Bunga matahari, antara jenis pokok berbunga yang jarang diminati untuk dijadikan sebagai tanaman di laman kerana kitaran usia nya hanya 2-3 bulan sahaja. Selesai ebrbunga pokok akan mati. Tapi ada cara untuk pastikan pokok matahari anda sentiasa berbunga silih ganti. Penjual biji benih bunga matahari Mohd Shaifful ada caranya:
Cara tanam :
Langkah 1 :
Dapatkan biji benih bunga matahari . Pilih lah benih yang di jual bermutu tinggi yang siap di gaul racun kulat. Jika anda dapat dari kawan pastikan benih dijemur kering.Tujuannya ialah untuk membunuh kulat dan bakteria yang ada pada biji bunga matahari.
Langkah 2 :
Untuk penyemaian pula, memerlukan tanah sebagai media tanaman. Pilih tanah yang gembur dan sebaik-baiknya yang telah dicampur dengan baja kompos. Seperti tanah organik. Siram tanah sebelum semai.
Benih boleh di semai terus dalam pasu, polybeg,bekas . Untuk lebih mudah dikendalikan. Semai benih dalam tray semaian atau bekas. Tekan benih yg hujung tajam nya menghadap ke bawah. Tekan sehingga benih tengelam.
Langkah 3 :
Setelah anak benih tumbuh setinggi sekitar 4cm hingga 6cm dengan 6 helai daun, barulah dipindahkan ke dalam pasu besar yang mengandungi tanah gembur tadi atau boleh juga ditanam terus ka atas tanah. TIP PENTING. Pastikan tanah yang digunakan betul2 subur dan pokok di baja 2kali sebulan supaya bunga terbentuk sempurna dengan kelopak penuh dan tidak jarang2.
Jika ditanam di atas batas,jarakkan satu anak benih dengan anak benih yang lain.Tujuannya supaya anak-anak pokok tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh dengan subur.
Langkah 4 :
Selepas alih anak pokok ke dalam pasu. Letak tempat redup sementara waktu untuk pokok pulih dari kejutan semasa dipindahkan. Selepas itu letak anak pokok di bawah sinaran matahari. Baja 2minggu sekali. Siram 2kali sehari pagi dan petang.
Langkah 5:
Kawalan perosak. Belalang ,beluncas dan siput merupakan musuh utama pokok bunga matahari. Jika ada serangan. Boleh guna racun brogard untuk atasi serangan belalang dan beluncas. Guna racun sipu jika ada serangan.
Langkah 6:
Bunga matahari biasanya berbunga ketika sudah mencapai usia lebih kurang dua bulan. Benih yang kami jual 50hari sudah mula berbunga. BESARNYA CIPTAAN ALLAH semua pokok bunga matahari akan menghadap ke arah sumber cahaya matahari pagi ketika berbunga.
Selepas kira-kira 3 bulan pula, biasanya tunas cabang bunga baru mulai tumbuh pada pokok.
Langkah 7 :
Selepas bunga menjadi kering. Boleh lah cantas dan asingkan benih dari bunganya. Beratus benih baru sedia untuk di simpan dan di tanam. Pastikan benih di keringkan sebelum di simpan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI