Masalah sinki tersumbat memang ramai yang selalu alami. Tapi ramai yang tidak tahu ada cara mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat. Caranya ialah hanya gunakan baking soda dan juga cuka makan. Kemudian gunakan air panas untuk melarutkan semua sisa bendasing yang menyebabkan sinki kita tersumbat. Tak perlu panggil tukang paip lagi lepas ni.
Sumber: Nick Pratt
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Buat Sendiri Lampu Taman Dari Cable Raceways dan LED Stripe Modal Tak Sampai RM 5 Seunit
Lampu untuk kegunaan outdoor harganya memang agak mahal kerana ia mempunyai ciri-ciri perlindungan khas terutamanya apabila terkena air. Di pasaran, harga sebiji lampu LED untuk outdoor mahu mencapai RM 14-15. Itu pun saiz nya kecil sahaja.
Bagi mereka yang nak pencahayaan extra tapi masih menjimatkan duit, Boleh cuba DIY lampu LED dengan menggunakan Cable raceway atau cable tray Sebagai kaki lampu.
1. Potong cable tray atau cable raceway sebagai kaki lampu pada ukuran 50cm untuk setiap satu.
2. Tebuk dua lubang di bahagian bawah sebagai ruang untuk meletakkan batang skru sebagai kaki pemegang pada tanah
3. Pasang dua batang skru 1.2 inci pada lubang yang telah di tebuk tadi secara bertentangan. Skru ini berfungsi untuk mengukuhkan pegangan batang lampu pada tanah supaya tidak mudah tercabut atau tumbang.
4. Potong LED Strip pada ukuran 15cm panjang untuk setiap satu.
5. buang atau potong sedikit lapisan isolation untuk memudahkan sambungan wayar pada bahagian lampu.
6. Solder Wayar pada bahagian lampu LED yang telah di buangkan isolation
7. Gunakan tiub getah untuk melindungi bahagian sambungan.
8. Tampalkan LED Rope yang telah siap bersambung dengan wayar tadi di dalam bekas cable atau cable tray yang telah dipasangkan kaki tadi
9. Tutupkan cable tray dengan penutup yang tersedia. Dah siap. Boleh dipasangkan pada laman anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Ini antara herba wajib ada kat kebun belakang rumah kesum, kari, serai dan daun kunyit. Keempat-empat herba ni kalau nak pakai sikit je, tapi nak kene beli dalam kuantit yang banyak. Kalau tak habis pakai, rosak macam tu je dalam simpanan. Kan Dah rugi.
Memandangkan ramai yang dah sibuk bercucuk tanam, apa kata kita mulakan dengan kunyit dan halia. Ramai tanam halia dan kunyit tapi lambat nak tumbuh. Rupanya, cara Nor Robiah AbdRahman lebih cepat dan jaminan kunyit dan halia menjadi 90%
Memandangkan daun kunyit dah mahal sekarang ni, rasanya boleh la kita tanam sendiri di rumah masing-masing.
1. Mudah je, cuma beli je kunyit hidup tu dan bungkuskan dalam tisu basah.
2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. Insha Allah kunyit akan membesar dengan jayanya.
Boleh gunakan cara ini untuk halia juga!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trik Tebuk Lubang Dijamin Tak Pening Bersihkan Habuk Yang Bersepah
Kalau tebuk atau drill dinding walau hanya satu lubang, dia punya habuk memang bersepah satu rumah. Nak bersihkan kan pun leceh dan tak mudah. Tapi, Hong Guan ada trik mudah untuk memastikan habuk drill tidak bersepah.
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill. Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir.
Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah. Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI