah menjadi sebuah bangunan yang terkenal di serata negeri dengan keunikan struktur bangunan yang dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku.
Bagi anda yang masih belum menjejakkan kaki di Istana Lama Seri Menanti ini, untuk maklumat anda struktur bangunan bersejarah ini mempunyai ketinggian empat tingkat dan pelan asalnya dipercayai telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Ads
Namun begitu, sehingga kini tidak dapat dibuktikan bahawa kedua-dua figura ini yang menjadi tukang pembinaan Istana Lama Seri Menanti.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil daripada kayu-kayu di kawasan Bukit Pergai, Jelebu.
Selain itu, ada juga beberapa kayu-kayu lain antaranya kayu Penak yang diambil dari kawasan Bukit Tinggi. Apa yang menyebabkan Istana ini unik dan lain daripada yang lain oleh kerana pembinaan struktur bangunannya yang tidak menggunakan sebatang paku besi.
Ads
Istana Lama Seri Menantu ini berjaya dibangunkan dengan menggunakan paku diperbuat daripada kayu yang dipanggil Pasak. Bukan seperti kayu biasa yang lain, Pasak ini mempunyai struktur yang keras dan kukuh untuk pembinaan sebuah bangunan.
Dari segi reka bentuk bangunannya pula, Istana Lama Seri Menanti ini direka daripada simbolik tanduk Kerbau yang melambangkan keamanan.
Ads
Kemudian, atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini secara rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada tanggal 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Manakala setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kelengkapan menukang atau hardware ni memang banyak. Tapi WAJIB elekkan barang hardware ni dari bersepah dan tidak tersusun kerana ia melibatkan ancaman keselamatan pula nanti. Hardware ni kalau tersusun rapi bukan sahaja cantik malah lebih mudah untuk diambil dan secara tak langsung banyak ruang simpanan tambahan
Bagi yang merancang nak susun perkakas menukang tu, IMPIANA kongsikan idea mudah dan tak perlu barang mahal
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau tidur, siapa yang suka tutup pintu rapat? rasanya hampir semua. Sebab lebih privasi. Nak-nak, yang tidur dalam bilik ber air-cond. Bukan sahaja pintu bilik ditutup, tingkap pun mungkin tak pernah dibuka langsung. Tapi menurut Dr. Hafiz Sulaiman bahaya tidur dalam bilik yang tertutup rapat. Ini penjelasannya:
Lama dah saya duk hairan dulu-dulu. Kenapa bila bangun tidur waktu pagi. Sakit kepala. badan lemah, kulit dan tekak jadi kering. Moody dan blurr je.
Ramai orang tutup pintu dan tingkap rapat terutamanya bila tido dalam aircond. Memang syok tido tapi awas kesannya ya
Kondisi ni dikaitkan dengan “Sick Building Syndrome”. Orang kerja pejabat pun boleh dapat masalah sama. Sebenarnya split aircond yang biasa kita guna kat rumah tu memang tak circulate udara masuk keluar dalam bilik tertutup. Air purifier pun cuma bersihkan udara, paras udara masih sama..
Ujikaji oleh syarikat Smart Air Filter ke atas bilik office dijalankan untuk uji paras oksigen dan karbon dioksida. Bilik ditutup rapat diisi padat 7 orang. Keputusannya, oksigen kurang hanya 0.3% saja daripada 21% oksigen di udara. Tapi yang mengejutkan ialah paras karbon dioksida meningkat 0.08% kepada 0.35%. Hampir 3 kali ganda! Perlu kita sedar, karbon dioksida di udara hanya 4% saja. Jadi kesan kepada kesihatan mungkin signifikan.
Karbon dioksida ni boleh rendahkan kognitif dan kesedaran. Tu yang jadi blurr dan moody lama-lama duk berakar dalam office tertutup.
Jadi saya nak share beberapa SOLUSI.
1. Bila tidur dalam bilik aircond, memang tak logik buka tingkap dan pintu luas-luas. Buka aircond untuk sejukkan bilik. Kemudian bila nak tido, buka tingkap dan guna kipas saja. Lepas tengah malam, udara luar biasanya sejukkk.
2. Jika kena tido dalam aircond juga sampai pagi.. Bukan sikit celahan pintu atau tingkap sudah mencukupi. At least ada lah pengedaran udara.
3. Duk office tertutup dalam sejam sekali pergilah ke tingkap ambik udara. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Teknik ni mengurangkan stres dan tambahkan oksigen supaya kita jadi segar dan sihat.
Tidur kualiti ni penting. Badan perlu rehat untuk pulih dari stres bekerja seharian. Badan kita juga nak repair mana rosak. Bukak celahan tingkap sikit mungkin cegah daripada penyakit
SHARE supaya family kita AWARE. Penting untuk kualiti tidur anak-anak kita. Insha Allah meningkatkan prestasi kerja kita dan rakan di office kita juga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika hampir setiap hari kita memasak di dapur sudah semestinya periuk dan kuali yang kita gunakan akan menjadi hitam sehingga berkerak.
Apabila kesan kerak pada kuali semakin menebal, semakin susah lah untuk kita mencuci dan menyentalnya. Betul tak?
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada langkah yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan sabun buku cap buruh.
Kalau zaman dulu-dulu, sabun buku cap buruh ini hanya digunakan untuk membasuh pakaian kerana ia sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada baju.
Namun kini tidak lagi kerana sabun buku cap buruh ini juga dipercayai boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Nak tahu caranya?
Pertama, ambil seketul sabun cap buruh kemudian sagat sehingga halus lalu dicairkan sabun yang telah disagat tadi bersama air di dalam sebuah besen.
Seterusnya, rendam kuali atau periuk yang anda ingin dibersihkan ke dalam air sabun tadi dan dibiarkan semalaman.
Akhir sekali, gosok bahagian bawah kuali dengan dawai pencuci pinggan sehingga bawah kuali anda menjadi putih seperti baru. Mudah kan?
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.