Sekiranya anda biarkan jentik-jentik terus membiak di sekitar rumah anda, maka risiko untuk penyakit demam berdarah dan denggi akan meningkat. Kriteria tempat yang gemar bagi jentik-jentik membiak adalah tempat yang gelap, tempat longgokan sampah, takungan air dan kawasan yang lembab.
Jentik-jentik harus segera dibasmi untuk mengurangkan risiko penyakit demam berdarah dan denggi. Selain membersihkan tempat tinggal anda dan menutup takungan air, anda juga harus melakukan pembasmian terhadap jentik-jentik secara drastik. IMPIANA akan memberikan anda trick untuk membasmi jentik-jentik di berbagai tempat dengan bahan-bahan khusus.
Cara Membasmi Jentik-jentik
Tahukah anda bahawa jentik-jentik selalu berada di takungan air yang tidak tertutup. Misalnya, anda meletakkan barang terbuang di depan rumah dan air hujan bertakung pada barang terbuang tersebut. Takungan air di dalam barang terbuang berpotensi menjadi tempat membiak jentik-jentik.
Ads
IKAN GUPPY
Tidak semua ikan suka memakan jentik-jentik. Namun, ikan guppy sangat menyukai jentik-jentik. Anda boleh meletakkan ikan gapi di buyung dan kolam ikan anda. Ikan guppy akan membasmi jentik-jentik yang berada di air.
Ads
DAUN SIREH
Segenggam daun sireh muda direbus dengan 1 liter air. Rebus daun sireh sehingga layu dan sejukkan air rebusannya selama beberapa minit. Setelah air rebusan sireh ini sejuk, tuangkan air rebusan sirih ke dalam kolam mandi. Daun sirih dapat menjadi antiseptik alami untuk membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi anda.
Ads
GARAM KASAR
Percayakah anda bahawa garam kasar boleh digunakan untuk membasmi jentik-jentik yang sudah membiak banyak? Garam kasar yang hendak digunakan harus dicuci terlebih dahulu. Setelah itu, jemur garam sampai kering, lalu tumbuk sampai halus. Taburkan serbuk garam ini ke koalm mandi atau kolam ikan. Dijamin, jentik-jentik yang berada di dalam air akan terus mati dengan segera kerana garam kasar memiliki tahap kemasinan yang sangat tinggi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penggunaan karpet pada ruang tamu semestinya mencantikkan lagi suasana, di samping memberi keselesaan pada kita yang berjalan atau duduk di atasnya.
Tapi satu hal yang memeningkan adalah apabila karpet dicemari dengan pelbagai tumpahan makanan atau kesan kotoran. Tambahan pula jika karpet berwarna cerah. Selalunya kita akan akan hantar ke dobi saja untuk cuci. Mana ada alat kelengkapan untuk cuci sendiri.
DIY Vakum Biasa Jadi Penyedut Air, Bersihkan Karpet Di Rumah Lebih Efisyen!
Tapi sebenarnya kita boleh ubah suai vakum yang ada di rumah kita untuk jadi vakum penyedut air untuk bersihkan karpet dan kusyen kereta.
Caranya dikongsi oleh Hong Duan, jadi lepas ni karpet, kusyen kereta atau sofa kotor boleh cuci sendiri, tak perlu panggil khidmat cucian untuk tujuan ini. Jimat kan.
Buat sendiri vakum penyedut air
Ubah suai vakum biasa jadi penyedut air untuk bersih karpet dan kusyen. Modal lebih kurang RM50 saja tapi hasilnya cukup puas hati.
Berfungsi elok, ia sedut air hanya menggunakan separuh kuasa sedutan dari vakum ini. Sekarang dah boleh cuci karpet dan kusyen kereta sendiri. Woohoo.
1. Ini alat yang digunakan bekas cat bersama inlet dan outlet bersambung dengan hos vakum dan wet nozzle (inlet dan outlet paip beli di hardware).
2. Saya buat sedikit plumbing pvc fitting dan pendek paip untuk pastikan host muat.
3. Ini bahagian dalam, tak perlu guna gam pun.
4. Dah siap guna boleh letak dalam tong.
5. Air kotor yang disedut dari karpet. Boleh buang.
6. Ini vakum yang digunakan, kekal kering sepanjang pembersihan.
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.
Untuk faham lebih lanjut, baca saranan daripada Perunding Hartanah, Zam Sani mengenai 4 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah pertama sebagai panduan.
Ramai anak muda yang masih tak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebelum beli rumah. Hanya perlu fokus pada 4 proses ni :
LANGKAH 1: Sebelum Beli Rumah Pertama LANGKAH 2: Kos Beli Rumah Pertama LANGKAH 3: Dokumen Beli Rumah Pertama LANGKAH 4: Proses Beli Rumah Pertama
#LANGKAH 1
SEBELUM BELI RUMAH PERTAMA
Harus Tahu
1. Lokasi Rumah.
2. Jenis Geran Rumah.
3. Harga Semasa Rumah.
4. Pelan & Kelengkapan Rumah.
5. Keadaan Komuniti Sekitar Rumah
6. Kemudahan Dalam Radius 3KM Rumah
LOKASI RUMAH : Rumah di luar bandar mungkin lebih murah, tetapi jaraknya yang terlalu jauh dengan pusat bandar menyebabkan banyak urusan menjadi lebih sukar dan anda akan menghabiskan banyak masa di atas jalan raya.
JENIS GERAN RUMAH : jenis geran rumah adalah faktor yang menyumbang kepada harga rumah. Rumah jenis pegangan bebas (freehold) adalah lebih tinggi berbanding pegangan pajakan (leasehold).
HARGA SEMASA RUMAH : boleh turun dan naik di antara 4% – 7% setahun bergantung kepada booster hartanah di kawasan itu. Sentiasa semak harga di portal hartanah online seperti Brickz.my, Propertyguru dan iproperty.
PELAN & KELENGKAPAN RUMAH : Perlu disemak supaya anda tahu jumlah bilik, soket elektrik, paip air, parkir dan kemudahan untuk rumah high rise seperti lif, kolam renang, gymnasium.
KEADAAN KOMUNITI SEKITAR RUMAH : Korang kenal pasti siapakah jiran tetangga anda, keadaan trafik di waktu puncak dan suasana pada siang hari dan malam hari sekitar rumah.
KEMUDAHAN DALAM RADIUAS 3KM RUMAH : adalah faktor terpenting di mana anda perlu tahu infrastruktur seperti lebuhraya, jalanraya, pengangkutan awam, pasaraya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka yang mempunyai ATM.
#LANGKAH 2
KOS BELI RUMAH PERTAMA
Terdapat 9 kos yang perlu anda tahu untuk beli rumah pertama iaitu :-
⦁Deposit
⦁Earnest Deposit
⦁Yuran Guaman SPA
⦁Duti Setem SPA
⦁Yuran Guaman
⦁Duti Setem
⦁Yuran Penilai Hartanah
⦁Insurans Rumah
⦁Kos Tersembunyi Lain-lain
DEPOSIT : adalah kos wajib untuk beli rumah dengan nisbah 10% daripada harga rumah dan baki 90% lagi, anda boleh buat pinjaman dari bank.
EARNEST DEPOSIT : adalah 3.18% daripada deposit 10% dan bukan kos tambahan. Anda hanya perlu bayar sekiranya anda bersetuju membeli rumah tersebut selepas selesai sesi viewing dan menandatangani surat perjanjian.
YURAN GUAMAN SPA : bergantung kepada harga rumah yang anda beli dan struktur kosnya adalah :-
RM500,000 pertama : 1%
RM500,000 seterusnya : 0.80%
RM2 juta seterusnya : 0.70%
RM2.5 juta seterusnya : 0.50%
Lebih RM7.5 juta : 0.50%
DUTI SETEM SPA pula tambahan dari yuran guaman SPA dan struktur kosnya adalah :-
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 – RM500,000 : 2%
RM500,001 – RM1 juta : 3%
RM1 juta ke atas : 4%
Yuran guaman kedua (Dokumentasi bank) pula sama nilainya dengan yuran guaman SPA. Akan tetapi, kadar peratusan yang dikenakan berbeza di mana kos yang terlibat adalah jumlah pinjaman hartanah dari bank atau institusi kewangan dan bukan harga jualan rumah.
Jika harga rumah yang anda beli adalah RM300,000 dan pinjaman hartanah dari bank adalah RM90% (RM270,000).
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 1% : RM2,700
DUTI SETEM : kedua pula kosnya adalah 0.5% ke atas jumlah pinjaman hartanah yang anda mohon di bank.
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 0.5% : RM1,350.
YURAN PENILAIAN HARTANAH : atau valuation fee biasanya dikenakan sekiranya anda ingin membeli rumah second (subsales).
Kosnya bergantung kpd harga rumah yg anda beli dan struktur kosnya adalah :
RM100,000 pertama : 0.25%
RM100,001 -RM2 juta : 0.20%
RM2.1juta – RM7 juta : 0.167%
Memandangkan tempoh pinjaman hartanah dari bank biasanya memakan masa yang lama (30 tahun), anda sebagai pembeli rumah pertama wajib mengambil insurans hartanah.
Anda boleh pilih untuk mengambil polisi insurans atau takaful hartanah jenis MRTT atau MRTA dan MLTT dan MLTA.
Harga premium untuk MRTT atau MRTA adalah lebih rendah berbanding MLTT dan MLTA.
Akan tetapi, bayaran MRTT atau MRTA adalah secara lumpsum manakala MLTT atau MLTA adalah secara bulanan, suku tahunan atau tahunan.
Akhir sekali adalah kos tersembunyi lain – lain yang wujud dalam pembelian rumah pertama. Antaranya adalah :-
⦁Kaveat
⦁Perbelanjaan Am
⦁Carian Status Muflis
⦁Carian Geran Hartanah
⦁Pendaftaran Pejabat Tanah
⦁Kos penyelenggaraan yang tertunggak
#LANGKAH 3
DOKUMEN UNTUK BELI RUMAH PERTAMA
Dokumen untuk beli rumah pertama bagi golongan bekerja sendiri dan makan gaji adalah berbeza. Ramai pembeli rumah pertama keliru dan tersilap dalam menyediakan dokumen untuk beli rumah.
Untuk golongan yang makan gaji, ini senarai dokumen yang anda perlukan:
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Slip gaji 3 bln bergaji tetap
⦁Slip gaji 6 bln untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata bank terkini 3 bulan (akaun gaji)
⦁Penyata bank terkini 6 bulan untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata KWSP terkini
⦁Penyata tahunan BE @ EA 2 tahun terkini
⦁Surat pengesahan bekerja dari majikan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)
Manakala, untuk golongan yang bekerja sendiri, ini senarai dokumen yang anda perlukan :-
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Salinan set SSM
⦁Form B (2 Tahun)
⦁Penyata bank syarikat terkini 6 bulan
⦁Profil syarikat
⦁Penyata bank 6 bulan pemohon
⦁Slip pendapatan tambahan 6 bulan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)
⦁Dokumen lain yang berkaitan
#LANGKAH 4
PROSES BELI RUMAH PERTAMA
1. Lantik ejen hartanah dan peguam hartanah untuk kendalikan segala proses dan urusan jual beli hartanah.
2. Anda perlu membayar booking fee sebanyak 3% daripada harga rumah.
3. Anda perlu membayar baki 7% daripada harga rumah selepas menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA)
4. Penjual akan membayar komisen kepada ejen hartanah. 5. Anda diberi masa 90 hari untuk selesaikan baki pinjaman bank kepada pihak penjual.
6. Peguam hartanah akan menguruskan semua proses pertukaran nama geran hartanah setelah pihak bank menerima pembayaran dari anda.
7. Anda perlu menjelaskan bayaran bayaran hartanah kepada penjual setelah peguam hartanah menukar nama pada geran di Pejabat Tanah.
8. Penjual wajib serahkan kunci rumah kepada anda. Kesimpulannya, tak susah pun untuk anda beli rumah pertama asalkan anda tahu objektif asal untuk beli rumah iaitu untuk didiami atau sebagai aset pelaburan.
Tips: Jangan tukar objektif di saat akhir kerana telah ramai pembeli rumah yang terciduk akibat tidak tahu strategi pelaburan hartanah yang betul.
Jika anda serius untuk beli rumah pertama pada tahun 2024 ini, nasihat saya carilah ejen hartanah berdaftar yang sah untuk bantu anda.
IMPIANA: Semoga bermanfaat perkongsian ilmu mengenai pembelian rumah pertama ini. Ingat fokus kepada 4 perkara penting ini dan semoga menjadi panduan dalam membeli rumah yang diimpikan.
Mesti Baca:Beli Rumah Pertama Pastikan Ada 7 Ciri Ini, Nasihat Dari Perunding Hartanah!
Baca Lagi Di Sini:Kali Pertama Buat Dekorasi Rumah, Pasangan Ini Tidak Jadikan Jenis Rumah Kampung Sebagai Penghalang Untuk Miliki Kediaman Cantik
Artikel Menarik:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.