Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan dan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di hotel penginapan Temple Tree Resort ini yang terletak di sekitar kawasan Pantai Cenang, Pulau Langkawi.
Jadi oleh itu, IMPIANA ingin berkongsi kesemua pengalaman menarik selama 3 hari 2 malam di hotel penginapan tersebut bersama pengikut setia IMPIANA.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan binaan bangunan telah mula dibina sekitar pada tahun 2008.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang kepada para pelancong.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kira-kira hampir dalam 2 jam perjalanan menaiki kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, IMPIANA telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kemudian terus menuju pergi ke Temple Tree Resort.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke lokasi hotel penginapan adalah sangat dekat dan hanya mengambil masa sekitar dalam 15 hingga 20 minit untuk sampai. Sejurus tiba di Temple Tree Resort, seperti biasa kena daftar masuk dahulu sebelum masuk ke bilik hotel.
Ads
Setelah itu, ketika dalam perjalanan dari kaunter ‘reception’ ke bilik penginapan anda akan terlihat sebuah kolam renang yang tersergam indah di pintu masuk utama kawasan penginapan tersebut.
Ketika keberadaan IMPIANA di Temple Tree Resort, IMPIANA telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di salah sebuah bilik di Colanial House. Tidak dapat disangkalkan lagi, Colonial House ini sememangnya kelihatan tampak cantik dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Ini kerana, struktur luar dan dalaman bangunan Colonial House didatangkan istimewa dari bandar George Town, Pulau Pinang dan dibina semula di kawasan penginapan Temple Tree Resort. Untuk pengetahuan anda, Colonial House merupakan sebuah rumah tradisi lama yang sudah berusia lebih 100 tahun. Menarik kan?
Ads
Kalau luar bangunan rumah sahaja pun sudah kelihatan sangat begitu cantik ketika waktu siang mahupun malam, jadi sudah semestinya ruang dalaman rumah tradisi lama ini juga tampak unik dan menakjubkan.
Bagi konsep ruang dalaman rumah tradisi lama ini pula masih lagi mengekalkan sentuhan elemen kombinasi budaya daripada Peranakan dan juga Eropah.
Secara konklusinya, IMPIANA memang berasa sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh Temple Tree Resort kepada para pelancong. Boleh kata semua tip-top dan terbaik!
Ads
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Di samping itu, anda juga boleh saksikan video penuh momen pengalaman IMPIANA di Temple Tree Resort pada pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang!
Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja.
Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mungkin sebelum ini, ada di kalangan anda yang pernah membuang ‘extension cord’ apabila ia sudah rosak dan tidak lagi boleh diguna pakai. Tambahan pula, masalah kerosakan pada ‘extension cord’ tidak dapat dikenal pasti sudah pasti ada yang terus sahaja membuangnya ke tong sampah.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara mudah untuk membaiki ‘extension cord’ yang telah rosak. Jadi, jika anda mempunyai peralatan eletrik tersebut yang telah pun rosak, anda masih boleh membaikinya dengan cara yang sangat mudah.
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk membaiki ‘extension cord’.
Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mengenal pasti masalah kerosakan pada ‘extension cord’ anda. Kebiasaannya peralatan elektrik ini rosak berkemungkinan oleh kerana masalah ‘Life Wire’ putus atau longgar.
Kedua, peralatan yang diperlukan untuk membaikinya adalah menggunakan ‘Test Pen’ yang berfungsi untuk mengenal pasti arus elektrik peralatan elektrik dalam keadaan baik atau pun tidak.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaiki ‘extension cord’ ini, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan amaran Cuaca Panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia selama tiga hari berturut-turut.
Dek cuaca panas, bil elektrik juga dijangka naik mendadak berikutan penggunaan alat pendingin hawa yang kerap sepanjang musim cuaca panas ini.
Cuaca Panas Lebih 32 Darjah Celsius, 5 Tip Jimat Elektrik Terutama Guna ‘Aircond’
Mengambil kira hal ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini pernah berkongsi beberapa tips kepada pengguna mengenai penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh peningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.
Cuaca Panas Lebih 32 Darjah Celsius, 5 Tip Jimat Elektrik Terutama Guna ‘Aircond’
TNB melalui kenyataan memaklumkan, antara langkah penjimatan yang boleh diambil oleh pengguna adalah meminimumkan penggunaan elektrik di ruang tamu, luar rumah, bilik tidur, dapur dan bilik mandi.
1. Mematikan suis peralatan elektrik
Antara amalan penjimatan elektrik yang mudah dilakukan di ruang tamu dan luar rumah adalah mematikan penyaman udara, kipas serta lampu di dalam bilik yang kosong. Selain itu, mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.
2. Hidupkan kipas
Di bilik tidur, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik pada waktu malam dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan bagi menjimatkan penggunaan elektrik selain kerap diselenggara.
3. Elakkan meletak peti sejuk di tempat yang panas
Di bahagian dapur, elakkan meletak petis sejuk di tempat yang panas seperti tempat terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak dan susunkan barang-barang di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan ia untuk membiarkan pengudaraan udara sejuk.
4. Mandi Guna Air Sejuk
Elakkan juga suis alat pemanas air di dalam bilik mandi terbuka tanpa digunakan. Selain itu, mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air bagi membantu badan terasa lebih segar. Saranan TNB tersebut merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
5. Guna Meter Pintar
Tambahnya, pengguna digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang atau melalui portal dan aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik secara langsung.
Jadi, selepas ini cuba amalkan tip-tip yang telah diberikan oleh TNB ini dan sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang penggunaan elektrik dengan berjimat cermat boleh layari portal TNB di www.mytnb.com.my.
* Menurut METMalaysia, kawasan berkenaan termasuklah (Larut & Matang) Perak, (Gombak dan Petaling) Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan (Maran) Pahang. Difahamkan, suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius di lokasi berkenaan.Stay home, stay safe!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.