Tidak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Aidilifitri, jadi pasti ramai yang mahu menukar warna cat dinding rumah yang baharu. Bagi anda yang ingin menukar warna cat dinding rumah sendiri, tidak perlu lagi menggunakan cara lama untuk melakukannya.
Jika sebelum ini, anda masih mengecat dinding rumah dengan menggunakan alatan berus cat jenis ‘Roller’ tetapi kini sudah ada cara yang lebih mudah boleh anda lakukan.
Apa kata anda menggunakan mesin penyembur cat seperti ini untuk mengecat dinding di rumah anda. Penggunaan mesin penyembur cat ini bukan sahaja memudahkan kerja mengecat anda, tetapi ia juga membolehkan anda mendapatkan hasil cat yang lebih sempurna dan cantik.
Bukan itu sahaja, dengan menggunakan mesin penyembur cat ini juga, ketebalan warna cat pada permukaan dinding akan lebih sekata berbanding dengan penggunaan alat ‘Roller’ dan ia sememangnya amat mudah untuk dikendalikan.
Ads
Dari segi harganya pula, tidak begitu mahal dan sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan mesin penyembur cat ini dengan harga anggaran sekitar RM63.90 sehingga RM89.90 sahaja.
Jika anda mahu memiliki mesin penyembur cat ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ads
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ruang yang cantik sudah pasti mampu membeli jiwa sesiapa yang memandang. Pelbagai ragam dan idea boleh disatukan dengan mesra jika kena dengan caranya.
Moden Kontemporari
Konsep ini sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan gaya moden kontemporari ini dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia juga boleh disuntik pada perabot, kemasan mahupun dinding tumpu. Gunakan perabot dengan reka bentuk sleek dan ringkas. Suntikan elemen seperti retro, vintaj atau klasik pada ciri pilihan anda tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pilihan perabot. Teknik pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood serta suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.
Shabby Chic
Gaya Shabby Chic yang mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep shabby chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik. Konsep ini memberikan rasa yang lebih selesa bagi penggunjung yang bertandang pada hari raya. Pemilihan set perabot yang lebih selesa dengan kemasan lembut yang sepadan dengan tema ini membuatkan penataan ini jadi pilihan ramai pemilik wanita.
Glamor
Gaya Glam, pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan dalam konsep penata glamor amat sinonim. Perincian yang glamor mampu menampakkan gaya yang gah serta menyerlah dengan suntikan simple tetapi mewah. Konsep praktikal masih di ketengahkan dalam sentuhan ini. Pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini. Sambutan raya akan lebih berseri dan meriah dengan cita rasa Glamor ini.
Industri
Konsep Industri ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan, kerana ada yang menggangap ia adalah konsep yang separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal di bandar dan membesar dalam gaya serba moden menggangap konsep rekaan ini sesuatu yang menarik dan berani.Sebaliknya konsep ini adalah satu konsep yang lebih santai dan terbuka. Pemilihan kemasan yang agak ringkas dengan warna gelap menjadi pilihan utama dalam konsep ini. Besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yang menarik untuk sentuhan industri. Ruang tamu dengan pemilihan ini pastinya mengundang tetamu lebih selesa berhari raya.
Scandinavian
Konsep dekorasi yang berpaksikan dengan gaya Scandinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yang lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yang datang bertandang akan menikmati rasa santai yang berpanjangan tatkala berada dalam ruang tamu yang cukup luas ini. Susun atur raya akan lebih sempurna dengan ruang tamu yang lebih terbuka dan luas.
Rustik
Idea rustik bersifat lama atau old school, mampu memberi nafas yang anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustik moden.
Pinggan mangkuk yang dah lama dan kerap di pakai mesti mempunyai kesan kerak terutamanya di bahagian dalam. Cawan yang digunakan untuk hidang air kopi dan teh pun tidak terkecuali akan berkerak walaupun cawan tu mahal. Kebiasaanya, untuk hilangkan kerak dalam cawan dan pinggan mangkuk tu cara paling mudah adalah dengan menggunakan peluntur. Tapi bahan tersebut sangat bahaya kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan baik.
Ada lagi satu cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kerak tersebut.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan kacau rata
2. Basuh cawan dan pinggan mangkuk mengunkan bancuhan tadi dan bilas seperti biasa
Tip: Untuk kerak yang degil, rendam cawan atau pinggan mangkuk tersebut semalaman di dalam air yang telah dibancuh dengan pati cucian tadi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai jenis atau material untuk wainscoting. Tapi, jenis yang paling murah dan mudah untuk anda DIY sendiri adalah dari jenis kayu yang mudah didapati. Kebiasaannya, kedai-kedai hardware besar jual pelbagai saiz dan bentuk pada harga serendah RM 5. Tapi, kayu sahaja tak cukup ada beberapa perkakas lain yang anda pelukan.
norhana yusuf. berkongsi kelengkapan yang diperlukan untuk menghasilkan dinding wainscoting.
Assalamualaikum, Seperti yang saya janjikan untuk semua yang bertanya. Antara barang dan peralatan yang boleh digunakan (saya tulis “boleh digunakan” sebab ada 1 BARANG saya tak guna tapi dah siap beli & tak mahir pakai) dalam proses DIY wainscoting ni. kos saya agak murah sikit sebab saya tak perlu beli cat dinding tu lagi, pakai apa ada je.Gambar berus cat & simen putih atau filler tak ade dalam ni sebab dah buang.Filler gunanya untuk touch up bahagian hujung cantuman kayu yang kurang kemas atau ada ruang antara cantuman kayu sebelum kemaskan dengan cat.
1. Peralatan menukang yang boleh digunakan. Gam atau silicon tu saya dah terbeli dan pakai untuk kayu yang pertama saya lekat di dinding. Oleh kerana tak reti pakai, dinding jadi comot. Siap ada cat terkopek. Akhirnya saya pakai paku sahaja
2. Cat dinding ikut keperluan dan tema yang diimpikan
3. Cat kayu untuk dialis pada bingkai wainscoting
4. Paku kayu yang halus 2 inci digunakan untuk mengukuhkan kayu wainscoting
5.saiz kayu yang digunakan untuk buat wainscoting adalah seperti berikut
– CW0045N9 nyatoh timber strip.jenis tebal sikit. Harga RM10.35 sebatang tanpa GST
– CW0017N8 nyatoh timber strip.sebatang RM5.60 tanpa GST
Contoh potongan kayu. Kayu perlu dicat dan kering kan sebelum dipotong mahupun paku kat dinding. Selepas dipaku, wainscoting perlu di touch up dengan filler pada bagian cantuman berongga dan cat untuk menutup cela. Guna berus watercolor untuk tujuan touch up cat untuk nampak kemas.
Untuk bahagian pembahagi atau bolder,Double Kan sahaja kayu wainscoting
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.