Laman

10 Baja Teruji dan Terbukti Mujarab Buat Pokok Kertas Gila Bunga

Share

Terdapat pelbagai jenis baja yang berada di pasaran. Tapi tak semua baja tu sesuai untuk jenis-jenis tumbuhan tertentu. Begitu juga dengan pokok bunga kertas. Walaupun kedengaran ia amat mudah di tanam, tapi jika bunga nya tidak berhasil sudah pasti menyakit hati.

Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi penghasilan bunga oleh pokok bunga kertas. Ia termasuklah akarnya perlu bersesak-sesak untuk menghasilkan bunga. Sebab itu, pokok bunga kertas yang di tanam di dalam pasu lebih berbunga lebat berbanding di tanah.

Ada faktor lain yang mempengaruhi bunga kertas. Ia termasuklah pencahayaan, penyiraman dan lain-lain faktor umum yang perlu di beri perhatian. Haaa… Dengar macam senang je kan.

Tapi dalam banyak-banyak faktor pembajaan paling pening. Macam-macam jenis baja kat pasaran. Tapi apa baja yang betul-betul sesuai untuk bunga kertas? Berikut adalah 10 cadangan baja bunga kertas oleh rakan facebook:

1. Baja 12:12:17

Baja 12:12:17 adalah seperti baja kompaun 15:15:15. Ia merupakan baja yang berwarna biru yang banyak digunakan oleh industri pertanian kerana ia mengandungi sumber lengkap seperti yang diperlukan oleh tanaman.

2. Baja Bunga dan Baja subur 

Baja bunga di pasaran kebiasaannya berwarna pink dan untuk subur ungu. Baja jenis ni mudah sangat nak cari. Selain di nurseri, mall yang ada ruang gardening pun ada jual. Tapi kaedah penggunaan nya harus lah secara berselang seli. Tak boleh pakai serentak. Contohnya minggu ni dah bagi baja bunga, minggu depan baja subur pula.

3. MOL Bawang 

MOL bawang atau mikro organisma lokal yang diperbuat dari bawang ini memang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Tapi kalau ikut pada cadangan Nur Faezah nie, die rendam dengan air biasa dan campuran pelbagai bawang busuk dan kulit bawang semalaman sahaja. Tapi hasilnya masih mantap.

Cuba bayangkan anda buat MOL bawang. Lagi hebat rasanya. Cara hasilkan MOL bawang adalah dengan mencapurkan pelbagai jenis bawang dan kulitnya bersama gula perang. Peram selama seminggu dan 5ml daripada pati yang terhasil dicampur bersama 1 liter air.

4. Baja Mutiara Organik 

BMO atau baja mutiara organik jelas menunjukkan ia adalah kandungan semula jadi. Kalau dikalangan usahawan tani, baja organik ni memang terkenal. adalah campuran mikroorganisma berfaedah terdiri daripada bakteria fotosintetik, bakteria laktik asid, yis, aktinomaiset dan fungi penapaian. BMO digunakan sebagai inokulan utuk menambah kepelbagaian mikrob dalam tanah.

Kalau anda rajin nak hasilkan baja BMO sendiri boleh cuba resepi ini:

1kg Gula merah 
700gm Kulit pisang
200gm Kulit udang 
100gm Kulit telur 

Galukan semua dan perap selama 20 hari. Selepas 20 hari ambil 1 bahagian pati BMO dan campurkan bersama 20 bahagian air dan jadikan ia sebagai semburan pada pokok bunga kertas.

5. Baja XY 

Baja xy seperti baja AB yang mengandunggi nutrisi seimbang yang diperlukan oleh tanaman secara hydroponics, pasu Nutripot, atau siraman ke pasu,.

6. Baja AB

Seperti yang diperkatakan, baja XY dan AB mempunyai fungsi yang sama. Akan tetapi, baja AB lebih mudah diperolehi dan dikenali.

7. Baja kopi 

Baja Kupi yang dikatakan adalah baja kopi lah tu. Bukan baja serbuk kopi tau. Ia baja yang telah diproses yang ada bau kopi tu. Baja tue memang ramai akui meamng hebat untuk pelbagai jenis tanaamn sama ada sayur, buah-buahan mahupun pokok ornamental.

8. Baja bayam 

Ni memang pelik. LAMAN Impiana tak peranah pulak dengar orang gunakan bayam yang segar-segar tue tepek kat pangkal pokok buat baja. Tapi ini yang dikongsikan oleh Nun Wauro dalam group Kelab Pencinta Bunga dan pokok Hiasan

9. Baja buah 

Seperti yang dinyatakan oleh Musfarizal risal, Toke nurseri tue suruh dia letak baja buah untuk dapat bunga yang lebat. Tapi logik juga apa yang dikatakan tu. Boleh try.

.

10. Baja merah. 

Baja merah setahu LAMAN Impiana adalah untuk bunga. Tapi Izam kata dia guan 2 jenis baja biji merah. Mungkin 2 jenis baja bunga. cuma kaedah meletakkan baja tue yang nampak berbeza dari kebiasaan. Izam tak tabur tapi di letak setempat sahaja.

Published by
Impiana