Tidak dinafikan, ada segelintir pasangan suami isteri yang berkongsi kata laluan atau kod nombor PIN ATM akaun bank masing-masing antara satu sama lain setelah sekian lama mendirikan rumah tangga bersama.
Mungkin dilihat jarang-jarang terjadi di sekeliling rakan-rakan atau keluarga terdekat anda, namun situasi sedemikian sememangnya berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Bagi anda yang sudah berkahwin dan baru sahaja selepas kematian suami, mungkin situasi seperti ini sangat berkait rapat dengan diri anda khususnya bagi mereka yang sememangnya mengetahui kod nombor PIN ATM akaun bank kepunyaan arwah suami.
Maka, perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan kepada balu adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan duit arwah suami dan digunakan oleh si isteri?
Foto sumber: Sabah Post
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Twitter, ada memberikan penerangan berhubung perkara tersebut kepada orang ramai.
“Suami saya meninggal dunia..Saya tahu no pin ATM arwah.. Boleh ke saya nak keluarkan sikit duit dari akaun suami saya? Untuk kes macam ni dibenarkan atau tidak?,” tulisnya.
Ads
Jelas pemilik akaun yang bernama Zaidi Nordin ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk para isteri tahu khususnya bab pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian suami.
Antara beberapa perkara yang para isteri perlu tahu adalah seperti berikut;
1) Wang simpanan dalam akaun melebihi RM10,000.
Jika LEBIH daripada nilai RM 10,000, perintah atau surat daripada pihak berauthoriti diperlukan. Perintah atau surat ini dinamakan “Surat Kuasa”. Ingat, jangan sesekali keluarkan duit si mati melalui ATM atau ‘online transfer’. Semua ni akan direkodkan.
Berbalik kepada situasi pertama ni, waris kena pergi ke setiap bank (kalau boleh) untuk double confirm arwah ada tak memiliki akaun bank kat situ.
Lepas tu waris kena pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Tapi pejabat tanah akan ambil masa beberapa bulan utk proses.
Ads
Lepas surat kuasa dikeluarkan, waris kena datang collect balik di pejabat tanah & submit dekat bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan direleasekan ke Amanah Raya.
Amanah Raya akan buat pengiraan dan kenal pasti semua hutang2 si mati termasuk tunggakan cukai LHDN (Jika Ada).
Jika sudah selesai atau tiada tunggakkan cukai LHDN, dan hutang-hutang arwah lain seperti loan kereta, loan rumah, kad kredit, personal loan & sebagainya. Barulah lebihan dari wang tersebut akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid.
2) Wang simpanan dalam akaun kurang RM10,000.
Ada segelintir pasangan keluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan sama spt soalan di awal thread. Untuk kes begini, kalau waris si mati yang lain (yang layak dapat bahagian faraid) tahu pasal ni, mereka ada hak untuk tuntut bahagian dorang dalam jumlah duit yang dah dikeluarkan tadi.
Ads
Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain,selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan..Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai.
Pasal bergaduh bab harta ni orang dah tau kan… tapi sekarang ni kalau tak gaduh pon nak cairkan harta ni pun lama… antara sebab:
Andaikan ada 10 waris bekerja kena ambil cuti untuk ke pejabat berkaitan utk settlekan harta pusaka. Berapa hari je yg semua waris sanggup ambil cuti setiap tahun? Perbicaraan tetap akan berjalan sehingga semua waris hadir & tiada perbalahan pendapat mengenai portion faraid.
Tukar nama kene bayar stamp duty. Waris takde duit nak bayar stamp duty. Stamp duty tak murah.. bergantung pada harga asset.
Waris dah ada kerja dan asset sendiri jadi asset harta pusaka tu dibiarkan sahaja – walhal benda ni kalau taknak pon boleh la jual dan manfaatkan org lain. Atau duit penjualan boleh disedekahkan atas nama si mati.
Solusinya dengan mengambil pelan hibah yang ada manfaat wang pengurusan harta pusaka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, ada seorang kenalan dan pengikut setia IMPIANA telah berkongsi cerita serta meluahkan perasaannya berhubung kadar caj penghantaran yang dikenakan oleh segelintir para peniaga kepada pembeli secara dalam talian di seluruh Malaysia.
Luahnya, meski negara kini sudah genap menjangkau kemerdekaan ke-65, tindakan segelintir para peniaga secara dalam talian yang hanya memberikan caj penghantaran percuma bagi seluruh kawasan Semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak adalah sangat tidak wajar.
Individu kelahiran asal Sarawak ini menambah, budaya yang telah dipraktikkan para peniaga tempatan itu kini dilihat sudah tidak lagi relevan, adil dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, dia berpendapat kadar bayaran yang dikenakan bagi kos penghantaran ke Sabah dan Sarawak ini sepatutnya dimansuhkan dan berharap agar seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat yang sama dan adil antara satu sama lain.
Bagaimanapun, dia juga turut mengakui untuk melaksanakan perkara sedemikian bukan satu hal yang mudah kerana tidak dinafikan kos perbelanjaan bagi penghantaran ke negeri berkenaan sememangnya agak tinggi.
Jadi sudah pasti ia sukar untuk dilaksanakan, oleh kerana para peniaga tempatan akan berdepan dengan pelbagai masalah serta cabaran yang besar dalam dunia perniagaan pada masa akan datang.
Maka dengan itu, dia mengharapkan agar ada pihak yang bertanggungjawab untuk peka dengan permasalahan ini dan menangani dengan segera supaya nasib masyarakat penduduk di Sabah & Sarawak lebih terbela.
Jadi, bagaimana pula dengan pendapat anda sebagai rakyat Malaysia yang tercinta? Adakah anda merasakan budaya seperti ini harus dimansuhkan? Tetapi, apa-apa pun setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan yang tersendiri, bak kata pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Karpet baru beli, Tiba-tiba boleh pulak kan anak atau tetamu yang datang jatuhkan makanan atas karpet kita. ADUH! sakitnya mata, Hati apa lagi kan. Terus gulung atau lipat karpet untuk dihantar dobi. Kak, Dobi karpet bukan murah tau.
HABIS, MACAM MANA NAK BERSIHKAN?
Boleh cuba 6 cara paling mudah dan tak perlukan RINGGIT yang banyak untuk penyelesaian.
1. Kesan air tertumpah
Kopi, Milo dan pelbagai lagi air yang berwarna gelap, akan meninggalkan kesan apabila tertumpah atas karpet. Nak-nak karpet yag berwarna cerah.
Kebiasaannya apa yang akan anda lakukan? ambil kain kering dan tekap pada bahagian yang tertumpah tadi kemudian dilap dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih kan. TAPI MASIH ADA KESAN KOTORAN. Betul tak?
LAIN KALI CUBA CARA INI.
1.Ambil kain bersih dan tekap kawasan air tumpah tadi separuh kering.
2. Campurkan 2 bahagian pencuci fabrik yang tiada peluntur dengan 2 bahagian air.
3. Kacau rata dan letakkan campuran pada bahagian air yang telah tumpah.
4. Tutup kotoran dengan sehelai baju t-shirt dan iron sampai air cucian tadi hampir kering
2. Bulu haiwan
Gunakan Squeegee sebelum anda vacuum karpet.
3. Shag rug
Shag rug atau karpet yang berbulu ni memang suka memerangkap habuk. Lagi tebal shag rug anda, lebih banyak lah habuk yang terperangkap. Vacuum sahaja tidak mencukupi.
Caranya, anda perlu menggunakan lint roller pada keseluruhan permukaan carpet. Kemudian lipat dua dan vacuum bahagian bawah karpet by part. Tak perlulah terbalikkan semua. Penat nanti.
4. Chewing gum
Ni kotoran paling degil nak-nak bila dah terpijak, lagi susah untuk tanggalkan. Caranya, adalah anda hanya perlu gunakan ketulan ais dan biarkan selama 5-10 minit atau sehingga chewing gum tadi mengeras. Bila dah keras, baru lah mudah untuk anda tanggalkan.
5. Minyak dan kotoran degil yang lain
Campurkan 1 bahagian baking soda, 1 bahagian sabun pencuci pinggan dan 1/2 bahagian cuka masakan. Kacau rata dan aliskan pada kawasan kotoran. Gosok atau sental pada mood perlahan sahaja. kemudian bilas dengan kain yang telah dibasahkan dengan air bersih.
6. Hilang kesan lekuk pada karpet
Bila kita letak perabut atau apa-apa benda berat atas karpet dalam tempoh yang lama, Sudah pasti ia akan meninggalkan kesan lekuk akibat tekanan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan ketulan ais pada kesan lekukan karpet dan guna garfu sikat bahagian tadi untuk naikkan semula karpet yang tenggelam tadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih ramai yang kat luar sana yang keliru bila nak pilih warna lampu dalam kediaman masing-masing. Sebab korang ingat lampu semuanya berwarna putih dan terang sahaja. Sebenarnya silap!
3 JENIS LAMPU YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MENENTUKAN YANG TEPAT UNTUK RUMAH ANDA.
Warm White
Cool White
Daylight
Apa pula fungsi lampu berikut mengikut ruang? Pastinya korang perlu ambil tahu.
Warm White: warna yang agak kekuningan ini sesuai untuk ruang laluan, porch, anjung, patio dan sudut dalam kediaman. Ia akan memberi rasa tenang dan romantik dengan semulajadi.
Cool White: Biasan warna cahaya yang lebih terang dan jelas daripada warm white ia lebih sesuai dipasang dan digayakan dalam ruang tamu yang inginkan susana lebih formal tetapi agak santai dalam masa yang sama, ia juga sesuai bagi pengemar yang kurang akan cahaya yang terlalu terang dalam sesebuah ruang dalam rumah.
Daylight: Pemilihan lampu jenis ini sesuai untuk ruang makan atau dapur dan kerja yang inginkan cahaya yang terang untuk fokus pada kerja yang sedang dilakukan. Tetapi ada juga pemilik yang gemarkan lampu jenis ini dipasang pada ruang peribadi mereka. Ini terpulang pada kegunaan dan keselesaan pemilik kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.