Sekiranya anda sedang menghias bilik anak-anak dan mahukan sesuatu yang lebih unik, anda disarankan untuk mengunakan pengikat langsir yang comel ini.
Pengikat langsir ini sememangnya tampak sangat unik kerana ia datangkan dengan pelbagai bentuk haiwan yang sangat comel seperti beruang, musang, harimau, zirafah dan banyak lagi.
Dengan pelbagai warna serta reka bentuk yang comel dan menarik, sudah pasti ia akan menambat dan membuatkan hati anak-anak anda berasa ceria keriangan.
Jadi, pengikat langsir ini sememangnya amat sesuai dan boleh dijadikan sebagai pelengkap aksesori bilik anak-anak anda yang pastinya!
Ads
Bukan itu sahaja, harga yang dijual adalah sangat berpatutan serendah dari RM35 sahaja untuk sepasang pengikat langsir yang comel ini.
Ads
Sekiranya anda mahu mendapatkan pengikat langsir sama yang seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Adakah anda masih tercari-cari idea renovasi untuk ruang dapur yang menarik? Jika benar, ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan anda semua.
Ada beberapa idea renovasi yang menarik untuk ruang dapur di rumah anda yang boleh dijadikan sebagai panduan atau pun sumber inspirasi.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan idea renovasi menarik untuk ruang dapur yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi.
Sekiranya anda mempunyai saiz keluasan ruang dapur yang luar, amat digalakan untuk melakukan renovasi ini bagi mendapatkan ruang memasak yang begitu selesa.
Selain itu, aliran pengudaraan yang baik adalah sangat penting untuk ruang dapur atau memasak. Ini kerana, aliran pengudaraan yang baik dapat memberi keselesaan ketika memasak selain bau-bauan tidak menyenangkan terperangkap dalam rumah.
Sumber: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bila bercakap soal warna, kita bagaikan dipukau dengan pelbagai contoh yang ada. Malah ramai juga terpengaruh dengan paparan iklan atau jiran sebelah menyebelah. Jika boleh mahu sama atau lebih dramatik daripada mereka. Namun persoalannya adakah warna yang dipilih itu sesuai untuk anda atau sekadar tempelan belaka? Jadi bagaimana helah memilih warna yang sesuai dengan diri anda dan kediamannya? 5 gosip panas diperolehi daripada pereka…
Kisah Cahaya Matahari Menerobos Masuk Ke Rumah
Lihat cahaya semula jadi ruang kediaman anda. Adakah malap kerana tidak menghala terus ke simbahan cahaya matahari atau terang benderang terutama di waktu pagi mahu pun petang? Ini penting kerana ia mempengaruhi karakter warna yang bakal anda pilih. Agar seimbang, selesa malah menyerlahkan pula pilihan tata hias anda.
Pernah saya ditanya, bolehkah kita memilih warna ruang kediaman berdasarkan warna kegemaran kita. Bayangkan jika warna kegemaran kita ungu kelam dan coklat sawo matang. Dikenakan pula pada ruang makan yang tidak dapat cahaya matahari yang cukup. Terbukakah selera anda untuk makan di situ dengan dikelilingi rona yang begitu berkecamuk dan tidak keruan? Jika seleranya masih terbuka syukurlah..bagaimana ruang kelihatan sugul, ‘kotor’ dan membuat kita resah?Lebih memburukkan keadaan, suami makan di sebelah pun kita tak perasan . Masakan tidak, semua dah teradun sama dengan warna kerusi makan , dinding belakang dan warna kulitnya…yang nampak hanya gigi jer….
Bayangkan ruang kediaman anda diterangi mentari petang, ruang akan menjadi panas dan anda pula jenis orang yang panas badan terutama apabila pulang dari kerja? Pasti tidak keruan dan tidak amali dengan gaya hidup anda bukan? Manakala segala kemasan lembut anda berwarna merah cili dan jingga. Malah dindingnya diwarnakan dengan rona terang gemilang juga. Tidakkah anda rasa seperti di dalam ketuhar?
Carilah warna yang sejuk, yang selalu digunakan oleh produk spa. Warna segar dan mampu memberi rasa nyaman apabila melihatnya. Kita sewajarnya menyesuai warna yang sesuai untuk semua kelengkapan rumah. Bukan berimaginasi tanpa melihat realitinya. Bukan apa kelak kita juga yang rugi dan sakit hati. Tambah pula jika jiran yang ‘kepoh’ datang bertandang. Mulalah dia mengata itu ii serba tak kena macam pakar warna antarabangsa lagaknya.
Bagaimana pula jika kediaman anda terlindung dek blok depan dan kelam sentiasa? Apa usaha kita dalam menjadikan suasana lebih cerah dan menyalurkan tenaga positif? Anda boleh memilih warna terang. Tetapi wajarkah mewarna setiap kamar dengan warna berbeza? Nanti orang kata tadika pula.
Jadi cari kertas dinding yang mempunyai corak meriah warna. Flora, geometri, belang atau panorama. Pilihlah yg mana sesuai. Tidak perlulah sampai kesemua dinding. Cukup feature wall sahaja. Manakala rona lain cukup diwarnakan dengan rona asas seperti kuning krim , putih magnolia atau putih gading yang cerah dan selamat. Jadi terang dan kena pada ruangnya. Kita jangan lupa warna selalunya akan lebih hidup jiak terkena pancaran cahaya yang cantik dan menarik. Sama ada pencahayaan semula jadi atau tiruan, kita perlu bijak menangani perkara ini agar ruang nampak terancang dengan cukup rapi dan memberi manfaat kepada kita.
Untuk mengetahu gossip berikutnya tunggu esok ya…..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang telah membuat pembiayaan pinjaman pembelian rumah bersama pihak bank khususnya, sudah pasti pernah mendengar dengan terma takaful pembiayaan rumah Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT).
Tetapi bagi anda yang belum atau tidak mengetahui secara mendalam mengenai kedua-dua terma ini, secara ringkasnya ia merupakan satu pelan perlindungan pembiayaan pinjaman perumahan kepada para peminjam.
Melihat kedua-dua aspek terma takaful pembiayaan ini meski ia dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza. Jadi, tidak dinafikan ia mungkin telah menjadi persoalan di kalangan anda sejauh mana MRTT dan MLTT ini boleh melindungi pembiayaan pinjaman perumahan anda.
Dalam episod Tour Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘MRTT & MLTT Lindung Nilai Pembiayaan Perumahan‘ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Haji Ismail Abdul Ghani, selaku Pengarah Pengguna Negeri Central 2, Bank Islam, Selangor 2.
Ketika sesi temu bual perbincangan tersebut dijalankan, Encik Haji Ismail menjelaskan terma insurans MRTT dan MLTT ini adalah merupakan salah satu pelan perlindungan yang disediakan oleh pihak bank kepada para peminjam hartanah khususnya.
“Untuk pengetahuan semua, MRTT atau MLTT adalah merupakan pelan yang menyediakan perlindungan kepada para pelanggan yang mengambil pembiayaan hartanah.
“Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal, jadi MRTT dan MLTT ini yang akan bantu untuk menlangsaikan baki hutang peminjam tersebut.
“Tetapi, jika peminjam tersebut yang mungkin tidak mengambil pelan perlindungan MRTT atau MLTT ini, masalah yang akan berlaku adalah waris akan dibebani dengan pembayaran hutang pinjaman rumah tersebut,” katanya.
Maklumnya lagi, bebanan hutang yang ditinggalkan kepada waris ini akan menyebabkan satu bebanan dan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh si waris.
Jika anda mahu mengetahui perbincangan selanjutnya mengenai terma insurans pembiayaan rumah MRTT dan MLTT, anda boleh menonton episod penuh dibawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA. .
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.