Siapa sahaja yang suka atau berasa gembira jika barangan elektrik kelengkapan rumah seperti mesin basuh pakaian yang dibeli cepat rosak dan jangka hayatnya tidak tahan lama, betul tak?
Baru-baru ini, ada seorang wargamaya yang pernah menceburi bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan pembinaan telah berkongsi tip bagaimana untuk menjaga mesin basuh pakaian supaya jangka hayatnya lebih tahan lama.
Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana caranya, boleh mengikuti tip dan kaedah yang perlu anda lakukan seperti yang tertera di bawah:
1. Jangan bebankan mesin basuh dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Kalau boleh, ikut saranan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin tersebut.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna sebab risau jika terlalu lama mesin basuh berada dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Maka oleh itu, selepas habis menggunakan mesin, sebaiknya suis soket ditutup.
3. Dalam sebulan sekali masukkan air panas kira-kira selepas 5 minit dijerang kedalam tub mesin. Kemudian, ON kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Ini bagi mengelakkan tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, anda gunakan spanar kemudian tegangkan dibahagian bawah mesin. Jika anda tidak mahir, maka upahlah sesiapa yang lebih mahir untuk membaikinya. Kos upah biasanya sekitar dalam RM10-20 sahaja.
5. Andai kata aliran air masuk mesin basuh semakin perlahan, sila buka bahagian paip air masuk, berkemungkinan filter anda mungkin sudah tersumbat.
6. Jika aliran air masuk okey tetapi air tidak keluar bermakna valve buang air tersekat atau mungkin tersangkut dengan objek keras seperti duit syiling dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda semua, dan diharapkan anda lebih cermat menggunakan peralatan elektrik supaya dapat memanjangkan lagi jangka hayat peralatan tersebut untuk diguna pakai.
Kredit: Facebook Ridzuan Alfattani
ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Tidak Pernah Cuci Mesin Basuh, Kain Baju Yang Dicuci Akan Berbau Hapak!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Mustahil Untuk Tanam Bunga Tulip Dalam Rumah? Kini Tidak Lagi!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI