Rawatan dinding dengan efek Ombre dimulakan dengan satu warna utama dan ia akan perlahan-lahan mencair, mewujudkan kesan seperti warna air yang kelihatan sangat nyaman dan cantik. Dinding bilik pasti akan kelihatan menarik dengan personaliti tersendiri selain dapat menaikkan seri ruang yang sudah hambar dan membosankan.
Dengar macam susah je kan? Macam mana pula nak gabungkan dua warna kemudian jadikannya seperti satu warna yang mengalir di dinding? Jangan risau, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Dengan sedikit kesabaran dan panduan yang tepat pasti anda dapat melakukannya dengan baik
Sebelum itu, ini bahan-bahan yang anda perlu kan ;
- Pita Pengukur
- Pensil
- Tangga
- Masking Tape
- Cat Dengan Dua Warna Berbeza
- Kayu Pengacau
- 3 Dulang Cat
- Baldi
- Beberapa Berus Kecil dan Besar
Kemudian ikuti langkah-langkah mudah dibawah sebagai panduan untuk anda yang mahukan dinding ombre.
Dan ini pula koleksi gambar-gambar hiasan dalaman dengan dinding ombre untuk anda jadikan inspirasi.
BACA: Ini Cara Yang Betul Untuk Cat Dinding Luar Rumah Kekal Lebih Lama
Bermain dengan warna pada dinding rumah bukanlah satu perkara yang mudah, jika tersalah pilih pasti ia akan memaberikan aura yang tidak cantik dan kurang selesa untuk anda berada di dalam ruang itu dengan lebih lama.
Jika anda seorang yang takut akan bermain dengan warna IMPIANA galakan anda memilih warna selamat seperti putih dan pastel. Ini akan membantu anda untuk menambah baik ruang dalam rumah anda. Tambahan hiasan dalam sudut tersebut sudah mampu menaikkan rasa ceria dan mood yang selesa.
Bagi efek Ombre ini ia lebih sesuai untuk digayakan pada satu dinding sahaja. Jika tersilap lakukan ia mungkin akan membuatkan ruang bilik itu nampak serabut dan tidak sesuai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI