IMPIANA bawakan tip memilih barang dekor yang perlu ada di ruang tamu anda. Ruang tamu adalah ruang yang paling utama dalam rumah, ruang ni kalau tak cantik dan salah hias tiada seri la rumah tu. Pemilihan perabot dan perhiasan lain memang la sangat penting. Bukan boleh main letak sahaja. Ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.
Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!
Jadi, macam mana caranya untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.
Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, IMPIANA sajikan tip memilih barang dekor untuk ruang tamu anda.
Ads
1) Sofa
Kalau ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah. Boleh pilih jenis dan material yang berbeza untuk memberikan keunikan pada ruang tamu. Untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli kain penutup dan/atau bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).
2) Lampu Siling/Berdiri
Jika ruang tamu kecil, 1 lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, pilihlah beberapa jenis lampu yang lebih besar. Ada meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi? Letakkan lampu di situ sebagai ganti.
3) Kipas
Kalau rasa kipas biasa membosankan dan tak sesuai dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk (seperti 2 bilah saja!) dan warna unik.
Tentukan dulu saiz serta jumlah bilah kipas siling yang diperlukan, kerana pilihan yang salah tak akan memberikan aliran udara yang betul.
Ads
4) Meja Kopi
Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.
Nak menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu? Lihatlah pada sofa yang anda miliki. Contohnya: Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.
5) Kabinet TV
Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.
Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk dan fungsi yang praktikal, serta padan dengan warna perabot lain di ruang tamu.
6) Cermin
Boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.
Ads
7) Karya Seni
Ketika memilih karya seni, lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar. Sekiranya mempunyai lukisan atau cetakan yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.
Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka. Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain. Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias!
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya.
Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu.
Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.
Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.
Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?
Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bila musim hujan je, mesti nyamuk banyak dalam rumah. Tahu tak kenapa? Ia disebabkan oleh kawasan persembunyian nyamuk seperti rumput dan celah dahun basah. Hari-hari kena sembur penyembur nyamuk. Tapi, bila dah hari-hari, dah jadi bahaya pula kepada kesihatan bila anda menggunkan semburan yang mempunyai kandungan kimia.
Selain gunakan semburan nyamuk yang anda beli di pasaran apa kata kali ni kita cuba beberapa kaedah organik atau mesra alam. Antara yang boleh anda lakukan adalah seperti:
1. Serbuk kopi
aburkan serbuk kopi ke dalam kawasan atau tempat yang menakung air. Telur-telur nyamuk yang telah dilepaskan di dalam air akan timbul ke permukaan. Apa bila terdedah kepada oxygen, telur-telur nyamuk tadi akan tercemar dan mati sebelum sempat menetas.
2. Bawang putih
Hancurkan beberapa labu bawang putih bersama kulitnya. Kemudian rebus bawang putih tersebut bersama air untuk beberapa minit. Apabila air rebusan bawang putih tadi dah sejuk sepenuhnya, tapis dan semburkan di sekeliling dan penjuru kediaman. Aroma bawang putih tersebut tidak digemari dan akan membunuh nyamuk. Untuk elak anda di gigit nyamuk, amalkan untuk makan 3 ulas bawang putih setiap hari.
3. Perangkap nyamuk
Selain menggunakan perangkap nyamuk yang terdapat di pasaran, anda boleh cuba DIY sendiri dengan menggunkan 2 bahan mudah iaitu botol dan yis. Nak tahu cara buat perangkap nyamuk [klik sini]
4. Tanaman pencegah nyamuk
Tanaman herba bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menghalau nyamuk, tetapi ia juga dapat mengelakkan kehadiran serangga perosak yang mengganggu tumbesaran tanaman anda. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini mampu menghalau serangga perosak daripada singgah ke taman anda. Nak tahu jenis tanaman yang sesuai [klik sini]
5. Kulit durian
Alan-alang dah beli durian mahal-mahal tu, apa kata kita guna sebaik mungkin. Ini antara kegunaan kulit durian yang rugi kalau anda tak cuba. Nak tahu macam mana kulit durian mampu mencegah nyamuk di dalam kediaman anda [klik sini)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seterika adalah alatan yang dapat membuatkan kita setiap hari kelihatan segak atau cantik. Dengan adanya seterika, ia dapat menampakkan pakaian kita serba kesempurnaan. Jadi, disebabkan itu jugalah, dalam pemilihan seterika juga penting ya. Sekali kita salah pilih, ia boleh mengakibat bermacam perkara. Sebagai contoh, seterika itu cepat rosak atau tiba-tiba meletup ke atau juga boleh jadi, seterika itu atas masalah dalamannya. Kita tahu kan? Haaa. Jadi sebab itu lah hari ini saya akan bagitahu apakah tips nak pilih seterika yang bagus dan baik untuk anda.
SETERIKA BERWAP ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK
Seterika berwap atau dipanggil steam iron ini lebih bagus fungsinya berbanding dengan seterika biasa. Ini kerana apabila menggunakannya atau menggosok baju, ia mampu menggosok kedua-dua belah bahagian. Contohlah, kita gosok bahagian lengan kanan, di hadapan tapi bila guna steam iron ini, ia akan gosok sekali depan dan hadapan permukaan lengan kanan pakaian kita. Haa gituu.
LOGO SIRIM DAN LOGO 5 BINTANG SURUHANJAYA TENAGA WAJIB ADA
Ini paling penting sekali, pastikan ada logo sirim. Sekurang-kurangnya, jika ada logo sirim, kit sudah yakin yang seterika tersebuh seterika yang dipercayai dan disahkan bagus dan selamat untuk digunakan. Begitu juga dengan logo 5 bintang suruhanjaya tenaga itu, kalau ada logo itu, ia bermakna seterika anda akan kurang menggunakan tenaga elektrik. Dan di situ kita dah jimatkan elektrik.
Dan yang terakhir sekali dalam tips memilih seterika yang baik adalah,
DIBUAT DARI BESI YANG TAHAN KARAT
Ini perkara yang logik akal lah atau kita kata “common sense” dalam diri. Kita nak pakai lama kan? Jadi lebih baik beli besi yang mampu tahan karat. Cuba bayangkan baru 1-2 dah karat. Lepas itu dah kena beli baru. Dekat situ dah terjadi pembaziran duit.
Jadi, itu sahajalah perkongsian saya tentang tips memilih seterika yang terbaik. Pastikan anda yang membeli seterika nanti, jangan salah pilih lagi ya!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.