Bila usia dah mula menginjak 40-an ni, macam-macam penyakit yang tiba. Kebas dan sengal-sengal badan sudah menjadi kebiasaan. Paling tak tahan bila duduk atau bersila dalam tempoh yang lama. Bila nak bangun tu memang kebas betul.
Menurut pakar perunding perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Ismail Marican. Kebas pada istilahnya adalah perasaan kurang selesa terhadap pergerakan anggota badan yang kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu.
Kenapa ia berlaku?
Dua keadaan menyebabkan masalah ini berlaku. Kebiasaannya akibat saraf terhimpit atau tertekan oleh anggota badan seperti ketika tidur, duduk dan sebagainya.
Namun, ada juga keadaan kebas berlaku disebabkan oleh hal lain seperti kekurangan darah, terlalu gemuk,kencing manis, wanita yang sedang putus haid dan paling kerap disebabkan oleh kurang kalsium.
Untuk mengatasi masalah ini dari terus menyerang, anda boleh cuba remedi yang dihasilkan dari 4 bahan dapur ini.
Cara-cara:
1. Rebus halba, halia dan serai bersama 2 cawan air dan biarkan merenih dalam api yang perlahan.
2. Apabila sudah menggelegak, masukkan setengah cawan air asam jawa dan kacau sebati
3. Teruskan merenih sehingga tersisa 1 cawan sahaja air rebusan
4. Saringkan air rebusan tadi dan diminum ketika masih hangat
P/S: Jadikan air rebusan ini sebagai amalan setiap hari sebelum tidur malam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI