Tanaman herba bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menghalau nyamuk, tetapi ia juga dapat mengelakkan kehadiran serangga perosak yang mengganggu tumbesaran tanaman anda. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini mampu menghalau serangga perosak daripada singgah ke taman anda. Elak guna racun serangga, ayuh tanam tumbuhan ini!

  1. Allium tuberosum dikenali sebagai kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah2. Mentha spicata atau pudina hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah3. Petunia spp. Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.

Ads

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah

Ads
  1. Amaranth spinosus atau Bayam Duri adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah4. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

Ads

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah5. Coriandrum sativum atau lebih dikenali sebagai ketumbar, tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

Tanam 5 Pokok Herba Ini Mampu Halang Serangga Perosak Dan Nyamuk Di Rumah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI