Untuk cuci baju sekolah dan menjaga kebersihannya agak sukar lebih-lebih lagi baju sekolah anak yang harus kekal bersih sepanjang masa di sekolah. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam namun sudah banyak cara dan sabun pencuci yang digunakan tetapi keputihan baju tidak seputih mana.
Sebenarnya, cara basuh baju putih dengan menggunakan sabun mandi Lux Rose telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah yang mengamalkan dengan cubalah Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi. Guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak tinggi atau agak mahal.
Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse. Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih? cuci baju sekolah Gunalah Lux
Ads
dengan trik yang disenaraikan ini, tugas menggosok mak-mak lebih mudah dan cepat. Tak perlulah sampai berjeruk ketiak menggosok baju. Antara yang boleh dipraktikkan adalah;
1. Pastikan setiap kali cucian akhir baju, masukkan pelembut pakaian. Nanti bila nak gosok, pakaian jadi lebih lembut dan mudah
2. Gantung atau hanger terus pakaian yang telah di cuci. Lebih baik, anda jemur dengan menggunakan hanger. Ia mambantu mengurangkan kedutan pada pakaian
Ads
3. Letak lapisan aluminium foil di bawah alas papan gosok. Aluminium foil tadi akan memantulkan semula haba yang diterima dari seterika. Ini secara tidak langsung menjadikan ke dua-dua bahagian pakaian anda digosok serentak
4. Jangan gosok secara membulat ia akan merosakkan tekstur fabrik anda.
5. Bila menggosok sesuatu yang bersaiz besar seperti langsir dan alas meja, letak dua biji kerusi di bahagian hadapan iron board anda. Tarik bahagian yang telah siap digosok untuk digantung terus pada kerusi
Ads
6. Alas permukaan fabrik anda dengan kain nipis seperti napkin atau kain cotton untuk menggosok fabrik jenis sensitif dan mengelakkan kesan kekuningan selepas di gosok. Hal ini biasa berlaku pada pakaian satin berwarna putih
7. Gosok fabrik jenis tebal seperti baju kemeja di bahagian dalam terlebih dahulu. Kemudian baru bahagian luar.
8. Mulakan menggosok dengan pakaian yang tidak memerlukan haba yang tinggi dan fabrik lembut seperti sutera dan satin. Ia mampu mengelak masalah anda salah suhu ketika menggosok. Jika tidak, pakaian anda mudah terbakar
9. Gosok bahagian kolar, cuffs tangan dan hems terlebih dulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika menggosok bahagian lain
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Macam-macam cara dan kaedah digunakan untuk menghias kediaman. Yang paling seronok adalah barang yang digunakan untuk deko rumah di buat sendiri atau DIY. Bukan sekadar cantik, malah jimat.
Barang lama, kalau kena pada makeover yang dilakukan mesti nampak lebih cantik dan menarik. Seperti yang dilakukan oleh puan Khadijah Armawai , tikar evamatic yang di beri kemasan wallpaper nampak lebih menarik dan cantik. Di samping itu juga, ia sebagai pilihan kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. KENAPA? kalau anak-anak anda tertumpah makanan atau air, ia lebih mudah dibersihkan berbanding karpet yang gebu.
Jom kita tengok macam mana puan Khadijah makeover tikar evamatic ni.
Bahan-bahan:
2 helai tikar evamatic
1 gulung wallpaper kalis air (5 meter panjang)
1 gulung duct tape 2.5 inci
Cara-cara:
1. Cantumkan 2 helai tikar tadi di bahagian tengah dengan menggunakan duct tape
2. Tampal wallpaper pada permukaan tikar. Pastikan tampalan kemas dan tak ada gelembung angin. Kalau wujud gelembung angin pada permukaan wallpaper selepas ditampal, Gunakan jarum peniti dan cucuk sedikit untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
2. Kemaskan sekeliling tikar dengan menggunakan duct tape
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Crates atau bakul plastik tahan lasak ini kebiasaanya digunakan untuk memudahkan proses menyimpan dan memunggah barang. Ia banyak digunkan di dalam industri terutamanya untuk mengisi botol, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain dari itu, bakul plastik ini mempunyai kegunaan dan manfaat lain kepada kediaman anda terutamany dalam menghasilkan perabot seperti:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sedar tak sedar, PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) dah masuk hari ke-17 (3/4/20). Dalam tempoh ni, kesian tengok anak-anak terperap dalam rumah. Mak-mak pun mula pening nak cari aktiviti anak-anak.
Apa kata kita ikut idea Pau Dao Nyam, Buat play-doh dengan menggunakan tepung. Bukan sahaja-anak-anak seronok main, mak pun tumpang sekaki. Nak pelbagaikan, buatlah pertandingan buat objek dari playdoh tepung gandum tu
Mencari permainan menarik yang selamat untuk anak? ini salah satunya. Tak perlu risau pun kalau anak termakan
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ cawan garam
1 sudu makan minyak masak
Pewarna makanan pilihan
*1 sudu makan cuka (sebagai pilihan boleh juga guna cream of tar tar. tak nak pakai tak apa sebab cuka dan cream tersebut berfungsi untuk bagi ia tahan lama)
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk. Sebaiknya pakai periuk jenis non-stick 2. Kacau rata dan pastikan tepung tak berketul
3. Buka api dapur paling kecil dan kacau doh sampai kental. Tutup Api dan biarkan sejuk 4. Boleh simpan doh dalam bekas kedap udara atau ziplock bag
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.