Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap individu pasti mempunyai impian dan cita-cita untuk memiliki kediaman yang selesa dan lengkap. Tatarias yang sempurna pula akan menjadi bonus buat pemilik yang pastinya akan mengujakan ahli keluarga dan para tetamu yang datang. Jangan jadikan ruangan yang terhad sebagai penghalang untuk mendeko dan menghias kediaman. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dengan perancangan rapi dah sedikit kreativiti, anda pasti dapat menyempurnakan proses menghias dengan baik.
Seperti yang dilakukan pemilik rumah apartmen kos sederhana ini yang baru sahaja berpindah ke Cyberjaya sejak 4 bulan yang lalu. Encik Izaan Fazrin Azwar dan isteri telah membelanjakan lebih kurang RM8 ribu untuk kos keseluruhan termasuk perabot dan perhiasan lain untuk kediaman beliau. Menurutnya, kediaman dengan keluasan 850 kaki persegi ini baru sahaja dibeli pada bulan Januari yang lalu. Pada asalnya, pemilik berhasrat untuk menerapkan tema monokrom dengan berpaksikan konsep scandinavian tetapi beliau telah tersalah membeli warna cat jadi, menggunakan apa yang ada, tuan rumah dengan bijak telah ‘mix&match’ kan perabot dan cat dinding menciptakan satu ruang moden yang cosy sesuai untuk keluarga kecilnya.
Memilih ruang tamu sebagai ruang yang paling digemari, Encik Izaan berpesan supaya pemilik rumah kecil yang lain tidak terlalu keterlaluan dalam menghias kediaman. Cukup dengan keperluan asas yang simple dan sedap mata memandang. Perhiasan dan susun atur yang sederhana bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malah dapat memudahkan pemilik untuk membersihkan setiap sudut apabila berhabuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang takut nak guna warna jingga dalam dekor rumah. Tapi kali ini IMPIANA nak share dengan anda guna warna jinga dekat ruang makan boleh buka selera.
Jingga, wow warna yang terang menyengat . Jingga memberi satu keriangan dan rasa penuh bertenaga. Dalam teori psikologi warna, dikatakan jingga mampu membuat kita berselera dan lapar. Amboi penuh magis rupanya rona ini. Bukan sahaja nampak sungguh mewah dalam nada tersednri juga cukup lantang memberikan maksud positif kepada ramai.
Pasti ramai yang mencemik bila dikatakan jingga cantik untuk ruang makan. Mahu pengsan agaknya bila rona seumpama ini dipalitkan ke dinding. Bukan sahaja terang malah mencuri perhatian dari jauh. Anda pasti? Jika itu tanggapan anda, imbas kembali warna-warna di kedai makan atau restoran makanan segera yang banyak menggunakan warna-warna hangat seperti merah , jingga dan beberapa pilihan warna lain.
Sebenarnya jingga juuga bagus untuk memberi keseimbangan kepada anda yang memilih perabot kayu untuk kediaman mereka. Ia memberi keseimbangan kerana jingga juga mempunyai elemen harmoni dengan rona perang. Ia juga memberi ruang lebih bersinar dan tidak terus kelam dengan dominasi perabot kayu. Bahkan jingga juga memberi idea kita tentang makanan yang menyelerakan termasuk buah limau yang menggiurkan.
Anda boleh memilih pelbagai biasan jingga. Daripada yang pucat kepada yang terang. Anda juga boleh mengenakan ia dengan kemasan lembut atau aksesori. Maklumlah adakala ruang makan kita agak hambar berbanding dengan ruang tamukan. Jadi rona ini mampu memberi sedikit perisa untuk menyerlahkan seri ruang. Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seorang ibu kepada dua cahaya mata ini berjaya mendeko kediamannya menggunakan gabungan rona putih dan hijau. Pemilik servis apartmen ini Pn Nazziatul Nahira mengakui amat mencintai warna hijau dan memilihnya kerana ingin menghilangkan tekanan selepas pulang dari bekerja malahan warna putih pula bertindak sebagai tona yang akan membuatkan kediamannya yang berkeluasan 1004 kaki persegi nampak lebih luas dari sebelumnya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, untuk memastikan kelangsungan dekorasi ini kekal sepertimana asal, dia ada menyimpan lebihan cat untuk menutup semula ilham seni anaknya yang dicurahkan ke atas dinding rumah malahan dia memilih untuk tidak berbelanja besar dalam membeli set sofa berikutan anaknya yang masih dalam proses untuk membesar.
Tidak sepertimana peminat dekorasi dalaman yang lain, dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan dekorasi ini dalam satu masa berikutan tuntutan tugasnya sebagai seorang kakitangan kerajaan dengan melakukannya secara berperingkat bermula dari dapur, bilik tidur, dan ruang tamu. Pada masa yang sama, dia juga turut menanam beberapa pokok bunga serta daun yang sesuai untuk masakan di balkoni kediamannya.
Berikut adalah gambar hasil dekorasi yang dikongsikan oleh Pn Nazziatul Nahira kepada IMPIANA, semoga menjadi inspirasi kepada pembaca di luar sana. Selamat mendeko!
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.